28 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 16

Catatan Ayah

Khamis
25 Syaaban 1432
28 Julai 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni.. kakak Dina demam.. dan tak dapat ke sekolah...

Takpalah.. rehat sehari.. esok kalau demam dah kebah.. boleh ke sekolah.. minggu depan dah start puasa.. semoga kakak OK dan dapat berpuasa penuh macam tahun lepas... insyaAllah..

Hari ke 3 @ Nasi Kak Wook, Kota Bahru

Alhamdulillah.. aku berkesempatan membeli 10 batang keropok lekor.. setakat muat beg jer lah...

Sekurang-kurangnya.. dapat ler anak isteri merasa keropok lekor Terengganu ni...

Selepas semua dah siap membeli-belah.. geng group kereta bertolak dahulu...

Selang 15 minit.. kami pula on the bike...

Destinasi kami seterusnya adalah Kota Bahru.. berhenti makan dan pada masa yang sama.. nak tukar tayar motor Bro Khairul Zainuddin...

Matahari sudah mula meninggi.. dan bahang kepanasan mula terasa...



Seronok bermotorsikal ni.. bila cuaca cerah macam ni..


Menghampiri Jambatan Tok Bali... panjang juga jambatan ni.. merentasi sungai yang agak luas...


Tunggangan kami agak santai...







Perjalanan kami banyak merentasi kawasan-kawasan kampung..

Kenderaan pun banyak kat atas jalan..

Manakala cuaca semakin panas...

Kelajuan kami hanya sederhana.. terima kasih kepada pemandu-pemandu kereta yang banyak memberi laluan kepada kami semua...

Akhirnya.. kami berhenti sebentar kat stesen minyak di Kubang Kerian.. memberi peluang kepada Bro Nash mengisi petrol ER6Fnya... sebab semalam beliau tak top-up minyak pun semasa pulang dari Penarik...





Sebaik Bro Nash selesai isi minyak.. kami pun teruskan perjalanan..

Cuaca semakin panas.. dan dah nak masuk ke tengahari..

Keadaan jalan pun semakin sesak.. terutama bila memasuki pinggir Kota Bahru..


Apabila memasuki bandar.. keadaan jalan semakin sesak.. ditambahi dengan banyak lampu isyarat..

Akibat tersangkut dalam kesesakan jalan.. dan tersangkut kat lampu isyarat.. Bro Khairul Zainuddin telah terlepas dari konvoi.. dan telah terlajak jalan ke hadapan.. tanpa menyedari yang konvoi telah membuat U-Turn...

Nasib baik kami sedari akan kehilangan beliau semasa berhenti kat tepi jalan.. yang tujuan asal menunggu Bro Bai.. orang yang akan membawa Bro Khairul Zainuddin ke kedai motor untuk menukarkan tayarnya...


Lama juga kami menanti beliau kat tepi jalan ni..

Cuaca semakin panas.. perut mula menyanyi dan dahaga..

Nampaknya.. program asal untuk bersarapan kat Kota Bahru.. akan menjadi makan tengahari di Kota Bahru..

Hinggakan Bro Bai.. yang menaiki kenderaan 4x4.. terpaksa mengekori jejak Bro Khairul Zainuddin.. untuk membawa Bro Khairuddin kembali ke tempat kami semua menunggu...

Dek kepanasan.. kepala aku mula berdenyut-denyut.. nasib baik ada paracetamol yang aku bawa.. jadi cepat-cepat aku makan paracetamol.. bagi menyembuhkan sakit kepalaku akibat kepanasan.. dan juga kekurangan air dalam badan...


Akhirnya.. Bro Khairul Zainuddin berjaya dijejaki.. dan terus dibawa kedai motor untuk menukar tayar..

Dan kami pun teruskan perjalanan ke kedai tersebut..


Setelah semuanya selesai.. perjalanan diteruskan.. menuju ke kedai makan.. untuk makan tengahari...

Nampaknya.. masa dah terbabas ni dari program asal.. tapi apa-apa pun.. asalkan semua selamat cukuplah..


Di sinilah perhentian kami.. sebuah kedai makan.. yang terdapatnya gerai Nasi Kak Wook.. yang menyediakan nasi berkuah gulai darca.. berlaukkan ayam goreng.. serta sedikit sambal belacan..

Pergh!!!.. sedap..


Yang menampakkan kelainannya.. nasi dihidangkan di dalam kertas..

Sama ada makan kat sini.. atau dibawa pulang.. semuanya dibungkus dengan kertas..

Ayamnya pula dipotong kecil-kecil dan digoreng.. dan hanya ini saja menunya...

Dan boleh dikatakan sedap.. tapi jika perut terasa lapar.. apa-apapun sedap.. hehehe...


Maka.. masing-masing mula menjamu selera.. bahkan aku siap makan 2 bungkus nasi...



p/s: maka.. terpaksalah aku berhenti bercerita sekejap yer.. nak layan makan sekejap.. hehehe...

Bersambung...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...