23 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 11

Catatan Ayah

Sabtu
21 Syaaban 1432
23 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. baru sampai rumah tadi.. pi ambil stok baru kurma dan cuka kurma..

Khasiat kurma boleh dibaca di sini dan sini.. manakala khasiat cuka kurma boleh dibaca di sini...

Ramadhan pun akan tiba tak lama lagi.. lebih kurang 8 hari lagi...

Jika ada sesiapa yang berkeinginan buah kurma dan cuka kurma.. boleh PM aku.. insyaAllah boleh aku uruskan penghantaran...

Cuka kurma dijual dengan harga RM15 sebotol... manakala buah kurma dijual dengan harga RM14 sekotak.. jika lebih dari 3 unit.. insyaAllah akan aku berikan diskaun...

Oklah.. berbalik kepada cerita Fun Ride yang masih belum habis-habis lagi ni...

Hari ke 2 @ Pulau Perhentian


Nampaknya.. semua dah puas berlatih snookling.. dan masing-masing dah tak sabar nak pergi tengok batu karang dan ikan nemo.. hehehehe...

Maka.. bergeraklah kami menuju ke tempat (yang aku pun tak ingat apa namanya.. hehehe..) yang tak jauh dari pantai Long Beach...

Kawasan tu agak berdekatan juga dengan pantai.. dan dah siap direntangkan tali.. sebagai tempat 'tambat' bot.. tapi air agak dalam.. dan jernih serta bersih kehijauan..

Dan berterjunanlah seorang demi seorang ke dalam laut...

Seronok tengok depa pakat menyelam dan snookling.. melihat batu karang serta ikan nemo.. tak lupa juga.. memberi ikan nemo makan roti...


Begitu ralit sekali Bro Khairul Nizam snookling.. sampai tak sedar dah berjauhan dari bot...


Chalet yang nampak nun jauh di tepi pantai...


SuperYan.. selaku ketua rombongan Cik Yah kami.. yang menunggang ZX636...


Anak-anak Bumble Bee...


Pakat leka melihat batu karang.. dan ikan nemo...

Aku?.. hehehe.. sibuk melayan dan menyembang dengan kaum-kaum ibu.. hehehe.. banyak yang kami sembangkan... hehehehe...


Azri Fahmi.. yang menunggang Arnab CBR1000RR... sempat makan dan minum sambil snookling.. rasa-rasanya belum dibuat orang lagi.. hehehehe...


Selepas puas snookling kat sini.. kami dibawa ke tempat lain pulak...

Dan katanya.. tempat yang boleh nampak penyu...



Malangnya... tiada rezeki untuk melihat penyu.. jadi kami terus dibawa ke lagi satu tempat snookling.. yang katanya dapat melihat lagi banyak ikan...



Dan sampainya kami ke tempat tu.. tanpa tunggu lama.. Bro Khairul Nizam terus terjun ke laut.. pergh!!!..

Selepas seketika.. kami pakat rapatkan ketiga-tiga bot...

Tujuannya adalah untuk menjamu selera a.k.a. makan tengahari... hehehe..

Makan mee goreng, bihun goreng dan roti sandwich.. sedap betul makan kat laut ni.. pengalaman aku yang pertama makan kat atas bot.. di laut...

Bahkan.. pemandu bot pun kata.. tak pernah lagi orang lain makan macam kami buat sekarang ni..

Dari pengalaman dia sebagai pemandu bot di Pulau Perhentian ni.. kamilah group pertama makan tengahari kat atas bot.. di laut sambil layan snookling.. hehehe...

Dah jadi macam floating market macam kat Hatyai pulak...


Kaum ibu sedang menghidangkan makanan.. hehehehe.. =)


Sedap nyer...!!!







Tok ketua pun turut membantu menyiapkan makanan...









Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.. begitu menyeronokkan..

Makan sambil snookling...

Selepas ni.. kami akan dibawa ke pantai pulak... yang katanya terdapat mata air yang sejuk sekali..

Ok.. sementara nak ke sana nanti.. izinkan kami layan makan atas bot dulu...

Bersambung...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

1 ulasan:

  1. awat hang tak ikut berkubang sekali..hang takut ayaq no..ha ha..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...