14 Jun 2011

RIDE REUNION - EP2

Catatan Ayah

Assalamu'alaikum...

Mohon maaf dipinta.. kerana ceritera aku yang tersangkut semalam..

Kalau tersangkut sebab pi makan ke.. mengantuk ke.. takpa la jugak.. ni tersangkut sebab nak ke tandas.. hehehehe... =D

Oklah.. aku sambung balik ceritera aku yang tak seberapa ni..

@ R&R Simpang Pulai


Hampir 20 minit juga aku berhenti kat Shell Juru ni.. disebabkan menunggu giliran untuk ke tandas..

Tandas ada 2 sebenarnya.. tapi hanya satu sahaja yang boleh digunakan.. tunggu punya tunggu.. tak sedar 2 batang rokok habis.. adohai... =P

Tak lama.. sampai ler giliran aku untuk menggunakan tandas.. bayangkan dengan memakai riding suit ni.. dengan keadaan yang nak terkucil yang ditahan-tahan dari tadi..

Tapi.. Alhamdulillah.. semuanya selamat... haaaa.. lega... =)

Selepas semuanya siap.. aku sambung balik tunggangan.. next pit-stop adalah R&R Simpang Pulai.. dan memang selalunya menjadi kewajipan kebanyakan bikers untuk berhenti kat situ...

Aku bercadang akan berhenti kat situ untuk top-up minyak.. dan minum pagi..


Kenderaan sudah banyak kat atas lebuhraya.. malahan aku dapati kat tol sebelah menghala ke utara.. kesesakan mula sudah berlaku.. mungkin orang ramai sudah mula pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti sekolah.. sebab sekolah akan bermula pada 12 Jun 2011 bagi negeri Kedah.. manakala Perlis, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain akan bermula pada 13 Jun 2011...

Lebuhraya agak sesak dari Juru hingga Bukit Merah.. hinggakan aku tak berapa boleh laju.. sekadar sekali-sekala meroket..

Ramai juga group bikers yang menghala ke utara.. masing-masing dengan program tersendiri.. cuma aku sahaja yang solo ride..

Kat Bukit Merah.. aku berselisih dengan group kereta Myvi.. yang juga berkonvoi..

Sekarang ni.. bukan setakat motor saja berkonvoi.. geng kereta juga banyak yang berkonvoi.. antara yang pernah aku jumpa.. group Toyota Wish, Proton Satria, Myvi, Alza dan berbagai-bagai lagi...

Tak kisahlah.. apapun kenderaan dan group yang nak berkonvoi.. cuma ikutlah etika berkonvoi dan patuhi segala peraturan dan undang-undang jalanraya..

Lagi satu.. janganlah hanya berkawan atau taksub dengan sesuatu model sahaja.. kawanlah walau apa pun model.. terutamanya jika bermotorsikal.. ini hanya sekadar pendapat peribadi aku sahaja...

Selepas Bukit Merah.. menuju ke Ipoh.. lebuhraya agak lengang.. dan apalagi.. seronok juga meroket.. dan seronok juga layan korner.. semasa menaiki bukit menuju ke terowong dan selepas terowong.. menuju ke Ipoh...

Lama juga aku tak layan korner ni.. sebab aku pun bukannya kaki main korner pun...


Tak lama.. sampai Ipoh...


Dari Ipoh menuju ke Simpang Pulai.. aku perasan.. banyak kereta yang menuju ke utara memberikan high-beam...

Aku agak.. mungkin kat depan ada speed-trap.. dan aku berharap.. aku tak kena.. hehehehe... tapi sepanjang perjalanan aku dari Ipoh ke Simpang Pulai.. aku meroket hingga 180 km/j..


Dalam pukul 9.50 pagi.. aku sampai ke Hentian Sebelah Simpang Pulai... yang selalunya menjadi RV yang wajib kepada kebanyakan riders....


Aku terus ke stesen Petronas.. selepas menunggang selama sejam dari Juru..

Minyak ada lagi 3 bar.. tapi aku top-up juga.. ambil iktibar dari pengalaman yang lalu.. ketika mula-mula ride dulu.. minyak nak habis ketika atas lebuhraya.. dan hentian yang ada stesen minyak masih jauh lagi...


Selepas isi minyak.. aku pun terus ke kedai makan yang letaknya berdekatan dengan Petronas.. sekadar melepaskan dahaga...

Minum secawan nescafe tarik.. sambil melayan facebook mobile..

Sambil-sambil minum.. sampai ler seorang biker.. bersama pillion yang pada agakan aku.. isterinya.. menunggang Kawasaki ZX250R..

Beliau juga berhenti untuk minum.. dan duduk di meja bersebelahan dengan aku..

Kami sempat bersembang.. dan katanya dari Taiping.. menuju ke Shah Alam juga... sama destinasi dengan aku...

Dan menurutnya.. tadi dia ada perasan terdapat speed-trap kat bawah jejambat.. sebelum sampai ke Simpang Pulai ni.. tak perasan pulak aku.. sedap jer aku meroket tadi.. antara 160~180 km/j..

Nasib ler.. kalau ada 'surat cinta' sampai kat rumah nanti.. bayor jerlah.. hehehe.. =(

p/s: nanti aku sambung lagi yer.. ceritera ni.. nak minum sekejap sambil layan sembang dengan brader tadi.. hehehe...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...