19 Jun 2011

RIDE ROAD TAX

Catatan Ayah

Sabtu
16 Rejab 1432
18 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah... seperti yang dirancang.. terlaksana juga ride solo aku hari ni.. yang aku namakan Ride Road Tax.. =)

Road tax dan insuran Kerbau Hitam.. bakal tamat pada 29 Jun 2011 nanti.. jadi hari ni.. aku ride ke Mega Fortune Bandar Perda, Bukit Mertajam.. untuk buat bayaran perbaharui insuran dan road tax untuk setahun.. sebab geran motor ada kat sana.. hutang Kerbau Hitam tak habis lagi beb... =P

@ Mega Fortune, Bandar Perda, Bukit Mertajam



Alhamdulillah.. cuaca agak baik pagi ni.. minta-minta tu.. janganlah hujan hari ni.. sebab kebelakangan ni dok hujan jer...

Aku keluar dari rumah.. dalam pukul 9.20 pagi.. ride santai jer kali ni.. malas nak laju-laju...


Keadaan jalan pun agak lengang.. dari rumah.. sampailah Alor Star...


Minyak ada lagi 3 bar.. last sekali aku isi kat Juru.. semasa balik dari Shah Alam sabtu lepas.. 

Jadi.. aku berhenti dulu kat Shell Jalan Lencongan Barat untuk isi minyak sikit.. tak mahu tanggung risiko.. kalau ikut.. boleh sampai R&R Gurun.. tapi isi sajalah...


Perjalanan atas lebuhraya agak lancar.. sebab bilangan kenderaan yang tak banyak...

Cuma... seperti biasa kena berhati-hati dengan lori atau kereta yang masih suka mengubah lorong tanpa menggunakan lampu isyarat membelok..

Mungkin depa bimbang.. habis bateri kot.. hehehe.. =P


Akhirnya.. aku sampai Tol Sungai Dua..

Aku ambil keputusan untuk berhenti seketika.. perasap kemenyan sebatang...

Dalam dok relak-relak.. terserempak dengan sebuah van polis.. yang membawa sekumpulan pesalah.. agak ramai juga.. semuanya bergari... berhenti untuk ke tandas di kawasan tol...

Teringat tag line 999 yang selalu ke udara di TV3... "Jenayah membawa padah"...


Sekejap saja aku kat sini...

Lalu.. aku teruskan perjalanan aku.. menyusuri lebuhraya.. dan keluar menuju ke Bukit Mertajam...

Perlahan-lahan.. akhirnya aku sampai ke destinasi... iaitu Mega Fortune Motorsport.. yang letaknya di Bandar Perda, Bukit Mertajam...

Sebaik sampai.. terus selesaikan urusan...


Alhamdulillah.. semuanya settle...

InsyaAllah.. hari selasa ni.. aku akan dapat road tax serta salinan geran dan insuran... yang akan diposkan ke rumah...

@ Balik rumah


Route yang aku ambik...

Bukit Mertajam - Kulim - Kuala Ketil - Pendang - Langgar - Jitra - Kodiang - rumah aku...

Kali ni.. aku balik ke Perlis.. guna totally jalan dalam..

Dari Bukit Mertajam ke Kulim.. jalan biasa saja.. cuma penuh dengan kenderaan.. dan beberapa kenduri sepanjang jalan... hehehe... =)

Dan dalam perjalanan ke Kulim.. aku dah terjumpa sebuah kedai makan.. iaitu Kedai Makan Mee Rebus Ketam.. menarik..

Nanti.. bila-bila free.. boleh buat ride ke sini.. try pekena mee rebus ketam pulak.. selama ni dok pekena mee rebus udang saja..






Dari Kulim ke Kuala Ketil.. pada awalnya.. jalannya biasa saja.. jalan kampung dan agak kurang kenderaan kat atas jalan..

Perjalanan agak selesa.. sambil menikmati pemandangan sepanjang jalan..

Selepas dari Sungai Karangan.. menuju ke Kuala Ketil.. jalan mula berubah.. dari lurus ke bengkang-bengkok.. dan kebanyakannya short-corner.. di samping ada 2-3 long-corner...

Selekoh-selekoh yang aku tempuhi.. agak mencabar juga.. disamping tu seronok pun ada.. cuma kena sikit berhati-hati.. dengan kenderaan kat atas jalan.. disamping jalan-jalan ni adalah jalan kampung.. yang kiri kanannya rumah orang.. kena berhati-hati dengan orang melintas jalan.. serta binatang-binatang ternakan...

Inilah peluang aku untuk asah tepi tayar.. hehehe.. selama ni.. dok asah tengah tayar saja...










Perjalanan dari Kuala Ketil ke Pendang juga agak menarik.. dan semuanya short-corner...

Nasib baik Kerbau Hitam aku ni 650cc saja.. dalam kategori middlewieght.. kalau 1000cc.. jenuh juga mau control.. sebab dah masuk heavywieght... hehehe... =)

Lagi sekali.. memang syok layan selekoh.. sekejap kiri.. sekejap kanan.. fuh.... =D

Hinggalah menghampiri Pendang... 







Sedar tak sedar.. tengok-tengok.. minyak dah tinggal 2 bar.. mana kan tidak.. dok asyik layan korner.. sat-sat gear 3.. sat-sat gear 4.. sat-sat gear 5.. sekali-sekala saja boleh masuk gear 6.. tu pun bila dah masuk jalan yang agak lurus...

Jadi.. apabila sampai Pendang.. aku singgah sat kat Petronas.. untuk isi minyak.. serta beli air oren...

Cuaca amat panas.. tapi aku teruskan juga perjalanan.. ingat sat lagi nak berhenti sat kat mana-mana bus-stop.. rehat sat sambil minum air oren yang aku beli tadi...



Selepas melepasi Alor Punti.. aku berhenti sat kat sebuah bus-stop yang ada kat situ..

Nyaman sekali rasa.. dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. di tepi sawah padi.. dan selami dengan minuman air oren yang sejuk.. pergh!!!!...

Seketika semasa berhenti.. aku ambil masa untuk membuat sedikit catatan kat buku nota kecil aku.. mengenai laluan yang aku tempoh tadi.. sepanjang dari Bukit Mertajam hinggalah Pendang...

Laluan.. memang best.. cuma keadaan jalan yang agak kurang memuaskan pada sesetengah tempat.. seperti biasa berlopak dan bertampung..

Sesetengah yang lain.. jalan cukup elok... disamping teduh.. dengan dirimbuni dengan pokok-pokok...

Satu pengalaman yang menarik...


Selepas berehat seketika.. aku teruskan perjalanan.. melalui Jalan Titi Haji Idris ni.. terus menuju ke Langgar... 

Kemudian dari Langgar.. menuju ke Jitra.. Tunjang.. Kodiang.. sehingga sampai rumah...




Akhirnya.. Alhamdulillah.. lebih kurang jam 2.20 petang.. aku sampai ke rumah...


Selepas menempuh jarak sejauh 317.2 km...

Alhamdulillah.. cuaca amat baik sepanjang perjalanan..

Cuma.. sebaik sahaja sampai rumah.. parking motor.. hujan pun turun...

Cukup menarik pengalaman kali ni.. walaupun melalui jalan dalam.. dengan kelajuan yang sederhana.. malahan kadang-kala agak perlahan.. semuanya amat memuaskan hati..

Sekali-sekala.. menunggang dengan gaya yang amat santai.. best juga sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya...

Kadang-kadang.. asyik dok meroket pun.. boring jugak...

Oklah.. tamatlah short ride aku untuk kali ni... nanti ada kelapangan.. aku akan ride lagi ke mana-mana.. tertakluk kepada perancangan... hehehehe... =)

-Tamat-

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

4 ulasan:

  1. syok plak baca.. mertua saya di k.ketil.

    BalasPadam
  2. Terima kasih @Goblogz kerana sudi baca ceritera yang tak seberapa ni...

    BalasPadam
  3. Terbaik bro Hasmizal..

    BalasPadam
  4. Terima kasih Bro Khir.. kerana sudi singgah...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...