06 Jun 2011

MINYAK RANTAI

Catatan Ayah

Isnin
4 Rejab 1432
6 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. setakat hari ni.. hampir 75% progress baiki basikal aku ke penamat.. dan bakal digunakan...

Setakat la ni.. modal cuma RM100 saja.. InsyaAllah minggu depan siap.. dan boleh digunakan.. setelah hampir 10 tahun tidak digunakan...

Minyak rantai Maxima Synthetic Chain Guard



Sebelum ni aku selalu guna minyak rantai Silkolene Chain Gel... dalam bentuk gel.. bagus.. cuma kelemahannya.. rantai akan cepat kotor sebab senang memerangkap kotoran.. dan aku kena selalu cuci rantai.. sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.. dan kelebihan utamanya.. gelnya tak merembes keluar dari rantai semasa menunggang..

Kali ni.. aku nak cuba Maxima pulak.. seperti gambar di atas..

Aku dapat minyak rantai ni dalam harga RM38.. tak taulah sama ada mahal atau murah... tapi murah sikit dari Silkolene..

Dah hampir sebulan aku menggunakannya.. dan setakat sekarang.. aku berpuas hati.. tiada kesan minyak yang merembas ke atas rim...

Aku gunakan minyak ni setiap kali selepas ride.. atau sekurang-kurangnya setiap 200 km..

p/s: tengoklah.. macam mana lagi 2-3 bulan penggunaan minyak ni... dan macam mana keadaan rantai..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

1 ulasan:

  1. saya ada menjual minyak rantai repsol..hrga rm30.
    kalau nak boleh email.
    hamiruddinyahya@ymail.com

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...