12 Jun 2011

HERBS & SPICES ROYAL GARDEN TEA...

Catatan Ayah

Ahad
10 Rejab 1432
12 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. rasa segar sikit setelah berehat sepanjang hari ni, selepas ride seharian kelmarin menuju ke Shah Alam dan balik semula ke Perlis sebelah petangnya.

Ride ke Shah Alam ni akan aku ceriterakan nanti.. InsyaAllah..

Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama semasa kat UTM dulu, kawan-kawan sekelas dan serumah sewa.. dari tahun 1990 hingga 1993..

Herbs & Spices Royal Garden Tea - Rehearsal


View Taman Herba in a larger map

Pada 4 Jun 2011 yang lalu, aku dan keluarga berpeluang ke Taman Herba, Bukit Air Batu Pahat, melihat rehearsal majlis Herbs And Spices Royal Garden Tea sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan ke-68 DYMM Tuanku Raja Perlis.



Majlis sebenar akan berlangsung pada 5 Jun 2011 dan akan dihadiri oleh DYMM Raja  Muda Perlis untuk merasmikan Pusat Spa Herba Taman Herba Perlis.

Kakak Dina telah terpilih untuk membuat persembahan tarian kebudayaan mewakili SRK Jalan Raja Syed Alwi, yang telah berlatih hampir 2 minggu sepanjang cuti sekolah ni.

Jom layan gambiran sekitar kawasan taman..


Pentas utama...


Antara nama-nama pokok bunga...


Spa Herba...

Layan gambiran sekitaran... yang dikelilingi hutan... best...





Kawasan yang dikelilingi hutan...


Anak-anak pokok yang belum ditanam...

Sekitar rehearsal...






Rehearsal berakhir sekitar 6.30 petang... dan kami beransur pulang...



Jom layan gambiran... sepanjang jalan dari Taman Herba.. menuju ke Batu Pahat...

Kawasan tanaman pokok-pokok herba...




Kawasan tanaman durian...


Kawasan tanaman mempelam...



Kawasan tanaman anggur...



p/s: video Kakak Dina menari semasa rehearsal tu boleh ditonton di sini...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...