24 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 12

Catatan Ayah

Ahad
22 Syaaban 1432
24 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Setelah 2 minggu balik dari Terengganu.. hari ni baru berpeluang bagi Kerbau Hitam mandi.. hehehe...

Siap polish lagi.. kesian kat dia.. kotor semenjak balik dari Terengganu.. sampai ke hari  ni..

Oklah.. Kerbau Hitam pun dah merelit balik.. tunggu untuk ride ke mana-mana pulak.. tapi kurang sikit kot sebab nak masuk Ramadhan dah..

Ni.. aku nak sambung balik ceritera.. selepas puas dan kenyang makan kat atas bot...

Hari ke 2 @ Pulau Perhentian

Makan dah kenyang.. jadi teruskan lagi agenda di Pulau Perhentian ni..

Next stop adalah kat tepi pantai.. (yang aku lupa nama pantai tu..)

Kali ni.. kami mendarat ke pantai... dan katanya ada mata air yang amat sejuk sekali...

Sampai saja di pantai tu.. kami semua pakat turun ke darat...

Maka pakat terpa menuju ke mata air tu.. dan ternyata amat sejuk sekali...

Mata air tu telah dibuat seperti telaga.. dan airnya boleh ditimba keluar...

Sejuk sekali..

Disamping mandi dan bermain-main dengan air yang sejuk tu.. kami bersiar-siar sekitar pantai.. dan ada yang bermain air pantai terutama yang datang dengan keluarga dan anak-anak...

Aku?..

Sekadar bersiar-siar sekitar pantai melihat keindahan alam..


Selamat mendarat ke tepi pantai... kawasan agak berteluk sikit.. dan menjadi tempat persinggahan bot-bot nelayan... kerana terlindung dari ombak besar dan angin kuat Laut China Selatan...




Di sinilah letaknya mata air yang sejuk tu.. cukup sejuk dan best rasanya...

Maka pakat dok terpalah ke situ bermain-main dengan air yang sejuk tu...

Layan beberapa gambiran yang aku sempat snap sekitar pantai ni...





Banyak juga bot-bot nelayan yang dok parking kat sini.. sementara nak keluar semula ke laut dalam..

Menurut pemandu bot kami.. nelayan-nelayan ni selalunya keluar ke laut dalam antara seminggu hingga 2 minggu.. dan kat sinilah mereka selalu berlabuh berhenti berehat.. kerana keadaan kawasan ni yang sesuai serta terlindung dari ombak besar dan angin kuat...















Inilah aktiviti kami yang terakhir di Pulau Perhentian.. dan kejap lagi.. kami akan dibawa pulang ke Jeti Pulau Perhentian.. sebelum balik ke Kuala Besut..

Bersambung...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...