29 Jun 2011

BISKUT RAYA...

Catatan Ayah

Rabu
27 Rejab 1432
29 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. hari ni adalah 27 Rejab 1432.. dan Perlis dan Kedah serta Negeri Sembilan telah diisytiharkan cuti umum.. sempena Israk dan Mikraj..

Israk dan Mikraj.. di mana junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. telah israk dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa.. dan Mikraj menemui Allah Taala..

Ringkasan kisahnya boleh di baca di sini...

Oklah.. kat sini.. aku nak tolong isteri dan kawan-kawannya mempromosikan biskut-biskut raya.. yang diusahakan mereka.. dan biskut-biskut berkenaan.. adalah:


Double Chocolate Ball

Kacang hazel nut yang disalut dengan coklat sepenuhnya..


Almond London

Sebiji badam di dalam.. yang disalut dengan coklat sepenuhnya.. hingga ke bawah..


Multi Nut


Mouses Strawberry

Inti kat tengahnya.. adalah coklat masam manis yang disalut dengan jem strawberry.. serta adunan yang dicampur dengan blended strawberry wafer..


Sweet Sour Tart

Tart yang diletakkan jem buah prune kat tengahnya...


Short Bread


Chocolate Crispy

Rangup dan sedap.. disaluti dengan chocolate rice yang tebal di atas..

Semuanya dipack di dalam balang yang mengandungi sebanyak 50 biji.. dan dijual dengan harga RM24 sebalang..

Jika.. ada sesiapa yang berminat.. boleh emailkan kat aku di hasmizal_hashim@yahoo.com.my atau PM di facebook aku...

Penghantaran sekitar Perlis dan Alor Star.. adalah percuma.. dan jika di luar dari Perlis dan Alor Star.. harga tidak termasuk pos..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

25 Jun 2011

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH - 3

Catatan Ayah

Sabtu
23 Rejab 1432
25 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Malangnya.. hari ni.. aku terpaksa batalkan ride ke Penang Bike Week yang berlangsung di Tapak Pesta Sungai Nibung..

Kerana kena jadi Mr Mama hari ni..

InsyaAllah.. nanti jika ada rezeki.. aku akan ride ke sana juga...

HTF bakal berubah wajah...

Hari ni.. aku nak sambung lagi entri yang lepas... mengenai kerja-kerja pembangunan yang sedang berlaku di HTF.. yang bakal mengubah wajah HTF...

Minggu lepas.. sekali lagi aku berpeluang melihat ke dalam kawasan pembinaan bangunan baru 8 tingkat.. yang sedang berjalan.. dari tingkat 4... bangunan wad yang bersebelahan dengan bangunan yang bakal didirikan...




Kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama.. dah pun selesai.. dan kerja-kerja meratakan dan menambak tanah pun.. rasa-rasanya selesai...

Sekarang.. mungkin akan bermulanya.. kerja-kerja menanam cerucuk...

Kita tunggu dan lihat...

p/s: semoga entri ni.. menjadi kenangan anak cucu aku.. mungkin 10-20 tahun hadapan... melihat perubahan-perubahan dan pembangunan yang berlaku sekitar Perlis... dan hospital yang telah menjadi tempat mereka dilahirkan...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

24 Jun 2011

JALAN RAJA SYED ALWI BAKAL BERUBAH LAGI...

Catatan Ayah

Jumaat
22 Rejab 1432
24 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. siap lagi satu pemasangan RO kat Mata Ayer..

InsyaAllah.. nanti aku updatekan mengenai pemasangan terbaru ni di sini...

Hari ni.. aku nak berkongsi ceritera.. mengenai pembangunan dan perubahan yang bakal berlaku di Jalan Raja Syed Alwi.. berhadapan dengan Taman Kemajuan...


Sudah banyak perubahan berlaku.. semenjak dulu.. hinggalah sekarang...

Masih lagi aku ingat.. dulu jalan ni hanyalah jalan biasa 2 lorong saja.. yang selalu aku guna jika ke Kangar.. seingat aku semenjak dari aku sekolah rendah.. hinggalah sekitar tahun 90an...

Banyak pokok-pokok besar di tepi jalan.. yang menyebabkan jalan ni teduh.. sepanjang dari Kangar hinggalah ke Titi Chai... yang seronok bila mengayuh basikal.. sebab teduh..

Teringat juga.. tatkala aku kena tahan dengan polis.. kat bawah pokok.. berhadapan dengan rumah Dr. Sedhu.. akibat ekzos RXS aku dulu yang bunyinya agak muat dan nyaring... sekarang ni dah terdapat sebuah stesen minyak Petronas.. dulu hanya sawah padi...

Sekarang.. jalan ni dah jadi 4 lorong...


Inilah.. saki baki sawah padi yang masih terdapat disepanjang jalan ni.. berdekatan dengan Taman Kemajuan..

Tak lama lagi.. pemandangan sawah padi ni.. akan hanya tinggal kenangan..


Ada bermacam-macam perkhabaran yang diterima.. ada yang kata nak dibuat stesen bas baru.. ada yang kata nak dibina Tesco kat sini.. ada juga yang kata nak dibangunkan Pasaraya Maidin.. bermacam-macam cerita dan versi.. dari mulut ke mulut...


Tapi.. yang pasti.. akan terbina sesuatu di sini.. kita tunggu dan lihat.. dan sekarang pun.. kerja-kerja penambakan tanah pun dah bermula...


Bila aku lihat pokok ni.. suatu ketika dulu.. kat sini.. ada sebuah bengkel kereta dan bas.. bersebelahan dengan bengkel.. terdapat sebuah kedai haiwan peliharaan.. dan seterusnya.. rumah saudara sebelah Allahyarham ayah aku.. iaitu rumah Abang Kri.. 

Namun sekarang.. semuanya hanya tinggal kenangan...

p/s: semoga entri ni menjadi kenangan yang boleh dilihat oleh anak cucu aku suatu hari nanti.. mana tau.. suatu hari nanti.. kawasan ni menjadi sebuah bandar kecil... dan beginilah keadaan asalnya...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

23 Jun 2011

SALE... SALE... SALE...

Catatan Ayah

Khamis
21 Rejab 1432
23 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Sekarang dah pertengahan bulan Rejab..

Lagi seminggu.. masuk bulan Syaaban.. lepas tu bulan Ramadhan.. bulan yang penuh dengan keberkatan..

Selepas Ramadhan.. tiba pula bulan Syawal.. dan tentu sekali golongan yang paling suka adalah kanak-kanak..

Bila ingatkan Ramadhan.. teringat aku.. adakah aku sempat untuk menyambut Ramadhan...?

Dalam seminggu ni.. 2 orang saudara aku.. iaitu pak menakan aku telah meninggal dunia.. pada sabtu lepas.. dan rabu lepas.. tok menakan pupu aku.. juga telah meninggal dunia..

p/s: semoga kedua-dua roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Al-fatihah...


Amin..

Aku juga selalu berdoa.. semoga aku sekeluarga mendapat peluang untuk menyambut Ramadhan ni... dan berkesempatan beramal di bulan Ramadhan nanti... InsyaAllah..



Para peniaga juga berlumba-lumba.. mengumpan orang ramai untuk berbelanja.. sempena datangnya hari raya... macam-macam dunia sekarang...

Macam-macam cara dilakukan.. untuk menarik pelanggan datang kepada mereka..

Bagi kita sebagai pengguna... berbelanjalah secara sederhana... mengikut kemampuan masing-masing..

Janganlah amalkan... biar papa asalkan bergaya...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

21 Jun 2011

RESTORAN BAHAROM TOMYAM

Catatan Ayah

Selasa
19 Rejab 1432
21 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Petang-petang ni.. sambil relaks-relaks.. minum kopi.. best juga..

Sementara dok tunggu wife pi beli laksa Kuala Perlis.. aku nak kongsi.. salah satu kedai makan.. yang aku dan kawan-kawan selalu minum petang..

Kedai makan tu adalah Restoran Baharom Tomyam.. atau dikenali sebagai Kedai Yah...

Mana dapat nama Kedai Yah tu.. biarlah ia menjadi rahsia.. untuk sesetengah orang.. yang penting adalah masakan di situ.. dan halal.. hehehe.. =P


View Restoran Baharom Tomyam in a larger map


Kedai Yah ni.. letaknya berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.. dan bersebelahan dengan Masjid Behor Empiang...

Jaraknya dari Hospital Tuanku Fauziah.. adalah kira-kira 2 km.. melalui Jalan Abi Tok Hashim...

Kedai ni dibuka sebelah petang hinggalah ke malam...


Keadaan kedai makan agak teratur.. dan bersih...

Para pekerja.. semuanya diimpot dari seberang.. bukan Indon yer.. tapi Pattani, Thailand...

Dan menu utamanya.. sudah semestinya masakan ala-thai...

Selalunya.. aku dan rakan-rakan.. apabila minum petang kat sini.. akan makan maggi supnya.. memang sedap.. sebab supnya adalah sup thai.. yang dimasukkan maggi (tanpa perencahnya)...

Dan.. suatu petang tu.. aku telah membawa famili untuk merasa masakan maggi sup di sini...


Inilah.. maggi sup yang aku katakan tu...


Ini pula adalah mee bandung... ala-thai..

Oklah.. bagilah kami peluang untuk menjamu selera.. nanti... bila-bila lapang.. dan jika aku ada ke mana-mana restoran yang menarik.. akan aku ceritakan di sini.. mudah-mudahan dapat menjadi panduan kepada sesiapa yang datang ke Perlis ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

20 Jun 2011

SIEMENS MOBILETT PLUS E - ERR 6

Catatan Ayah

Isnin
18 Rejab 1432
20 Jun 2011

Assalamu'alaikum...

Dah 2-3 hari.. aku dok ceritera bab ride sahaja... jadi hari ni aku nak kongsi pengalaman sikit.. ketika aku troubleshoot mobile x-ray Siemens MobilettPlus E.. yang mengalami masalah Err 6.. mudah-mudahan dapat menjadi rujukan aku nanti.. dan juga kawan-kawan yang sealiran...

Masalah berlaku sebaik sahaja aku onkan mesin... sebaik sahaja self-test.. mesin akan beri Err 6..

Selalunya.. Err 6 ni berkenaan dengan capacitor charging time...


Benda yang pertama.. yang aku perlu lihat adalah kadar charging capacitor... dan board yang perlu diperiksa adalah D7..

Besar kemungkinan.. board D7 ni bermasalah.. tapi kena comfirmkan dulu...


Bila onkan sistem.. sepatutnya capacitor bank akan dichargekan sehingga 350Vdc...


Nampaknya.. sehingga sistem dah ready pun.. capacitor bank masih belum sampai 350Vdc.. bahkan tidak dicharge pun...


Dan akhirnya.. akibat CPU detect yang capacitor bank masih belum tercharge sehingga 350Vdc.. maka CPU akan keluarkan mesej Err 6...


Aku telah ambil board D7.. dari mesin yang lain untuk membuat pengesahan.. dan confirmed.. board D7 ni bermasalah..


Jadi.. kena order board D7 ni.. sebab board ni tak boleh direpair...

p/s: settle satu problem.. cuma tunggu board baru sampai jer...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

19 Jun 2011

RIDE ROAD TAX

Catatan Ayah

Sabtu
16 Rejab 1432
18 Jun 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah... seperti yang dirancang.. terlaksana juga ride solo aku hari ni.. yang aku namakan Ride Road Tax.. =)

Road tax dan insuran Kerbau Hitam.. bakal tamat pada 29 Jun 2011 nanti.. jadi hari ni.. aku ride ke Mega Fortune Bandar Perda, Bukit Mertajam.. untuk buat bayaran perbaharui insuran dan road tax untuk setahun.. sebab geran motor ada kat sana.. hutang Kerbau Hitam tak habis lagi beb... =P

@ Mega Fortune, Bandar Perda, Bukit Mertajam



Alhamdulillah.. cuaca agak baik pagi ni.. minta-minta tu.. janganlah hujan hari ni.. sebab kebelakangan ni dok hujan jer...

Aku keluar dari rumah.. dalam pukul 9.20 pagi.. ride santai jer kali ni.. malas nak laju-laju...


Keadaan jalan pun agak lengang.. dari rumah.. sampailah Alor Star...


Minyak ada lagi 3 bar.. last sekali aku isi kat Juru.. semasa balik dari Shah Alam sabtu lepas.. 

Jadi.. aku berhenti dulu kat Shell Jalan Lencongan Barat untuk isi minyak sikit.. tak mahu tanggung risiko.. kalau ikut.. boleh sampai R&R Gurun.. tapi isi sajalah...


Perjalanan atas lebuhraya agak lancar.. sebab bilangan kenderaan yang tak banyak...

Cuma... seperti biasa kena berhati-hati dengan lori atau kereta yang masih suka mengubah lorong tanpa menggunakan lampu isyarat membelok..

Mungkin depa bimbang.. habis bateri kot.. hehehe.. =P


Akhirnya.. aku sampai Tol Sungai Dua..

Aku ambil keputusan untuk berhenti seketika.. perasap kemenyan sebatang...

Dalam dok relak-relak.. terserempak dengan sebuah van polis.. yang membawa sekumpulan pesalah.. agak ramai juga.. semuanya bergari... berhenti untuk ke tandas di kawasan tol...

Teringat tag line 999 yang selalu ke udara di TV3... "Jenayah membawa padah"...


Sekejap saja aku kat sini...

Lalu.. aku teruskan perjalanan aku.. menyusuri lebuhraya.. dan keluar menuju ke Bukit Mertajam...

Perlahan-lahan.. akhirnya aku sampai ke destinasi... iaitu Mega Fortune Motorsport.. yang letaknya di Bandar Perda, Bukit Mertajam...

Sebaik sampai.. terus selesaikan urusan...


Alhamdulillah.. semuanya settle...

InsyaAllah.. hari selasa ni.. aku akan dapat road tax serta salinan geran dan insuran... yang akan diposkan ke rumah...

@ Balik rumah


Route yang aku ambik...

Bukit Mertajam - Kulim - Kuala Ketil - Pendang - Langgar - Jitra - Kodiang - rumah aku...

Kali ni.. aku balik ke Perlis.. guna totally jalan dalam..

Dari Bukit Mertajam ke Kulim.. jalan biasa saja.. cuma penuh dengan kenderaan.. dan beberapa kenduri sepanjang jalan... hehehe... =)

Dan dalam perjalanan ke Kulim.. aku dah terjumpa sebuah kedai makan.. iaitu Kedai Makan Mee Rebus Ketam.. menarik..

Nanti.. bila-bila free.. boleh buat ride ke sini.. try pekena mee rebus ketam pulak.. selama ni dok pekena mee rebus udang saja..






Dari Kulim ke Kuala Ketil.. pada awalnya.. jalannya biasa saja.. jalan kampung dan agak kurang kenderaan kat atas jalan..

Perjalanan agak selesa.. sambil menikmati pemandangan sepanjang jalan..

Selepas dari Sungai Karangan.. menuju ke Kuala Ketil.. jalan mula berubah.. dari lurus ke bengkang-bengkok.. dan kebanyakannya short-corner.. di samping ada 2-3 long-corner...

Selekoh-selekoh yang aku tempuhi.. agak mencabar juga.. disamping tu seronok pun ada.. cuma kena sikit berhati-hati.. dengan kenderaan kat atas jalan.. disamping jalan-jalan ni adalah jalan kampung.. yang kiri kanannya rumah orang.. kena berhati-hati dengan orang melintas jalan.. serta binatang-binatang ternakan...

Inilah peluang aku untuk asah tepi tayar.. hehehe.. selama ni.. dok asah tengah tayar saja...










Perjalanan dari Kuala Ketil ke Pendang juga agak menarik.. dan semuanya short-corner...

Nasib baik Kerbau Hitam aku ni 650cc saja.. dalam kategori middlewieght.. kalau 1000cc.. jenuh juga mau control.. sebab dah masuk heavywieght... hehehe... =)

Lagi sekali.. memang syok layan selekoh.. sekejap kiri.. sekejap kanan.. fuh.... =D

Hinggalah menghampiri Pendang... 







Sedar tak sedar.. tengok-tengok.. minyak dah tinggal 2 bar.. mana kan tidak.. dok asyik layan korner.. sat-sat gear 3.. sat-sat gear 4.. sat-sat gear 5.. sekali-sekala saja boleh masuk gear 6.. tu pun bila dah masuk jalan yang agak lurus...

Jadi.. apabila sampai Pendang.. aku singgah sat kat Petronas.. untuk isi minyak.. serta beli air oren...

Cuaca amat panas.. tapi aku teruskan juga perjalanan.. ingat sat lagi nak berhenti sat kat mana-mana bus-stop.. rehat sat sambil minum air oren yang aku beli tadi...



Selepas melepasi Alor Punti.. aku berhenti sat kat sebuah bus-stop yang ada kat situ..

Nyaman sekali rasa.. dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.. di tepi sawah padi.. dan selami dengan minuman air oren yang sejuk.. pergh!!!!...

Seketika semasa berhenti.. aku ambil masa untuk membuat sedikit catatan kat buku nota kecil aku.. mengenai laluan yang aku tempoh tadi.. sepanjang dari Bukit Mertajam hinggalah Pendang...

Laluan.. memang best.. cuma keadaan jalan yang agak kurang memuaskan pada sesetengah tempat.. seperti biasa berlopak dan bertampung..

Sesetengah yang lain.. jalan cukup elok... disamping teduh.. dengan dirimbuni dengan pokok-pokok...

Satu pengalaman yang menarik...


Selepas berehat seketika.. aku teruskan perjalanan.. melalui Jalan Titi Haji Idris ni.. terus menuju ke Langgar... 

Kemudian dari Langgar.. menuju ke Jitra.. Tunjang.. Kodiang.. sehingga sampai rumah...




Akhirnya.. Alhamdulillah.. lebih kurang jam 2.20 petang.. aku sampai ke rumah...


Selepas menempuh jarak sejauh 317.2 km...

Alhamdulillah.. cuaca amat baik sepanjang perjalanan..

Cuma.. sebaik sahaja sampai rumah.. parking motor.. hujan pun turun...

Cukup menarik pengalaman kali ni.. walaupun melalui jalan dalam.. dengan kelajuan yang sederhana.. malahan kadang-kala agak perlahan.. semuanya amat memuaskan hati..

Sekali-sekala.. menunggang dengan gaya yang amat santai.. best juga sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya...

Kadang-kadang.. asyik dok meroket pun.. boring jugak...

Oklah.. tamatlah short ride aku untuk kali ni... nanti ada kelapangan.. aku akan ride lagi ke mana-mana.. tertakluk kepada perancangan... hehehehe... =)

-Tamat-

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...