07 Jun 2011

GE AMX4 - ERROR RECHARGE RECOMMENDED - PT2

Catatan Ayah

Selasa
5 Rejab 1432
7 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. basikal aku dah nak siap..

InsyaAllah.. esok boleh digunakan.. dan nanti aku akan ceritera pengalaman aku membaik-pulih basikal aku tu.. yang meninggalkan banyak sejarah dan kenangan...

Battery Charger Board

Entry ni adalah kesinambungan daripada entry yang lalu.. ketika aku troubleshooting.. semasa AMX-4 ni mengalami masalah Error Recharge Recommended...

Spare-part dah dapat.. tapi rasa-rasanya bukan board baru dari GE.. hasil daripada penelitian aku.. board yang aku dapat ni adalah board yang telah direpair oleh pihak ketiga.. dan bukan board baru..

Risikonya.. aku tak tahu hingga tahap mana kemampuan board ni.. sama ada menyamai dengan board yang baru dan original dari pengeluar atau tidak..

Nak buat macam mana.. dah namanya makan gaji.. 'orang' dah bagi.. terima sajalah apa yang ada.. kalau tak ok.. hantar balik ler board ni... warranty???.. tak tahulah...


Inilah boardnya.. yang telah siap dipasang..


Selepas siap pemasangan Battery Charger Board.. aku buat pemasangan Rotor Control Board pula.. sebab board yang asal telah dipasang kat lagi satu AMX-4 yang mengalami kerosakan board ni..

Rotor Control Board ni juga bukan board baru dari GE.. sebab aku tengok kat belakangnya ada kesan repair.. hantam sajalah labu.. janji function...

Setelah selesai pemasangan kedua-dua board.. complete calibration perlu dilakukan iaitu handle, voltage, generator.. hinggalah battery charger...

Hampir 45 minit buat calibration.. Alhamdulillah semuanya selesai dan AMX-4 ni dapat berfungsi dengan baik.. setakat ni ler.. hehehe..

Apa-apa masalah berbangkit.. InsyaAllah akan aku update nanti..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...