05 Jun 2011

RIDE FLUORO @ SUNGAI PETANI - PT1

Catatan Ayah

Ahad
3 Rejab 1432
5 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Terlebih dahulu.. aku ingin mengucapkan selamat Hari Keputeraan SPB Yang Di-Pertuan Agong yang berlangsung kelmarin 4 Jun 2011..

Terima kasih juga diucapkan kepada Nadzi.. lauk-pauk kenduri kat rumah hang sedap-sedap belaka...

Leka menonton bab Perubatan Islam dalam rancangan Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Danial.. Alhamdulilah banyak ilmu yang dapat..

Ride @ day 1

25 Mei 2011 yang lepas.. sekali lagi aku ride ke HSAH, Sungai Petani untuk melaksanakan tugasan.. QC test fluoroscopy.. yang mana harus menyelesaikan tugasan untuk 2 unit fluoroscopy unit dan dijangkakan memakan masa 2 hari...

Route yang aku ambil kali ni.. melalui Jalan Kangar-Alor Star - Jalan Lencongan Barat - Lebuhraya Plus - Jalan Lencongan Timur - HSAH...


Alhamdulillah.. cuaca amat baik hari ni.. pagi-pagi lagi cuaca amat cerah.. aku keluar seawal 8 pagi..


Jalan pun agak lengang... seronok bila ride dalam keadaan jalan yang lengang begini...


Tapi.. bila sampai Alor Star.. jalan mula agak sesak.. yang syoknya.. cuba lihat motor kat atas.. Bila GIVI keluarkan mesin penyembur benih padi?.. hehehehe... =P

Kat atas hi-way pun.. jalan agak lengang.. apa lagi.. boleh ler shoot laju sikit.. hehehe.. =)


Akhirnya.. sampai Sungai Petani.. dan seperti biasa.. aku akan berhenti sekejap kat Tol Sungai Petani (U).. sekadar rokok sebatang... hehehehe.. =)


Cuaca mula agak panas.. matahari mula menegak di atas kepala..


Keadaan kat Sungai Petani pun agak lengang.. 

Akhirnya.. aku sampai HSAH.. park Kerbau Hitam kat bawah pondok tempat parking motor...


Keadaan kat HSAH amat sesak sekarang.. tempat parking kenderaan pun tak cukup.. tapi tak jadi masalah buat penunggang motor... agaknya hari ni hari klinik kot.. tu yang nampak sesak dengan kenderaan kot...

Seperti biasa.. aku akan naik ke workshop dulu kat Tingkat 5.. tukar riding suit ke pakaian kerja.. serta siapkan dokumen dan tools yang aku telah courier sebelum datang ke sini...

Sebelum kerja-kerja disiapkan.. aku dan Mie Korea telah ke Kedai Ikan Bakar Intan.. yang letaknya berdekatan dengan INTAN.. menjamu selera sebelum buat kerja...


View Ikan Bakar Intan in a larger map

Kedai makan ni hanya menyajikan nasi putih sahaja dengan lauk-pauk berasaskan bakar sahaja.. ada ikan bakar, daging bakar... dan ulam-ulaman..

Lagi satu.. dia punya air asam.. pergh!!!!.. marbeles.. sedap..

Aku rekomen kepada sesiapa yang datang ke Sungai Petani.. untuk menikmati ikan bakar kat sini...

Selesai menjamu selera.. maka kerja-kerja perlu ditunaikan.. maka bermulalah tugasan untuk hari ni....




Hampir jam 5 petang.. semua kerja-kerja berjaya disiapkan.. 

Alhamdulillah.. selepas siap semua kerja.. staf JPD pulak jemput kami makan.. sempena sambutan birthday salah seorang staf kat situ..

Dan salah seorang staf JPD kat situ adalah saudara kepada En Azman Hamid (ex-General Manager company aku kerja...) iaitu En Azmi Hamid.. terima kasih Bang Mi.. kerana jemput kami makan..

Oklah.. makan dah.. kerja pun dah siap.. jadi balik jer lah.. esok ada lagi satu mesin yang perlu disiapkan...

Balik rumah...



Riding suit telah ditukar.. siap untuk shoot balik rumah... Route yang aku ambil.. sama dengan route yang ambil semasa datang tadi...


Alhamdulillah.. cuaca amat elok sekali.. dan minta-minta beginilah sampai rumah...


Akhirnya.. dalam 6.30 petang aku sampai rumah... Alhamdulillah.. selamat sepanjang perjalanan...

Esok.. bersambung lagi satu mesin...

p/s: terima kasih Mie Korea... sebab telah belanja makan ikan bakar yang amat sedap sekali... 

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam


1 ulasan:

  1. as salam..terjah ahad kat sini
    mai...naik keretapi....

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...