10 Jun 2011

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 2

Catatan Ayah

Jumaat
8 Rejab 1432
10 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Kat luar.. hujan baru berhenti.. tak lah lebat..

Cadang-cadangnya.. sat lagi nak pi check tekanan angin tayar Kerbau Hitam.. isi minyak dan check apa yang patut.. sebab esok nak ride ke Shah Alam.. reunion geng-geng UTM dulu.. selepas tak berjumpa hampir 18 tahun..

Semoga esok cuaca elok.. dan selamat aku sampai ke sana dan balik Perlis sebelah petangnya..

HTF bakal berubah wajah..

Oklah.. hari ni aku nak berkongsi cerita.. mengenai HTF yang bakal berubah wajah.. sambungan dari entry aku yang lepas...

Dan kawasan ni.. yang dulunya menempatkan wad pediatrik, kelas 1, kelas 2, wad di raja dan lain-lain.. dah selesai diruntuhkan..




Sekarang.. sudah hilanglah bangunan-bangunan tu.. yang telah pun diranapkan... dan khabarnya bakal dinaikkan bangunan wad setinggi 8 tingkat...

Bilakah.. pembinaan ni akan selesai..? Kita tunggu dan lihat.. dan Kangar bakal mempunyai mercu tanda baru...

p/s: semoga aku sempat untuk melihat mercu tanda baru ni.. InsyaAllah..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...