13 Julai 2011

FUN RIDE 2011 @ KUALA BESUT - 1

Catatan Ayah

Rabu
11 Syaaban 1432
13 Julai 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni.. aku nak bercerita.. mengenai ride ke Kuala Besut.. yang dianjur dan diselia oleh Superyan SBM selama 3H2M.. dari 8-10 Julai yang lepas..

Hampir sebulan yang lepas.. aku telah menerima jemputan dari Superyan untuk menyertai ride ni.. dan setelah meneliti semua jadual kerja aku.. lalu aku telah mengambil keputusan untuk mengikuti ride ni... walaupun sebelum ride ni.. aku baru balik dari Ride Toshiba ke Shah Alam...

Aku akan ride secara solo dari rumah hinggalah Simpang Pulai.. dan akan regroup dengan yang lain-lain di Simpang Pulai...

Route yang akan kami ambil adalah Simpang Pulai-Cameron Highland-Gua Musang-Kuala Krai-Wakaf Lencong-Kuala Besut..


Kami akan bermalam di Kuala Besut, Terengganu.. dan kemudiannya akan ke Pulau Perhentian pada keesokkan harinya..

Pada hari ke-3.. kami akan pulang menggunakan route Kuala Besut-Kubang Kerian-Rantau Panjang-Jeli-Gerik..

Dari Gerik... yang lain-lain akan terus ke Ipoh.. manakala aku akan solo ride dari Gerik-Baling-Sik-Gurun-Kangar...


Ride ni adalah ride pertama aku melalui Cameron Highland.. dan melalui Jeli-Gerik.. dan peluang untuk aku mencabar diri sendiri mengendalikan Kerbau Hitam melalui selekoh-selekoh di sana nanti...

Segala kekuatan mental dan fizikal perlu dimantapkan.. dan ini adalah latihan kedua aku selepas aku ride ke Johor Bahru yang lepas.. sebelum aku ride pusing Semenanjung nanti..

Selain tu.. semoga latihan fizikal aku selama ni dengan mengayuh basikal sejauh 8 km setiap hari pergi/balik kerja.. dapat menambahkan stamina aku..

Ride ini akan disertai sebanyak 10 buah motorsikal dan 3 buah kereta..

Hari 1 @ R&R Gurun

Akhirnya.. 8 Julai telah tiba.. yang kebetulannya jatuh pada tarikh hari lahir aku.. perjalanan dan tunggangan aku bermula...


Semua persiapan telah aku siapkan sejak semalam lagi.. serta bekalkan duit belanja untuk anak isteri aku..

Terima kasih aku ucapkan kepada isteri aku yang selalu menyokong akan minat aku menunggang selama ni..

I love you.. babe.. hehehe..

Dimulai dengan lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang".. aku mulakan tunggangan aku seawal 6.30 pagi.. sebab kami akan regroup di Simpang Pulai pada pukul 9.00 pagi.. dan akan memulakan perjalanan ke Kuala Besut pada 9.30 pagi...

Suasana pagi ni agak sejuk dan hujan.. jadi aku pakai baju hujan siap-siap.. supaya sat lagi taklah kalut sangat.. jika hujan lebat kat tengah jalan.. tapi hati tetap bersemangat.. walaupun hujan rintik-rintik kat luar..

p/s: apa kelas jadi biker kalau takut hujan... hehehehe.. =)

Route yang aku ambil dari rumah melalui Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun.. keluar ke Arau.. terus ke Kodiang-Jitra..

Dari Jitra.. terus melalui Lebuhraya Plus.. dan akan berhenti kat R&R Gurun untuk isi minyak.. last sekali aku isi minyak adalah semasa aku balik dari Shah Alam 2 hari lepas yang juga kat R&R Gurun...

Tujuan aku ambil route ni berbanding Jalan Kangar-Alor Star adalah disebabkan terdapat roadblock yang banyak kebelakangan ni..

Dan pilihan aku tepat.. dari rumah hingga ke Gurun.. tiada satu pun roadblock yang aku temui...

Alhamdulillah.. hujan berhenti setibanya aku di Jitra.. namun jalan agak basah...


Aku sampai Gurun dalam pukul 7.30 pagi..

Visor penuh dengan serangga.. dan terasa nak terkucil dek menunggang dalam kesejukan dan sedikit hujan..

Sebelum tu.. aku ambil kesempatan untuk mengisi minyak.. dalam RM21.05...

Selepas isi minyak.. apalagi.. park motor.. terus ke tandas.. tak tahan beb.. tapi yang boringnya.. kena buka baju hujan dulu.. dan riding pant.. hehehe...

Sepanjang perjalanan sampai Gurun.. aku berselisih dengan ramai bikers yang menuju ke arah utara.. yang rasa-rasa menuju ke Thailand... mungkin sebab cuti umum kot..


Aaahhh.. lega rasanya selepas selesai melepaskan hajat kecil.. dan membersihkan visor.. lalu aku relaks-relaks dulu sambil simpan baju hujan.. dan membakar kemenyan.. hehehe..

Dalam pada tu.. sampai satu group yang juga dari Perlis.. menuju ke Singapura.. iaitu group KTM.. yang salah seorangnya adalah tokeh Hotel Metro kat Arau..

Sempat bersembang-sembang dengan tokeh tu.. dan menurut tokeh tu.. group mereka turut disertai oleh Di Milo KTM.. salah seorang juara kaki leper KTM Perlis..

p/s: Oklah.. aku berehat sebentar.. sebab perjalanan aku ni.. jauh lagi.. tak mahu tergesa-gesa.. keselamatan perlu diutamakan..

Bersambung...

"Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...