25 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 13

Catatan Ayah

Isnin
23 Syaaban 1432
25 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Pertama-tamanya.. aku nak ucapkan tahniah kepada Nadzi.. kerana mendapat cahaya mata yang baru.. seorang puteri pada hari sabtu yang lepas..

Semoga bertambah-tambahlah rezeki.. dan selamat menyambut Ramadhan yang mulia bersama-sama dengan cahaya mata yang baru...

Sambungan kisah Fun Ride...

Hari ke 2 @ Pulau Perhentian

Setelah puas bermain air.. maka tibalah masanya untuk berangkat pulang..

Tamatlah sudah aktiviti-aktiviti di Pulau Perhentian ni... banyak pengalaman baru yang aku dapat...


Kami semua pun mulalah menaiki bot masing-masing.. dan mula bertolak menuju ke Jeti Pulau Perhentian.. untuk pulang ke Kuala Besut...



Inilah pemandu bot yang aku naiki.. yang katanya berasal dari Kelantan.. dan dah lebih 10 tahun bekerja sebagai pemandu bot pelancong Pulau Perhentian...


Akhirnya.. kami sampai ke Jeti Pulau Perhentian dengan selamatnya.. Alhamdulillah..

Selepas mengangkut semua barang-barang keluar dari bot.. kami semua berkumpul..

Apalagi.. bergambar kenangan ler.. beramai-ramai...


Selepas bergambar.. aku terus ke masjid berhampiran.. menukar seluar yang basah...

Dan.. terus menunggu kat jeti.. berkumpul sebelum pulang ke Jeti Kuala Besut...

Lebih kurang pukul 3.00 petang.. aku sampai semula ke chalet.. dan sempat beli 3 helai t-shirt kenang-kenangan untuk anak-anak...

Yang syoknya.. sempat lagi nengok Azri Fahmi mengorat awek jual t-shirt tadi.. hehehe...

@ Pantai Air Tawar

Alhamdulillah.. selamat sampai chalet..

Satu pengalaman yang indah.. semasa kat Pulau Perhentian.. cuma agak thrill sikit semasa pergi pagi tadi.. akibat dilambung ombak yang tinggi...

Sampai jer kat chalet.. mandi.. dan tidur sekejap.. alangkah nikmatnya..

Tiba-tiba... tut..tut.. handphone berbunyi...

"Salam semua. 5.3 pm, sunset ride n pekena sotong celup tepung at penarik. Mlm kita port at kedai satar plak.".. mesej dari SuperYan...

Yes!!!.. ride ke Penarik, Terengganu.. yang kira-kira 20km kot dari Kuala Besut.. pekena sotong, ikan dan udang celup tepung...

Selepas bersiap.. dalam pukul 5.00 petang.. aku keluar dari bilik.. dan nampaknya.. belum ada yang ready lagi.. jadi aku ambil peluang meronda-ronda sekitar Pantai Air Tawar.. menikmati keindahan alam...




Dan Kerbau Hitam pun nak bergambar jugak.. sambil menikmati pemandangan yang damai dan menghirup udara laut yang segar lagi nyaman...




Sat lagi nak ke Penarik.. sebelum tu.. izinkan aku layan sepetang di Pantai Air Tawar yer...

Bersambung...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...