22 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 10

Catatan Ayah

Jumaat
20 Syaaban 1432
22 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni adalah hari terakhir untuk pelajar-pelajar praktikal dari UniMAP.. dan merupakan hari mereka membuat pembentangan projek masing-masing..

Seronok dok tengok depa buat pembentangan.. disamping dok bergelak dengan gelagat depa.. dapat juga belajar serba sedikit hasil dari pembentangan tu..

Oklah... hari ni aku sambung lagi cerita di Pulau Perhentian.. ketika membuat aktiviti snookling...

Hari ke 2 @ Pulau Perhentian


Semua dah sampai dari Kuala Besut.. dan berkumpul di Jeti Pulau Perhentian..

Tak lama.. 3 bot telah bersedia untuk membawa kami semua untuk membuat aktiviti snookling..

Hati aku sekali lagi gementar.. sebab aku tak tahu berenang.. serta tak tahu nak snookling serta pernah mengalami pengalaman lemas...

Tak palah.. tengoklah macam mana sat lagi.. kalau hati ada berani.. aku join snookling.. kalau tak berani.. aku duduk sajalah kat atas bot...

Selepas diangkut semua bekalan makanan dan minuman ke dalam bot.. maka kami bergerak menuju ke Long Beach.. untuk belajar cara-cara selamat snookling...











Akhirnya.. kami sampai ke Long Beach..

Maka pakat terjun ler ke dalam air.. untuk belajar bagaimana nak snookling...

Aku????.. tak berani ler.... bawak motor laju-laju aku berani.. tapi bila mai bab air dan selam serta berenang ni.. tak dak keberanian ler...


Ini dia.. pakar snookling.. Bro Khairul Nizam.. yang menunggang FJR1300...





Google masuk air ke?....


Apa yang dicari tu?...

Masing-masing ralit dok training cara-cara snookling...






Aku?.. hanya sekadar melihat gelagat orang dan menikmati keindahan alam semulajadi.. disamping berbual kosong dengan kaum-kaum ibu.. hehehehe..

Air laut cukup jernih dan kehijauan.. cuaca pun amat baik sekali.. tak berapa panas...

Keindahan pantai juga terserlah.. cuma tak berkesempatan untuk mendarat ke pantai saja...

Apa yang dapat aku lihat.. kat pantai Long Beach.. terdapat beberapa chalet dan restoran.. serta tempat menyewa peralatan snookling serta menyelam.. serta ramai pelancong-pelancong luar negara...

Pantai juga kelihatan amat bersih sekali...



p/s: berilah peluang depa semua belajar snookling dulu.. sat lagi baru kita pergi tengok batu karang...

Bersambung..

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...