26 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 14

Catatan Ayah

Selasa
24 Syaaban 1432
26 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Tadi.. setengah hari dok meeting... Esok pun ada juga meeting.. dan mungkin makan masa setengah hari.. habis masa untuk slot PPM...

Jumaat pula.. aku ambik cuti..

Jadi tinggal sehari saja iaitu hari khamis untuk aku buat PPM.. dan hari khamis jugak.. wife akan pi training cara-cara menyedia dan membuat coklat.. bimbingan MADA...

Nampak gayanya.. sibuk sikit 2-3 hari ni.. selain mengasuh bila wife pi buat projek kueh raya...

Jadi.. kalau ada sesiapa yang nak menempah kueh raya.. boleh contact aku.. sama ada telefon, sms atau PM aku melalui emel dan facebook...

Sambungan mengenai cerita Fun Ride...

Hari ke 2 @ Penarik, Terengganu..

Selepas puas bersantai kat tepi Pantai Air Tawar.. aku balik semula ke chalet... dan kelihatan semua orang dah ready.. untuk ride ke Penarik, Terengganu..

Jarak untuk ke Penarik dalam 50 km... dan kat sana katanya ada hidangan istimewa yang menunya ikan, sotong dan udang celup tepung..

Kalau setakat sotong celup tepung.. aku dah biasa makan.. tetapi ikan dan udang celup tepung tak pula pernah aku rasa...

"Ok.. on the bike...!!!!", jerit SuperYan seperti biasa..

Maka bergaunglah dengan bunyi pom pom pom di kawasan chalet.. yang sebelum ni agak sunyi...

Dalam pukul 6.00 petang.. kami mula bergerak dengan didahului Bro Khairul Nizam.. kerana beliau mempunyai GPS...

Perjalanan kami agak santai.. dan terasa jauh juga.. tapi keadaan jalan agak elok.. dan agak banyak juga kenderaan terutama kereta dan motorsikal kat atas jalan...

Jalan pun banyak selekoh yang best.. cuma tak berapa boleh layan.. sebab jalan ni boleh dikatakan jalan kampung....


Akhirnya.. kami sampai ke Penarik.. dan berhenti sekejap kat satu stesen minyak.. untuk bertanyakan orang setempat.. kedai mana yang best untuk kami santap menu celup tepungnya...



Inilah leader konvoi kami.. Bro Khairul Nizam.. yang menunggang Yamaha FJR1300.. siap dengan GPSnya...




Inilah.. dengan gayanya tersendiri.. Bro Iwan.. yang selalu dok sagat lutut kat trek Sepang.. dengan Yamaha YZF-R1nya...

Setelah mendapat pedoman.. akan kedai makan yang dicari.. kami pun teruskan perjalanan.. dan bukannya jauh dari stesen minyak tu.. setengah batang rokok pun tak habis.. hehehe...

Dan yang syoknya.. geng group kereta dah pun sampai.. tapi dok kat kedai yang lain..

Tapi.. kemudiannya.. depa mai juga kat kedai yang kami singgah ni...



Maka.. bersusunlah kuda-kuda di hadapan kedai makan ni.. yang namanya Gerai Hasnik Seri Menanti...


Seperti biasa.. meja pun disusun panjang.. dan pesanan hidangan pun diambil..

Menu yang ada hanya ikan, sotong dan udang celup tepung.. tiada nasi dan menu lain..

Nampaknya.. hidangan makan malam ni.. hanya meratah ikan, sotong dan udang sajalah nampaknya..

Cuma kebetulan ada sup.. jadi aku order sup sebagai menu tambahan..


Hai.. hantar report ke bang??.. hehehe.. =)


Tahniah kepada Kerbau Hitamku.. yang telah menjejakkan 'kaki'nya di Terengganu... bergandingan dengan Yamaha YZF-R1 milik Iwan dan Honda VFR800 Interceptor milik Khairul Zainuddin (esok jangan lupa yer.. tukar tayar sebelum balik... hehehe...)


Bro Azli Ismail.. yang menunggang Kawasaki ZX14.. dengar kata nak jual dah ZX14 Si Biru tu.. nak upgrade Super Touring pulak ke?...


Azri Fahmi @ Omar yang menunggang Honda CBR1000RR dan Shamsuddin yang menunggang Kawasaki ZX6.. semua ni geng-geng motor sukan.. dan expert sagat lutut nih...

Sup yang aku order.. pada rasa tekak aku.. boleh dikatakan sedap juga.. cukup dengan pedasnya.. tapi malang bagi yang lain-lain yang order mee goreng dan kue teow goreng yang agak sejuk... kesian nyer... =(

Tambahan pulak.. nasi tak ada..

Dan inilah menu utamanya...


Udang goreng celup tepung...


Ikan celup tepung... agak besar jugak...


Dan.. sotong celup tepung...


Hidangan dah terhidang.. apalagi.. jom kayuh.. hehehe.. sampai Bro Nash pun tolong angkat air.. hehehe...


Bro Nash yang menunggang Kawasaki ER6F dan SuperYan yang menunggang Kawasaki ZX636...


Kenyang sampai tersandaq abang-abang kita nih.. hehehe.. =)



Tu dia.. pakat kayuh.. sampai tinggal tulang dan tepung saja.. hehehe...

Dan yang paling syoknya.. tokeh kedai siap beri hidangan tambahan sebagai hadiah.. tanpa sebarang charge..

Terima kasih buat tokeh kedai..

Dan pertama kalinya.. menurut tokeh kedai.. mereka tutup awal hari ni sebab kami dah borong habis semua stok ikan, udang dan sotongnya..

Dan mereka akan tutup kedai selepas kami beredar nanti...

Sebelum balik ke chalet.. SuperYan memanggil kami semua berkumpul untuk memberi sedikit penerangan untuk program esoknya.. iaitu perjalanan kami untuk pulang..

Esok kami akan bergerak dari Kuala Besut dalam pukul 8.30 pagi.. menuju ke Kota Bahru untuk sarapan.. kemudian akan ke Rantau Panjang untuk sesi membeli-belah dan makan tengahari..

Kemudiannya.. balik melalui Jeli-Titiwangsa-Grik...





Masing-masing.. mendengar penerangan dengan sepenuh hati...

Sebaik selesai penerangan.. apalagi.. masing-masing pakat bersedia untuk balik ke chalet.. dan seperti biasa.. "on the bike.."




Mak cik tokeh kedai siap beri nasihat.. agar berhati-hati menunggang.. sebab jalan ni banyak lembu tidur kat atas jalan.. malam-malam ni.. hehehe...


Bersedia untuk bergerak...

Kat depan.. kami semua berhenti sekejap untuk top-up minyak siap-siap.. jadi esok taklah kalut nak isi minyak...

Aku top-up minyak dalam RM10.00.. kasi penuh tangki Kerbau Hitam..




Semasa ride pulang ke chalet ni.. konvoi kami telah diganggu oleh seorang pemuda tempatan yang menunggang Yamaha RXZ.. dan perbuatannya yang mengacah-ngacah kami amat berbahaya sekali.. bukan setakat membahayakan kami.. tapi dirinya sendiri dan pengguna jalan raya yang lain..

Kami tak berminat untuk menunjuk-nunjuk jentera kami kepada sesiapapun.. sebab kami berkawan dengan semua bikers.. tak kira jenis apa dan berapa pun cc nya..

Melihatkan gelagat pemuda tu yang menunggang secara berbahaya.. mencelah-celah sambil mengacah kami.. SuperYan telah mengejar pemuda tu dan menyuruh dia berhenti di tepi jalan dan menasihatinya.. agar berhati-hati, mematuhi undang-undang jalan raya dan jangan suka mengacah orang...

Akhirnya.. pemuda itu akur dan berpatah balik...

Alahai.. anak-anak muda sekarang ni..

Kami sampai chalet dalam pukul 9.25 malam..

SuperYan ajak kami semua keluar minum dulu.. tapi aku tak ikut sebab esok nak bangun awal..

Lagipun.. esok kami akan menempuh perjalanan yang agak jauh.. terutama aku.. yang akan menunggang hingga ke Perlis..

Jadi.. aku perlu tidur yang cukup.. dan simpan tenaga untuk esok...

p/s: Oklah.. aku tidur dulu.. esok aku sambung lagi...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...