17 Jun 2011

RIDE REUNION - FINAL EP

Catatan Ayah

Assalamu'alaikum..

Hujan tadi.. Alhamdulillah...

Satu nikmat Allah yang tak terhingga.. dengan hujan juga Allah boleh uji keimanan kita.. dengan datangkan banjir...

Apa-apa pun syukur ke hadrat Ilahi.. atas kurniaan rezeki-Nya...

Hari ni.. masuklah episod terakhir.. penceritaan aku ride reunion...

@ R&R Sungai Buloh

Gambar ehsan dari Azman Ahmad

Dengan rasa berat hati.. aku melangkah juga.. meninggalkan kawan-kawan...

Bilakah lagi kita dapat bertemu lagi..?

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi...

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Sampai masa aku beralah,
Tiba masanya.. kita akan bertemu jua...

Hehehehehe.. =P


Perjalanan mesti diteruskan.. seperti yang telah terancang.. 

Perjalanan aku dari Concorde.. terus ke Lebuhraya Persekutuan.. dan masuk ke lorong motorsikal.. 

Agak perlahan bila melalui lorong motorsikal.. hinggalah sampai ke NKVE.. 

Bila dah memasuki NKVE.. perjalanan aku mula agak laju sikit.. hinggalah aku sampai R&R Sungai Buloh...


Aku ambil keputusan untuk berhenti kat R&R Sungai Buloh.. untuk menunaikan tanggungjawab...

Agak lama juga aku berhenti kat R&R Sungai Buloh.. tunaikan solat.. serta relaks sekejap sambil sembang dengan seorang brader.. yang agak berminat bertanyakan perihal motorsikal...

@ R&R Simpang Pulai


Dalam pukul 7 petang.. aku mula bergerak keluar dari R&R Sungai Buloh.. minyak penuh lagi... jadi taklah perlu diisi...

Perjalanan agak perlahan.. kerana kenderaan agak banyak kat atas lebuhraya.. sampailah hingga ke Rawang.. 

Bermula dari Tanjung Malim.. kenderaan mula berkurangan.. dan malam mula menjelma.. dan mula gelap..

Lagi 10 km dari R&R Tapah.. aku lihat minyak aku ada lagi 2 bar.. dan jarak untuk sampai ke Simpang Pulai ada lagi 69km.. rasa-rasa boleh sampai ni... jadi aku ambil keputusan untuk teruskan perjalanan ke Simpang Pulai.. dan membatalkan niat asal untuk isi minyak kat Tapah...

Sebaik sampai sekitar kawasan Kinjang.. minyak aku tinggal satu bar.. alamak!!!!...

Jadi aku terus menunggang sekitar 90~100 km/j sahaja.. 

"Ya Allah.. jauhkan aku dari malapetaka.. bagilah aku sampai ke Simpang Pulai...", doaku dalam hati...

Perlahan-lahan aku menyusuri lebuhraya.. hinggalah akhirnya.. aku sampai ke Hentian Sebelah Simpang Pulai...

Alhamdulillah...


Sebaik sampai.. terus isi minyak.. dan rehat sebentar...


Terus aku lepak sekejap di tepi stesen minyak.. beli roti dan air.. inilah juadah makan malam aku...

Agak lama juga aku di sini... 

@ Shell Juru

Selesai makan.. minum.. dan pekena rokok sebatang.. aku teruskan perjalanan..

Tunggangan aku agak perlahan.. kerana kenderaan mulai banyak.. 

Agak bimbang semasa menuruni bukit selepas Ipoh.. dengan kegelapan malam.. dan selekoh yang agak tajam.. serta dengan kenderaan yang banyak...

Tapi semua ni adalah pengalaman yang amat berharga.. jarang-jarang aku menunggang di waktu malam..

Perlahan-lahan menyusuri lebuhraya.. sekejap kat lorong kiri.. sekejap kat lorong kanan.. sekejap mencelah kenderaan.. 


Akhirnya.. lebih kurang pukul 9.40 malam.. aku sampai Tol Juru.. terus aku singgah kat Shell Juru.. top-up minyak sikit.. serta berhenti rehat sekejap...

Kenderaan.. nampaknya masih banyak.. 

@ rumahku.. syurgaku...


Selepas hilangkan dahaga.. cuci visor helmet yang penuh dengan serangga.. serta perasap kemenyan.. aku sambung lagi tunggangan aku.. menyusuri kegelapan malam...

Minyak dalam tangki.. boleh sampai rumah..

Selepas Gurun.. Alhamdulillah.. kenderaan mula berkurangan.. tapi aku masih mengekalkan kelajuan sederhana.. sebab pandangan agak terhad di waktu malam...


Melepasi Pendang...


Akhirnya.. sampai Alor Star..

Aku ambil keputusan untuk keluar melalui Exit Alor Star (S)..

Terus menyusuri Jalan Lencongan Barat.. ke Jalan Alor Star-Kangar..

Dan.. akhirnya.. dalam pukul 11.20 malam.. aku sampai juga ke rumah... 

Alhamdulillah.. aku selamat sampai tanpa sebarang malapetaka... syukur ke hadrat Ilahi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih kepada semua yang menghadirkan diri ke perjumpaan ni..

Jack, Ana, Man, Mie, Mie Toyol, Azmi Kassim, Zul Kratong, Abong, Radzi dan Joe Arab...

Pertemuan ni akan menjadi kenangan yang indah buat aku... jika umur panjang.. mudah-mudahan kita akan berjumpa lagi...

-Tamat-

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...