27 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 15

Catatan Ayah

Rabu
25 Syaaban 1432
27 Julai 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni.. aku nak sambung cerita Fun Ride.. di hari yang ke-3.. iaitu hari terakhir kami di Kuala Besut.. dan berangkat pulang..

Hari ke-3 @ Borong keropok lekor, Kuala Besut

Seawal 6.00 pagi.. seperti biasa.. aku bangun..

Selepas selesai menunaikan segala kewajipan.. aku keluar ke luar bilik.. menikmati udara segar pagi yang sedikit berkabus.. terasa segar sekali.. lagipun sat lagi kami akan berjalan jauh.. pulang ke destinasi masing-masing..

Yang lain-lain akan pulang ke Ipoh dan KL.. manakala aku akan balik ke Perlis..

Route kami hari ni.. Kuala Besut-Kota Bahru-Rantau Panjang-Jeli-Titiwangsa-Grik.. dan Ipoh.. (aku akan ke Perlis secara solo...)

Seperti biasa.. SuperYan akan menunggang motornya mengelilingi kawasan chalet sambil membunyikan hon dengan tujuan untuk membangunkan sesiapa yang masih diulit mimpi...

"Pin..pin.. nasi lemak..nasi lemak.. pin.. pin..", teriak SuperYan sambil membunyikan hon motornya...

Lebih kurang pukul 7.00 pagi.. segala persiapan aku selesai.. dan semuanya diletakkan kat luar...



Sementara menunggu yang lain-lain bersedia.. aku, SuperYan dan Bro Khairul Nizam keluar bersiar-siar sekitar kawasan Kampung Pantai Air Tawar.. sambil menikmati keindahan suasana pagi yang agak sejuk serta berkabus...








Indah sekali persekitaran kampung ni.. penuh dengan pokok kelapa.. serta sedikit berkabus dan kedinginan dek hembusan bayu pantai... memang berbeza dengan keadaan kampung aku.. yang dikelilingi dengan sawah padi... perbezaan antara Perlis dan Terengganu...

Sebaik saja sampai ke hujung kampung.. kami berpatah balik.. dan menyusuri pula kawasan taman awam Pantai Air Tawar ni... meninjau sekitar kawasan pantai dan kawasan riadah di sini...



Selesai berpusing-pusing kawasan sekitar.. kami pulang semula ke chalet.. untuk memulangkan kunci bilik...


Nampaknya.. semua dah ready sebaik kami tiba ke chalet... aku pun siapkan semua beg untuk diikatkan kat Kerbau Hitamku..

Sambil-sambil tu.. melihat yang lain-lain mencuba motor kawan-kawan yang lain.. sekadar merasa test ride sekeliling kawasan chalet...


Dan.. seperti biasa.. akan kedengaran jeritan SuperYan.. "on the bike..." tanda kami akan bertolak...

Maka.. masing-masing menuju ke motor masing-masing.. dan bergaunglah kawasan chalet dengan bunyi-bunyian ekzos motor.. ada yang vroomm-vroomm.. ada pom pom pom.. dan bermacam-macam lagi..

Sebelum bertolak.. kami semua diminta ke kawasan dataran padang awam Pantai Air Tawar.. untuk bergambar kenangan beramai-ramai...

Bermulalah sesi menyusun motor masing-masing...



Dari kanan.. VFR800 Interceptor Khairul Zainuddin, ER6n aku, ZX250R Hamid, ZX636 SuperYan, CBR1000RR Bumble Bee @ Mohd Ridzuan dan CBR1000RR Azri Fahmi @ Omar...


Dari kiri... ER6F Nash, ZX14 Azli Ismail, FJR1300 Khairul Nizam, ZX6 Shamsuddin dan YZF-R1 Iwan...



Lama juga masa kami dihabiskan kat sini.. selepas taklimat pendek dari SuperYan.. dan bacaan doa.. kami semua mula bertolak dari sini.. dalam pukul 9.00 pagi...

Destinasi pertama adalah untuk berhenti kat kedai yang menjual keropok lekor...

Jom.. kita ride...


Alhamdulillah.. cuaca pagi ni cukup baik sekali.. dan minta-minta cuaca akan baik hingga kami semua sampai ke destinasi masing-masing..


Kelajuan kami juga agak santai...


Akhirnya.. kami berhenti kat sini.. 


Pakat berboronglah terutamanya group berkereta.. 

Aku juga membeli sedikit keropok lekor.. sekadar yang muat kat dalam beg aku...

Bermacam-macam jenis keropok ada kat sini.. selain keropok lekor.. dan ada yang dah siap digoreng...

Kat sini juga terdapat beberapa kedai yang lain.. juga menjual pelbagai jenis keropok...




Disebabkan keropok lekor yang masih panas (baru diangkat dari periuk).. aku tumpangkan keropok tu dengan kereta keluarga Bro Nash.. terima kasih Bro Nash atas bantuan.. nanti kat Grik.. aku ambil.. hehehe...

Lagipun.. kalau masih panas.. terus disimpan dalam beg aku.. risau nanti keropok tu tak tahan lama...

Selepas membeli sedikit keropok.. aku jalan-jalan kawasan sekitar.. sambil melihat apa yang ada di kedai-kedai yang lain.. 

p/s: sementara kami semua memborong keropok dan melihat-lihat kawasan sekitar.. aku tundakan ceritera ni dahulu.. yer...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. sok sy g besut..ank sekolah d sana...laluan pantai penarik tu selalu lalu..ride sorang-sorang. kalau pergi masa korang ada sana dulu syok gak leh join..he he..

    BalasPadam
  2. anak Kang Latep sekolah kat mana di Besut?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...