15 Jun 2011

RIDE REUNION - EP3

Catatan Ayah

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. selesai satu training yang aku attend tadi.. iaitu CRM Training atau nama penuhnya Customer Relationship Management.. yang berkaitan dengan menjalinkan hubungan dengan pelanggan.. supaya pelanggan dapat kepuasan dari perkhidmatan dan barangan yang kita bekalkan kepada mereka..

Juga berkaitan dengan Time Management dan Stress Management.. banyak ilmu yang aku dapat hari ni.. Alhamdulillah.. dan InsyaAllah akan aku cuba apply dalam kehidupan dan kerja-kerja seharian...

Jom.. berbalik kepada ceritera aku yang masih belum tamat ni.. untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama..

@ R&R Sungai Buluh..


Ni pun bersangkat-paut dengan time management jugak ni.. berjanji dengan kawan-kawan yang akan berjumpa di Concorde Hotel Shah Alam antara pukul 12.00~1.00 tengahari.. jadi taklah boleh dok rehat lama-lama..

Selesai minum nescafe.. serta perasap kemenyan sebatang.. aku pun bersiap untuk bertolak..

Alhamdulillah.. cuaca amat baik sekali.. tiada tanda-tanda hari akan hujan.. dan matahari pun mula menegak di atas kepala...

Keadaan kenderaan kat atas lebuhraya juga agak lengang.. Alhamdulillah..


Selepas kurang lebih sejam menunggang dari Simpang Pulai.. Alhamdulillah aku sampai ke R&R Sungai Buloh sekitar pukul 11.30 pagi...

Sepanjang dari Simpang Pulai hingga ke Sungai Buloh ni.. aku ada perasan satu speed-trap yang dibuat oleh PDRM.. di atas bukit menghala ke utara.. selepas Rawang...

Bermula dari Rawang.. seperti kebiasaan.. kenderaan mula banyak tetapi trafik agak lancar dan bergerak selesa.. Alhamdulillah...


Kat R&R Sungai Buloh ni.. aku dapati ramai yang berhenti rehat kat sini.. dan boleh dikatakan semua tempat parking kereta penuh..


Aku ambil keputusan untuk berhenti kat bawah pokok yang agak teduh.. serta nyaman dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.... matahari pun boleh dikatakan hampir di atas kepala.. kerana menghampiri tengahari dah...



@ Concorde Hotel, Shah Alam


Hampir 1/2 jam jugak aku berhenti rehat.. melepaskan rasa kebas punggong.. hehehe...

Kurang lebih pukul 12 tengahari.. aku sambung balik tunggangan aku..

Sebelum tu.. singgah sekejap kat stesen minyak kat R&R ni.. top-up sikit minyak...

Selesai isi minyak.. aku teruskan perjalanan.. menuju ke destinasi seterusnya.. iaitu Shah Alam..

Saja jer aku terus melalui sini.. tidak melalui Lebuhraya Guthrie.. sebab jika ikut situ.. aku kena melalui lorong motorsikal.. jenuh juga nak meniti melalui lorong motorsikal hingga ke Shah Alam.. lagipun aku kurang familiar dengan laluan tu...


Entah macam mana.. aku telah exit melalui Kota Damansara..

Apalagi.. ikut jer lah papan tanda.. menuju ke Petaling Jaya.. untuk ke Lebuhraya Persekutuan.. sebab aku ni bukannya tahu sangat selok-belok jalan kat sini.. semuanya berpandukan papan tanda.. lagipun aku bukannya ada GPS...

Sebaik sampai jalan dari Kota Damansara menuju ke arah The Curve.. kesesakan jalan melanda..

"Hari sabtu pun sesak... adohai..", kata hati aku...

Jadi.. menitilah dicelah-celah kenderaan yang beratur dalam kesesakan..

Bayangkan.. dengan kepanasan memakai riding suit.. ditambah dengan kepanasan matahari jam 12.00 tengahari serta bahang kepanasan enjin..

"Redah sajalah...", detik hati aku...

Perlahan-lahan aku menyusuri kesesakan jalan.. hinggalah sampai ke Lebuhraya Persekutuan..

Sebaik melalui Lebuhraya Persekutuan.. terus aku belok ke lorong motorsikal..

Terus dengan perlahan-lahan.. aku menyusuri lorong motorsikal.. agak perlahan hinggakan penunggang motor kapcai pun potong aku.. hehehehe.. bimbang juga sebab lorong motorsikal ni sempit.. dan banyak selekoh tajam...

Akhirnya.. Alhamdulillah aku sampai ke Shah Alam.. jam pun dah menunjukkan hampir pukul 1.00 tengahari... fuh!!!.. panas beb...


Pedoman aku sekarang ni adalah Tesco.. dalam menuju ke Hotel Concorde...

Dengan perlahan-lahan.. akhirnya sampai juga aku ke destinasi... dalam pukul 1.30 petang... panasnya....

Tak perasan aku tadi.. semasa kat Bulatan Kayangan (kalau tak salah aku).. aku telah langgar lampu isyarat secara tak sengaja..

Aku ingatkan seperti dulu.. bulatan tu tiada lampu isyarat.. sebaik melepasi bulatan.. baru aku perasan ada lampu isyarat kat bulatan tu.. padan ler aku tengok kenderaan tak bergerak.. hehehehe..

Sebaik sampai kat hotel.. aku terus ke tempat parkir... yang ditunjukkan oleh salah seorang staf hotel.. terima kasih diucapkan...

Alhamdulillah.. aku selamat sampai ke destinasi.. selepas menunggang hampir 6 jam...

p/s: biar aku kunci motor dulu yer.. nanti aku sambung lagi ceritera ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...