23 Jun 2011

SALE... SALE... SALE...

Catatan Ayah

Khamis
21 Rejab 1432
23 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Sekarang dah pertengahan bulan Rejab..

Lagi seminggu.. masuk bulan Syaaban.. lepas tu bulan Ramadhan.. bulan yang penuh dengan keberkatan..

Selepas Ramadhan.. tiba pula bulan Syawal.. dan tentu sekali golongan yang paling suka adalah kanak-kanak..

Bila ingatkan Ramadhan.. teringat aku.. adakah aku sempat untuk menyambut Ramadhan...?

Dalam seminggu ni.. 2 orang saudara aku.. iaitu pak menakan aku telah meninggal dunia.. pada sabtu lepas.. dan rabu lepas.. tok menakan pupu aku.. juga telah meninggal dunia..

p/s: semoga kedua-dua roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Al-fatihah...


Amin..

Aku juga selalu berdoa.. semoga aku sekeluarga mendapat peluang untuk menyambut Ramadhan ni... dan berkesempatan beramal di bulan Ramadhan nanti... InsyaAllah..



Para peniaga juga berlumba-lumba.. mengumpan orang ramai untuk berbelanja.. sempena datangnya hari raya... macam-macam dunia sekarang...

Macam-macam cara dilakukan.. untuk menarik pelanggan datang kepada mereka..

Bagi kita sebagai pengguna... berbelanjalah secara sederhana... mengikut kemampuan masing-masing..

Janganlah amalkan... biar papa asalkan bergaya...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

1 ulasan:

  1. ha ha..court mamoth pun dah lama wat promosi raya kat tv ..suruh orang berhutang...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...