21 Jun 2011

RESTORAN BAHAROM TOMYAM

Catatan Ayah

Selasa
19 Rejab 1432
21 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Petang-petang ni.. sambil relaks-relaks.. minum kopi.. best juga..

Sementara dok tunggu wife pi beli laksa Kuala Perlis.. aku nak kongsi.. salah satu kedai makan.. yang aku dan kawan-kawan selalu minum petang..

Kedai makan tu adalah Restoran Baharom Tomyam.. atau dikenali sebagai Kedai Yah...

Mana dapat nama Kedai Yah tu.. biarlah ia menjadi rahsia.. untuk sesetengah orang.. yang penting adalah masakan di situ.. dan halal.. hehehe.. =P


View Restoran Baharom Tomyam in a larger map


Kedai Yah ni.. letaknya berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.. dan bersebelahan dengan Masjid Behor Empiang...

Jaraknya dari Hospital Tuanku Fauziah.. adalah kira-kira 2 km.. melalui Jalan Abi Tok Hashim...

Kedai ni dibuka sebelah petang hinggalah ke malam...


Keadaan kedai makan agak teratur.. dan bersih...

Para pekerja.. semuanya diimpot dari seberang.. bukan Indon yer.. tapi Pattani, Thailand...

Dan menu utamanya.. sudah semestinya masakan ala-thai...

Selalunya.. aku dan rakan-rakan.. apabila minum petang kat sini.. akan makan maggi supnya.. memang sedap.. sebab supnya adalah sup thai.. yang dimasukkan maggi (tanpa perencahnya)...

Dan.. suatu petang tu.. aku telah membawa famili untuk merasa masakan maggi sup di sini...


Inilah.. maggi sup yang aku katakan tu...


Ini pula adalah mee bandung... ala-thai..

Oklah.. bagilah kami peluang untuk menjamu selera.. nanti... bila-bila lapang.. dan jika aku ada ke mana-mana restoran yang menarik.. akan aku ceritakan di sini.. mudah-mudahan dapat menjadi panduan kepada sesiapa yang datang ke Perlis ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...