24 Jun 2011

JALAN RAJA SYED ALWI BAKAL BERUBAH LAGI...

Catatan Ayah

Jumaat
22 Rejab 1432
24 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. siap lagi satu pemasangan RO kat Mata Ayer..

InsyaAllah.. nanti aku updatekan mengenai pemasangan terbaru ni di sini...

Hari ni.. aku nak berkongsi ceritera.. mengenai pembangunan dan perubahan yang bakal berlaku di Jalan Raja Syed Alwi.. berhadapan dengan Taman Kemajuan...


Sudah banyak perubahan berlaku.. semenjak dulu.. hinggalah sekarang...

Masih lagi aku ingat.. dulu jalan ni hanyalah jalan biasa 2 lorong saja.. yang selalu aku guna jika ke Kangar.. seingat aku semenjak dari aku sekolah rendah.. hinggalah sekitar tahun 90an...

Banyak pokok-pokok besar di tepi jalan.. yang menyebabkan jalan ni teduh.. sepanjang dari Kangar hinggalah ke Titi Chai... yang seronok bila mengayuh basikal.. sebab teduh..

Teringat juga.. tatkala aku kena tahan dengan polis.. kat bawah pokok.. berhadapan dengan rumah Dr. Sedhu.. akibat ekzos RXS aku dulu yang bunyinya agak muat dan nyaring... sekarang ni dah terdapat sebuah stesen minyak Petronas.. dulu hanya sawah padi...

Sekarang.. jalan ni dah jadi 4 lorong...


Inilah.. saki baki sawah padi yang masih terdapat disepanjang jalan ni.. berdekatan dengan Taman Kemajuan..

Tak lama lagi.. pemandangan sawah padi ni.. akan hanya tinggal kenangan..


Ada bermacam-macam perkhabaran yang diterima.. ada yang kata nak dibuat stesen bas baru.. ada yang kata nak dibina Tesco kat sini.. ada juga yang kata nak dibangunkan Pasaraya Maidin.. bermacam-macam cerita dan versi.. dari mulut ke mulut...


Tapi.. yang pasti.. akan terbina sesuatu di sini.. kita tunggu dan lihat.. dan sekarang pun.. kerja-kerja penambakan tanah pun dah bermula...


Bila aku lihat pokok ni.. suatu ketika dulu.. kat sini.. ada sebuah bengkel kereta dan bas.. bersebelahan dengan bengkel.. terdapat sebuah kedai haiwan peliharaan.. dan seterusnya.. rumah saudara sebelah Allahyarham ayah aku.. iaitu rumah Abang Kri.. 

Namun sekarang.. semuanya hanya tinggal kenangan...

p/s: semoga entri ni menjadi kenangan yang boleh dilihat oleh anak cucu aku suatu hari nanti.. mana tau.. suatu hari nanti.. kawasan ni menjadi sebuah bandar kecil... dan beginilah keadaan asalnya...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...