03 Mei 2011

SIEMENS MOBILETT PLUS HP - USE 39

Catatan Ayah

Selasa
29 Jamadil Awal 1432
3 Mei 2011

Assalamu'alaikum...

Terlebih dahulu aku ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bergelar pekerja.. tak kira di sektor kerajaan ataupun swasta...

Semoga kita semua akan menjadi pekerja cemerlang.. dan mudah-mudahan kita akan dilimpahi rezeki yang diberkati Allah Taala..


Kali ni aku nak share berkenaan mobile x-ray Siemens Mobilett Plus HP yang mempunyai masalah USE 39..

Selalunya masalah USE 39 ni berkaitan dengan masalah bateri.. berkemungkinan bateri dah rosak atau kekurangan cas...


Di sinilah letaknya bateri-bateri untuk Mobilett Plus HP.. berbeza dengan Mobilett Plus E yang diletakkan capacitor bank di sini...

Mobilett Plus HP menggunakan 16 biji yang mana setiap slot mempunyai 4 biji bateri..



Selepas dibuka.. maka terserlah keadaan bateri yang telah rosak... dan perlu diganti baru...



Dan didapati juga, keadaan bateri yang terbakar...

Selepas ditukarkan kepada bateri yang baru, masalah USE 39 ni telah hilang dan masalah selesai...

Inilah salah satu masalah yang paling senang aku jumpa selama ni.. Alhamdulillah...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...