09 Jun 2011

RESTORAN MUSLIM IKAN BAKAR

Catatan Ayah

Khamis
7 Rejab 1432
9 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. selesai repair RO kat rumah Anis Affendy kat Taman Dato Paduka.. filter tersumbat..

Dan hari ni.. bermulalah kayuhan pertama aku.. selepas selesai rebuild basikal lama aku.. kayuh ke Kangar tadi.. berpeluh juga.. lama tak kayuh basikal.. hehehe... =)

Oklah.. kali ni.. aku nak ceritera sikit.. mengenai salah sebuah restoran yang aku dan famili makan tempoh hari.. di Kuala Perlis..

Sambil-sambil ceritera.. tengok siri Nora Elena..

p/s: semakin menyampah tengok perangai Yvonne.. dok kacau rumah tangga Seth dan Nora Elena.. hehehehe.. =)

Restoran Ikan Bakar Muslim


View Muslim Ikan Bakar in a larger map



Restoran Ikan Bakar Muslim.. terletak di Kuala Perlis.. atau secara spesifik.. di Jalan Besar.. berhadapan dengan Petronas..



Dulu restoran ni bernama Restoran Arib Ikan Bakar.. dan sekarang dah berubah nama Muslim Ikan Bakar..

Adakah berubah pengurusan.. atau sekadar berubah nama.. tak tahulah pulak.. tapi yang pasti.. nampaknya tukang masak telah bertukar... dan yang pasti rasa masakan juga berubah.. berbanding semasa Arib Ikan Bakar...


Kawasan agak luas.. dan boleh dikatakan agak bersih dan selesa.. dan selain daripada meja makan kat dalam restoran.. pengunjung boleh juga menjamu selera kat luar restoran.. di bawah sinaran rembulan dan kilauan bintang... atau bersila di pondok-pondok yang disediakan...


Terdapat berbagai pilihan minuman dari berais dan panas,.. air buah,.. serta pra-campuran..


Makanan juga berbagai pilihan.. mengikut selera.. ada goreng-goreng dan masakan berhidang..


Dan.. sudah semestinya.. menu utama adalah ikan bakar.. Pengunjung boleh pilih ikan kesukaan.. dan tukang masak akan masakkan atau bakarkan ikan tu.. Selain ikan.. terdapat juga sotong yang selalunya dibuat sotong goreng tepung.. 


Masa menunggu.. boleh aku katakan agak lama.. jika dikira dengan jumlah pelanggan yang ada masa tu.. Adakah ini disebabkan restoran ni hanya mempunyai seorang tukang masak?.. tak tahulah.. =(

Antara pilihan masakan kami malam tu adalah...


Bihun hailam..

Dari segi gambaran amat menyelerakan.. Realitinya.. bihun agak keras.. dan rasanya agak kureng sikit pada lidah aku..


Mee bandung.. pilihan isteri

Aku tak rasa pulak.. jadi tak boleh nak komen ler.. tapi menurut isteri aku.. bolehlah.. hehehe..


Nasi goreng pattaya...


Sotong goreng tepung..

Aku agak kurang berpuas hati dengan sotong goreng tepung ni.. sebab sikit sangat.. 

Aku telah meminta untuk dibuatkan hidangan tiga orang.. tapi apa yang aku dapat agak sikit jika untuk 3 orang.. berbanding tempat lain yang agak banyak sotongnya.. yang kadang-kala terpaksa dibungkus bawa balik akibat tak habis makan..

Secara keseluruhan.. aku hanya mampu berikan 7/10 markah untuk restoran ni.. berbanding semasa restoran ni bernama Arib Ikan Bakar.. dan nampaknya prestasi restoran ni telah menurun...

Diharap.. pihak pengurusan restoran ni dapat menaikkan kembali prestasi restoran ni.. sekurang-kurangnya seperti semasa Arib Ikan Bakar.. 

p/s: setakat la ni.. aku amat berpuas hati dengan Liza Mat Ikan Bakar...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. malam selasa baru ni sy makan ikan bakar bersama famili di kuala perlis...harga ok gak..

    BalasPadam
  2. tak tau pulak Kang Latep mai Perlis.. kalau tidak.. boleh sembang-sembang.. =)

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...