22 Mei 2011

RIDE PHILIPS @ PENANG - EP4

Assalamu'alaikum..

Terlebih dahulu.. aku nak ucapkan takziah kepada mangsa-mangsa tanah runtuh yang telah berlaku di Hulu Langat, kelmarin.. semoga segala urusan dipermudahkan Allah Taala..

Kepada mangsa-mangsa yang terkorban.. semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman...

Al-fatihah...


Amin...

Ok.. bersambung lagi ceritera aku ni...

Hari ke-2 @ Balik rumah


Selepas sesi latihan tamat.. kurang lebih pukul 3.00 petang.. kami semua bersurai..

Aku terus saja balik ke hotel...

Sampai jer kat hotel.. selepas membersihkan diri dan menunaikan kewajipan.. rehat-rehat.. aku terus terfikir.. yang aku nak balik ke Perlis...

Basri telah membuat keputusan untuk tinggal di Kulim.. dan Syaiful.. sat lagi mungkin akan sampai.. esok pula training akan bermula pukul 9.00 pagi kat Hospital Pulau Pinang...

Selepas berfikir sejenak.. aku ambil keputusan untuk balik Perlis.. selepas menyiapkan segala barang aku.. terus aku check-out.. dan pulang...


Alhamdulillah.. kenderaan tak banyak kat atas jalan dan Jambatan Pulau Pinang...




Selepas Gurun.. terasa mengantuk pula.. jadi aku berhenti sekejap kat tepi hi-way.. pekena perasap kemenyan sebatang dua.. sambil relaks-relaks layan angin hi-way.. aku teruskan perjalanan..

Kenderaan pun semakin banyak kat atas jalan...

Sempat berselisih dengan Mie Korea.. yang dalam perjalanan menuju ke Alor Star...


Aku terus menuju ke Jitra.. keluar melalui Exit Malau.. melalui Kodiang.. dan sampai rumah kurang lebih pukul 6.00 petang...

Hari ke-3 @ Hospital Pulau Pinang

Seawal 7.00 pagi.. aku keluar rumah.. ride menuju ke Pulau Pinang... pagi-pagi ahad ni.. jalan amat lengang sekali.. kecuali bila sampai Alor Star yang merupakan hari bekerja...



Kurang lebih.. pukul 8.15 pagi aku sampai Tol Sungai Dua.. berhenti sekejap.. rasa nak terkucil..

Rehat sekejap.. relaks-relaks.. sebab training akan bermula pukul 9.00 pagi...

Selepas perasap kemenyan.. aku terus bertolak ke Pulau Pinang..

Berpusing-pusing juga mencari Hospital Pulau Pinang.. dan tersesat juga..

Akhirnya..


Sampai ke Hospital Pulau Pinang...


Terus menuju ke Engineering Department...

Jom layan gambiran suasana dalam office diaorang...










Penerangan secara teori dilakukan di bilik mesyuarat.. berdasarkan model C-Arm BV Pulsera...

Penerangan berlangsung sehingga pukul 12.00 tengahari..

Makan tengahari.. kami dijamu dengan menu nasi beriani Kapitan.. sedap...

Selepas makan.. kami semua dibawa ke Dewan Bedah, Hospital Pulau Pinang untuk sesi latihan praktikal...


Antara bangunan lama yang masih terdapat sekitar Hospital Pulau Pinang...


Menunggu di luar Dewan Bedah...


Awas!!!.. bahaya radiasi.. hehehehe..

Apabila semua dah ready.. penerangan secara praktikal dibuat... layan..






Selesai penerangan secara praktikal.. maka tamatlah sesi training ni....

Bergambar kenangan....


Sesi training dah tamat.. minggu depan akan berlangsung kat Hospital Sultanah Bahiyah pulak.. jadi jumpa di sana...


Lanskap yang menarik.. di tengah-tengah kawasan hospital..

Setelah semua selesai... aku terus bertolak pulang ke Perlis..


Menghampiri Tol Sungai Dua...


Berehat sekejap selepas Tol Sungai Dua...


Lepak sekejap selepas Tol Alor Star (S)..

Alhamdulillah.. sampai rumah kurang lebih pukul 4.00 petang...

Esoknya.. start balik kerja.. aduh letihnya..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...