13 Jun 2011

RIDE REUNION - EP1

Catatan Ayah

Isnin
11 Rejab 1432
13 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni.. berakhirlah cuti panjang aku selama 5 hari.. dan semasa cuti nilah aku ambil peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama aku semasa kat UTM dulu.. kawan-kawan makan sepinggan.. tidur sebilik.. sama-sama makan megi.. sama-sama susah.. sama-sama senang...

Terbayang kenangan-kenangan dulu... dan setelah sebulan merancang.. maka terlaksana juga perjumpaan ni.. yang berlangsung pada hari sabtu lepas.. 11 Jun 2011...

Dan... aku seperti biasa.. ride ke sana.. yang aku namakan Ride Reunion...



@ R&R Juru...


Akhirnya.. 11 Jun 2011 tiba juga.. dan Alhamdulillah.. aku diberi peluang oleh Allah Taala untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama.. yang hampir 18 tahun terpisah...

Dengan lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..." aku mulakan perjalanan aku ni.. moga-moga perjalanan aku ni mendapat keberkatan dan dilindungi Allah Taala dari sebarang kecelakaan...

Keadaan Kerbau Hitam.. aku dah periksa kelmarin.. semuanya berada dalam keadaan tip-top...

Seawal jam 7 pagi.. aku mulakan perjalanan.. keadaan masih lagi gelap.. dan sejuk..

Alhamdulillah.. keadaan cuaca nampaknya baik.. dan harap-harap cuaca akan baik hingga sampai ke destinasi... InsyaAllah...


Perjalanan awal-awal pagi.. yang seronoknya.. agak lapang dan nyaman.. kenderaan agak kurang atas jalan.. sementelah pulak sekarang ni masih dalam cuti sekolah.. jadi jalan taklah sesak macam hari-hari persekolahan biasa...


Kat Alor Star pun.. suasana masih agak gelap..

Aku akan terus shoot melalui Plus Highway.. dan aku plan akan berhenti isi minyak kat Juru nanti..


Kat atas Plus Hi-way pun.. agak lengang.. sedap juga meroket pagi-pagi ni.. apalagi.. lepas gian ler.. cecah juga 180km/j.. sekali-sekala..

Cuma aku agak kurang berpuas-hati dengan segelintir pemandu kereta dan pemandu lori.. yang tak tahu menggunakan lampu isyarat semasa mengubah haluan...

Bayangkan.. dalam kelajuan 160~180 km/j.. tiba-tiba kenderaan kat depan ubah haluan dari kiri ke kanan tanpa menggunakan lampu isyarat.. jenuh juga membrek.. untuk mengelak...

Jika mereka menggunakan isyarat.. dapatlah juga aku bertindak sama ada membrek atau memperlahankan kenderaan.. bahkan aku sendiri sebagai penunggang motor.. menggunakan lampu isyarat ketika mengubah haluan dan memotong mereka..

Alhamdulillah.. semasa kat Sungai Petani.. aku dapat membrek dengan cepat.. ketika sebuah lori yang mengubah haluan secara tiba-tiba.. tanpa sebarang isyarat...


Bila memasuki negeri Pulau Pinang.. barulah kenderaan mula banyak kat atas Plus Hi-way... dan kelajuan aku mula berkurangan... sekitar 150~160 km/j...


Dan kenderaan cukup banyak semasa berada dalam kawasan Seberang Jaya.. hingga ke Juru... tapi Alhamdulillah.. taklah sampai jem..


Dan seperti yang dirancang.. aku akan berhenti di Juru.. dan aku semakin menghampiri kawasan rehat Juru...


Kurang lebih jam 8.20 pagi.. Alhamdulillah aku sampai Juru.. dan seperti biasa.. aku terus ke Shell Juru..

Isi minyak sikit.. kemudiannya aku lepak kat sebelah belakang stesen... agak senang nak menuju ke toilet..

Lama juga menunggu turn..

Agak lama juga aku kat sini.. akibat menunggu turn ke tandas..

p/s: jadi biar ler aku ke tandas dulu yer..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

3 ulasan:

  1. Pergh..lajunya hang bwk 180km/jam...utk pengetahuan dah 2 org kwn sy yang guna er6 enjin terbarai sb perah gila-gila sgt...

    BalasPadam
  2. lepas ni.. saya nak slow downlah.. naik relaks-relaks..

    terima kasih atas info dan nasihat..

    nak ride santai-santai saja.. :thumbup:..

    BalasPadam
  3. Pherggh bang..macammana rasa bawak laju sampai 180km/j yer? Tak gayat ker?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...