25 Mei 2011

RIDING SUIT

Catatan Ayah

Rabu
21 Jamadil Akhir 1432
25 Mei 2011

Assalamu'alaikum...

Selamat sampai rumah dari Sungai Petani.. ride fluoro kat HSAH, Sungai Petani.. yang aku akan update nanti..

Hari ni aku nak kongsi info mengenai riding suit yang aku telah beli baru-baru ni yang menggantikan riding suit aku yang dulu.. yang telah lusuh dan rosak...

Alhamdulillah.. ada sikit rezeki yang lebih.. aku terpanggil untuk membeli sepasang riding suit yang baru.. iaitu sehelai riding pant dan sehelai riding jacket..

Kedua-duanya dari jenis IZ2...



Riding jacket dari model IZ2 JK-151.. manakala riding pant IZ2 IZ-P-192..

Kedua-duanya aku beli dari Bike Station, Arau dengan harga RM320 untuk riding jacket dan RM388 untuk riding pant..

Kedua-duanya mempunyai mempunyai CE protector, waterproof dan 3M Scotchlite reflective material...

Sedikit review:

Aku telah memakai riding suit ni.... dalam cuaca yang cerah, panas, terang benderang.. hehehe.. ketika ke Pulau Pinang yang lalu.. dan mengharungi hujan lebat pergi dan balik Kulim yang lalu...

Ketika dalam keadaan panas.. jika berhenti dan menunggang dalam bandaraya Georgetown.. ditambahi dengan kesesakan jalan.. memang berpeluh.. dan kepanasan.. tetapi jika dalam keadaan menunggang atas jalan dan hi-way.. Alhamdulillah.. tak panas pun.. agak selesa..

Dalam keadaan hujan.. jika setakat hujan sikit-sikit tu.. memang tiada masalah kebasahan.. Jika dalam keadaan hujan lebat.. tidaklah waterproof seperti yang diwar-warkan.. kat dalam tetap basah tetapi tak lah lencun.. lembab-lembab saja.. ok lah dari lencun terus.. tapi yang bestnya.. bila hujan berhenti.. tapi terus menunggang dalam keadaan lepas hujan.. suit ni cepat kering...

p/s: oklah.. itulah serba sedikit review dari aku... produk mampu milik...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. he he selamat bermandi peluh...kena beri amaran awal kepada orang sekeliling tentang bau bauan wangi...

    BalasPadam
  2. bila nak follow saya on madyhahcharmy.blogspot.com & chocolateminteddie.blogspot.com

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...