08 Jun 2011

PROJEK REBUILD.. BESKAL..

Catatan Ayah

Rabu
6 Rejab 1432
8 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. selepas beberapa hari/petang aku berusaha.. akhirnya projek ni selesai...

Projek membaiki dan rebuild kembali basikal lama aku... yang dibelikan oleh Allahyarham ayah aku pada tahun 1986.. (zaman tu memang zaman gerek racing dan bmx)...

Banyak kenangan aku dengan basikal ni.. dan aku pernah kayuh sejauh Kangar-Alor Star, Kangar-Jitra.. dan Kangar-Langkawi... bersama-sama dengan kawan-kawan.. iaitu Farish Hamzah (sekarang ni seorang pegawai Bank.. kalau tak salah).. Shidi (sekarang ni penyanyi @ CDNaz Shidi).. dan beberapa orang lagi kawan-kawan...

Semenjak aku masuk ke asrama di Sekolah Menengah Teknik dan UTM.. basikal ni tersimpan.. hinggalah sekarang...

Dan.. entah macam mana.. kebelakangan ni.. timbul pula rasa nak rebuild balik basikal ni...

Jom.. aku nak ceritera sikit proses-proses pembaikan basikal ni.. sambil layan dengaq lagu Basikal Tua nyanyian Sudirman...

Hari pertama


Inilah dia.. basikal aku.. yang tersimpan hampir 10 tahun.. dan berumur hampir 15 tahun.. tersimpan di bawah rumah.. dengan karat dan kotor... 

Dan hari ni.. bermulalah kerja-kerja pembaikan.. yang aku buat sebelah petang.. selepas balik dari kerja...

Hari ni.. tiada apa yang dibuat.. hanya keluarkan dari simpanan.. dan layan kenangan lalu.. hehehe...

Hari ke-2

Kerja-kerja meleraikan basikal ni.. bermula..


Kedua-tayar siap dibuka.. dan aku dapati arm depan yang lama telah bengkok.. mungkin kesan dari pelanggaran.. semasa adik aku tunggang basikal ni dulu.. akibat langgar belakang lori...


Handle terpaksa dipotong dengan grinder.. sebab sudah tak boleh dileraikan.. takpalah.. lagi pun.. aku bercadang nak tukar dengan handle yang lain...


Bahagian-bahagian yang lain yang berjaya dileraikan...


Akhirnya.. tinggal body sahaja... 

Proses kedua.. dijalankan.. iaitu gosok segala karat kat body dengan kertas pasir...


Kerja-kerja menggosok dengan kertas pasir selesai.. dan siap dibasuh...

Hari ke-3

Kerja-kerja mengecat akan bermula hari ni.. nak bubuh kaler apa yer?...

Selongkar punya selongkar.. terjumpalah setin cat yang masih belum digunakan lagi.. 


Persediaan sebelum kerja-kerja mengecat dilakukan...


Sementara tu.. buang karat kat rim dengan 'ranting' dulu...

Kerja-kerja mengecat pun bermula...


Selesai cat.. lapisan pertama...


Rim pun dah siap digosok dengan kertas pasir.. dan dibasuh.. 

Hari ke-4

Sudah masuk hari ke-4.. tak siap-siap lagi.. 

Hari ni.. aku sambung untuk sesi mengecat body untuk lapisan ke-2...


Cat.. jangan tak cat...


Kedua-dua rim.. siap dibuang karat dan dibasuh...


Body pun dah siap dicat.. dan dibiar kering... 

Hari ke-5

Dah masuk hari ke-5.. masih tak siap-siap lagi...


Body dah siap dicat.. kini bersambung kerja-kerja mengecat rim pulak...


Persediaan mengecat rim belakang...


Rim depan.. hampir siap.. tapi sekali cat dah nak habis daaa... :tepuk dahi:...


Dah sempat habis cat rim belakang.. cat pun habis.. kena beli cat dululah yer...


Sementara nak beli cat lain.. kasi settle barang-barang ni dululah...



Penutup untuk hari ni.. cat tongkat... 

Esok kena beli cat lagi setin.. sambung cat rim....

Hari ke-6


Kerja-kerja mengecat rim.. bersambung..



Menggosok dan membasuh... dan mengecat...


Dan pemasangan semula...



Dah nak siap dah... hahahaha...

Hari ke-7

Hari ni.. tak buat apa sangat.. cuma pi cari semanggang depan saja..

Berpusing-pusing juga keliling Kangar.. semua tak dak.. last-last sekali.. jumpa kat sebuah kedai basikal sebelah Klinik Bakti..

Dia jual semanggang tu denga harga RM65.. jadi ambil sajalah.. sebab kedai lain tak dak..

Kat situ.. aku beli semanggang depan dan hendal baru.. semuanya berjumlah RM100...

So.. apalagi.. pasang ler..


Hari ke-8

Hari ni.. masuk hari ke-8 kerja-kerja pembaikan dijalankan.. dan semuanya selesai..

Hari ni.. aku membuat pemasangan brek depan dan belakang.., gear depan dan belakang.., sarung hendal.., serta tayar..

Kos kesemua barang tu dalam RM185.. dan semuanya cap ayam saja... asal boleh kayuh sudah... hehehe...

Layan gambiran basikal aku.. dengan rupa yang baru...










Dan.. akan bermulalah kayuhan aku... 

Kos aku dalam pembaikan adalah dalam... RM297...

p/s: lepas ni.. nanti ada modal.. nak rebuild motor Honda CB90 pusaka tinggalan Allahyarham ayah aku pulak... InsyaAllah...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...