25 Jun 2011

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 3

Catatan Ayah

Sabtu
23 Rejab 1432
25 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Malangnya.. hari ni.. aku terpaksa batalkan ride ke Penang Bike Week yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibung..

Kerana kena jadi Mr Mama hari ni..

InsyaAllah.. nanti jika ada rezeki.. aku akan ride ke sana juga...

HTF bakal berubah wajah...

Hari ni.. aku nak sambung lagi entri yang lepas... mengenai kerja-kerja pembangunan yang sedang berlaku di HTF.. yang bakal mengubah wajah HTF...

Minggu lepas.. sekali lagi aku berpeluang melihat ke dalam kawasan pembinaan bangunan baru 8 tingkat.. yang sedang berjalan.. dari tingkat 4... bangunan wad yang bersebelahan dengan bangunan yang bakal didirikan...




Kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama.. dah pun selesai.. dan kerja-kerja meratakan dan menambak tanah pun.. rasa-rasanya selesai...

Sekarang.. mungkin akan bermulanya.. kerja-kerja menanam cerucuk...

Kita tunggu dan lihat...

p/s: semoga entri ni.. menjadi kenangan anak cucu aku.. mungkin 10-20 tahun hadapan... melihat perubahan-perubahan dan pembangunan yang berlaku sekitar Perlis... dan hospital yang telah menjadi tempat mereka dilahirkan...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...