21 Mei 2011

RIDE PHILIPS @ PENANG - EP3

Assalamu'alaikum..

Lebat sungguh hujan semalam.. bawak hingga ke subuh tadi..

Sambil layan kesejukan pagi dengan kopi 786.. dan mendengar Tanyalah Ustaz.. aku sambung story ride aku ni...

Hari ke-2 @ Hospital Seberang Jaya


Berseorangan aku bermalam kat Cititel ni.. Syaiful dan Basri masih belum sampai lagi.. semalam dapat sms dari Syaiful.. pagi ni baru nak datang dari Alor Star.. manakala Basri bermalam kat Kulim..

Semalam juga.. pekena nasi kandar kat Line Clear.. bersama-sama dengan staff dari Sabah.. yang kebetulan jumpa kat lobi hotel semalam...


Selepas tunaikan kewajipan.. seawal 6.30 pagi aku turun ke bawah.. untuk bersarapan...

Banyak juga menu yang disediakan oleh pihak hotel.. tapi masih tak ramai yang turun awal-awal pagi ni...


Nasi lemak dan mee goreng sedap juga.. ;-)


Lepas makan sambil relaks-relaks.. aku pun naik semula ke bilik untuk bersiap.. untuk bergerak ke Hospital Seberang Jaya...


Kurang lebih.. pukul 8.15 pagi.. aku keluar dari hotel.. bertolak ke Hospital Seberang Jaya..

Kali ni aku try menggunakan laluan motorsikal kat Lebuhraya Jelutong.. agak selesa tapi laluan agak kecil bagi Kerbau Hitam aku...

Alhamdulillah.. kenderaan tak banyak.. sebab hari sabtu...

Tak lama.. aku keluar balik ke laluan utama Lebuhraya Jelutong.. terus ke Jambatan Pulau Pinang..


Tak lama.. sampailah ke Hospital Seberang Jaya.. dan rupa-rupanya.. aku orang yang pertama sampai...



Sambil-sambil tunggu yang lain-lain datang.. aku layan perasap kemenyan dulu kat luar pagar Hospital Seberang Jaya ni...



Dalam pukul 9.30 pagi.. sesi latihan secara teori berlangsung.. di Bilik Seminar, Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Seberang Jaya...

Penerangan secara teori.. berdasarkan model Optimus 65..


Selepas sesi penerangan secara teori.. kami semua dibawa ke Bilik X-ray.. dan diberi penerangan lanjut mengenai sistem x-ray machine Optimus 65 ni...






Akhir sesi.. sempat bergambar kenangan beramai-ramai...



Seronok dapat jumpa kawan-kawan...

Keesokkannya akan bersambung kat Hospital Pulau Pinang pulak...

p/s: Ok.. nak sarapan sekejap.. nanti aku sambung lagi kesinambungan ceritera ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...