20 Mei 2011

RIDE PHILIPS @ PENANG - EP2

Assalamu'alaikum..

Hari ni mula kerja.. tapi sehari jer lah.. esok cuti pulak selama 2 hari hujung minggu...

Hari ni.. aku sambung balik ceritera ride ke Penang untuk menghadiri sesi training x-ray machine keluaran Philips yang diadakan di Pulau Pinang...

Hari Pertama @ Cititel Hotel, Pulau Pinang


Bila semua dah selesai urusan kat Mega Fortune.. aku pun bersiap untuk teruskan perjalanan ke Pulau Pinang.. destinasi aku adalah Cititel Hotel.. kalau tak salah aku berhampiran dengan Komtar..

Dulu pernah sekali menginap kat Cititel Hotel ni.. semasa attend RPO refreshment course.. tapi lama dah..

Jalan nak ke hotel pun.. ingat-ingat lupa.. cuma yang aku ingat.. berdekatan dengan Komtar sahaja.. apa-apa pun.. jalan saja lah...


Kurang lebih pukul 4.30 petang aku keluar dari Mega Fortune.. pada anggaran aku.. dalam pukul 5.00 petang.. aku akan sampai Pulau Pinang.. waktu peak ni.. orang pakat balik kerja.. mau jem gila..

Aku keluar melalui Tol Sungai Petani (S)... kenderaan agak kurang.. sebab Kedah cuti hari jumaat...


Dengan kelajuan purata 170 km/j.. akhirnya aku sampai Tol Sungai Dua..

Kenderaan yang menuju ke Seberang Jaya banyak sekali.. jadi kelajuan aku hanyalah standard halaju kebangsaan saja...


Terus menuju ke Jambatan Pulau Pinang...

Alhamdulillah.. aku bawa kad Touch & Go.. cepat sikit perjalanan aku.. taklah terkebil-kebil cari duit kecil nak bayar tol..

Perjalanan di atas Jambatan Pulau Pinang agak perlahan.. kerana banyak kenderaan.. semestinya sebab waktu orang balik kerja.. jadi takdaklah gambiran on-the-bike.. safety first beb.. hehehe..


Keluar dari Jambatan Pulau Pinang.. aku menuju ke Georgetown.. melalui Lebuhraya Jelutong..

Lebuhraya Jelutong ni mempunyai laluan motorsikal.. seperti mana Lebuhraya Persekutuan, Kuala Lumpur.. tapi aku tidak menggunakannya.. sebab laluannya kecil sikit.. harap-harap janganlah ada polis trafik buat operasi...


Akhirnya.. aku sampai Georgetown.. sekarang pedoman aku hanyalah Komtar.. jadi pelan-pelan aku menjalar berpandukan papan tanda...

Kalau ikut papan tanda.. untuk ke Komtar.. perlu masuk ke Jalan Magazine.. jadi aku ikut jer..

Akhirnya.. ternampaklah Bangunan Komtar.. tapi keadaan jalan.. MasyaAllah.. jem teruk..

Jadi aku meniti di tepi jalan perlahan-lahan.. menuju ke Jalan Burmah.. sambil tercari-cari Hotel Cititel.. namun tiada kelihatan..

"Berpeluh dah ketiak.. dengan hangat sebab pakai riding suit.. dengan panas enjin nih.. hotel pun tak nampak lagi..", hati aku berkata-kata..

"Mana jalan masuk ke balai polis nih?.. dulu ada jalan lalu ikut balai polis untuk ke hotel", aku berkata dalam hati lagi.. sambil menyelit celah-celah kenderaan..

"Jangan enjin mati tengah jalan.. sudah", hati aku berkata.. mata terus melilau cari hotel..

Jalan punya jalan.. akhirnya aku sampai Jalan Anson..

"Rasa-rasanya dah sesat ni..", aku berkata kepada diri aku sendiri.. "kena patah balik ni.."

Aku berpatah balik.. memasuki Jalan Macalister.. menuju semula ke Komtar.. masuk balik ke Jalan Dr Lim Chwee Leong.. belok masuk ke Jalan Sungai Ujong.. terus ke Lebuh Kimberley.. terus ke Jalan Transfer.. tu dia.. jumpa dah Balai Polis..

Dari situ.. dah ternampak Hotel Cititel...


Akhirnya.. Alhamdulillah.. aku sampai ke Cititel Hotel dengan selamat.. berpeluh habis luar dalam.. dek panas cuaca.. ditambah pula dengan panas enjin Kerbau Hitam aku...

Dan.. memang nasib penunggang motor.. tempat parking hanya di bawah tangga.. takpalah.. janji motor dapat disimpan dengan selamat.. lagipun tempat parking motor aku berhampiran dengan tempat Jaga...

Terus aku menuju ke kaunter hotel.. untuk register..

"Encik duduk dengan En Saiful dan En Basri yer.. nanti kami hantar katil tambahan..", gadis manis kat kaunter tu beritahu aku..

"Baiklah..", jawab aku..

"Amboi!!.. depa suruh kami kongsi bilik sampai 3 orang.. kedekut sungguh!!..", hati aku berkata-kata..

"Saiful dan Basri dah check-in ke?", soal aku..

"Belum.. ok.. bilik Encik 701.. tingkat 7.. lif kat sebelah sana..", ujar gadis manis tersebut sambil menunjuk ke arah lif..

"Ok.. terima kasih yer..", sapa aku..

"Sama-sama..", balas gadis tu sambil tersenyum...

Aku terus menuju ke bilik...

Inilah.. suasana bilik di Hotel Cititel...








Cuma komen aku mengenai bilik ni.. ketiadaan pili untuk membasuh bila berhadas besar.. kena minta cebuk atau timba dari pihak pengurusan.. tanpa cebuk atau timba.. bila hendak bersuci.. perlu guna shower.. sesuatu yang melecehkan...

Serta ketiadaan sejadah.. yang juga perlu diminta kepada pihak pengurusan hotel.. atau pun gunakan jer tuala sebagai sejadah..

Pada pendapat aku.. pihak pengurusan mana-mana hotel perlu mengambil berat tentang hal ni.. sebab Malaysia adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam yang mementingkan bab-bab bila bersuci.. ini adalah perkara asas.. takkan nak bersuci guna tisu saja kot.. begitu juga dengan sejadah...

Sambil-sambil berehat.. aku sempat mengambil gambiran sekitar hotel dari tingkat 7 Cititel...


Tersergam.. Bangunan Komtar yang menjadi mercu tanda Pulau Pinang... Pulau Mutiara..


Dari kejauhan.. Tune Hotel..


Deretan bangunan-bangunan kedai lama.. yang masih berada sekitar Georgetown...

p/s: Oklah.. aku nak berehat sekejap.. sebelum keluar makan.. Syaiful dan Basri pun masih belum sampai.. nanti aku sambung lagi ceritera nih... ;-)

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...