02 Jun 2011

SERVICE ER6N 28891KM

Catatan Ayah

Khamis
29 Jamadil Akhir 1432
2 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Seronok pula dok ikut nonton siri Akasia Nora Elena kat salah sebuah stesen TV swasta setiap petang.. makin lama semakin menariks pula.. hehehe.. :thumbup:

Oklah.. time to service Kerbau Hitam...


Mileage Kerbau Hitam dah pun menunjukkan 28,891 km.. dan dah tiba masanya untuk ditukar minyak hitam..

So.. sebelum buang minyak hitam.. aku start dulu sat untuk kasi naik minyak hitam.. sebab Kerbau Hitam ni dah berehat beberapa hari..


Selepas biarkan enjin melahu 2-3 minit.. apalagi.. kasi buka dan buang minyak lama...


Kelebihan DIY ni.. boleh tunggu sehingga minyak turun hingga ke titisan terakhir..

Aku biarkan minyak lama turun sehingga hampir sejam.. sampai tiada minyak menitik turun.. sambil-sambil tu.. sempat ler kasi polish sikit dan hitamkan tayar...


Aku masih lagi menggunakan Motul 5100 10w40 semi-sintetik.. yang aku beli dari Chen Motor dengan harga RM41.00 sebotol.. jadi jumlahnya RM82.00 untuk 2 botol...


Nampaknya.. minyak lama dah habis turun.. apalagi.. kasi isi minyak baru ler..

Settle isi minyak baru.. aku terus ambil minyak diesel yang aku beli 2-3 hari lepas.. masukkan ke dalam penyembur.. kasi sembur kat bawah enjin.. supaya segala kotoran dan kesan-kesan minyak lama terkeluar.. baru enjin nampak bersih dan merelit sikit.. hahahaha.. :thumpup:






Selepas sembur dengan minyak diesel.. biarkan sekejap.. bilas dengan air bersih...

Setelah bersih dari kesan minyak.. cuci pulak rantai dengan minyak tanah.. bilas dengan air bersih.. minyakkan dengan minyak rantai.. dan lapkan dengan kain bersih..

Pasang balik apa yang telah dibuka awal tadi..

Nah...


Selesai... belanja service kali ni cuma RM82.00 saja... hehehe.. :thumpup:


Next service.. nanti cukup 5,000 km iaitu bila mileage sampai 33,891 km...

p/s: bukan susah pun nak service motor ni.. mahu dengan tak mahu saja.. hehehe...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

1 ulasan:

  1. Wa pakai PPM tag tu.Ni kena register dalam sistem Faber onlineni.Baru boleh trace no asset.heheh.Melawakja bangno...jangan marahhh.hehehe

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...