19 Mei 2011

RIDE PHILIPS @ PENANG - EP1

Catatan Ayah

Rabu
15 Jamadil Akhir 1432
19 Mei 2011

Assalamu'alaikum..

Aku sangkakan hujan akan sampai ke petang.. rupa-rupanya.. berhenti di tengah hari.. ;-P

Alhamdulillah.. atas nikmat Allah..

Sambil-sambil dok pekena buah konen atau bahasa standardnya.. buah kuinin.. aku nak ceritera sikit ride pendek aku ke Penang.. kerana menghadiri training Philips yang lalu...

Training berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 hingga 8 Mei 2011..

Hari pertama @ Mega Fortune


Aku bertolak ke Penang pada 6 Mei 2011.. sebab esoknya 7 Mei 2011.. training akan bermula seawal 8.30 pagi.. so taklah tergesa-gesa..


Selepas solat Jumaat.. rehat sekejap.. aku mulakan riding lebih kurang 3.20 petang.. dan semestinya.. tanpa sebarang claim mileage...

Route yang akan aku ambil.. melalui Jalan Kangar-Alor Star.. Lencongan Barat.. memasuki Lebuhraya Plus dan keluar ke Sungai Petani.. untuk singgah kat Mega Fortune Sungai Petani.. nak pasang balik slider Kerbau Hitam aku yang telah patah semasa ride ke Johor yang lalu...


Mulanya.. jalan agak lengang.. tapi bila sampai Alor Star.. kenderaan mula sesak.. mungkin sebab Kedah bercuti hujung minggu hari Jumaat.. jadi petang-petang ni.. ramai orang pakat keluar berjalan-jalan...

Alhamdulillah.. cuaca pun agak baik.. tanpa ada sebarang tanda-tanda akan hujan...


Sampai Mergong.. masuk ke Jalan Lencongan Barat.. dan seperti biasa.. jalan ni memang sesak.. sebab jadi laluan utama untuk masuk ke Lebuhraya Plus melalui Tol Alor Star (S)..

Cuma aku nak komplen sikit dan sebagai peringatan untuk semua rider.. jalan menuju ke Tol Alor Star (S) dari Jalan Tandop sangat beralun.. amat merbahaya kepada rider.. jadi sebaiknya.. ride motor anda sebelah kiri jalan di laluan kecemasan.. kalau ride lorong kanan.. silap-silap boleh terbabas.. dan aku pernah hampir terbabas dek alunan tersebut...

Tahap jalan beralun sangat teruk bila hampir ke persimpangan Stargate.. yang boleh menuju ke Tesco Stargate.. jadi berhati-hatilah semua...

Alhamdulillah.. Lebuhraya Plus agak lengang..


Jalan selepas tol juga agak beralun.. jadi janganlah terus shoot motor anda selepas tol.. ride slow and steady dulu.. hinggalah keluar ke laluan utama Lebuhraya Plus.. kalau tidak.. silap-silap boleh tergolek sorang-sorang... hehehe..


Aku terus shoot selepas masuk ke laluan utama Lebuhraya Plus.. menghala ke selatan.. maintain dalam kelajuan 160~180 km/j...

Lebuhraya pun agak lengang.. tak banyak kenderaan.. tu yang boleh maintain antara 160~180 km/j.. kalau banyak kenderaan.. tak boleh ler nak laju macam tu...

Akhirnya.. dalam 1/2 jam.. aku sampai Sungai Petani.. keluar ke Kawasan Perindustrian Bakar Arang.. melalui Tol Sungai Petani (S).. dan masuk ke Taman Sejati.. terus ke Mega Fortune...


Alhamdulillah.. akhirnya sampai Mega Fortune Sungai Petani.. lama juga tak mai sini..

Slider Kerbau Hitam aku yang sebelah kanan telah patah semasa ride ke Johor yang lepas.. kat mana jatuh.. aku pun tak sedar.. mungkin sebab pemegang L dia dah berkarat dan patah..

Kali ni.. aku suruh depa pasang direct.. tanpa guna extension L.. bagi mengelakkan extension tu patah lagi...

Lama juga dok tunggu... depa pasang.. sebab nak kena cat balik extension tu.. bagi sama warna dengan warna motor aku...



Walaupun.. cuma slider sebelah kanan saja yang tiada.. tapi kena pasang kedua-dua belah kiri dan kanan dengan yang baru.. sebab slider datang berpasangan...

Harga yang ditawarkan oleh Mega Fortune kepada aku adalah RM140...

Sambil-sambil depa dok buat pemasangan.. aku masuk ke dalam kedai.. saja-saja sembang dengan tokeh kedai.. sebab lama tak jumpa..

Sambil-sambil tu.. dok menjamu mata Z1000 dan Z750R yang baru..

Mr Ewe, tokeh kedai siap buat offer kat aku untuk upgrade...

Ooopppss.. tunggu dulu tokeh.. tak puas lagi dok layan Kerbau Hitam aku ni.. tak pusing Malaya lagi.. nanti bila aku dah bersedia.. aku habaq untuk upgrade.. sama ada Z1000 atau Z750... hehehehe... ;-)

p/s: bagi aku layan menjamu mata dulu yer.. tengok motor-motor ni.. ambik semangat untuk upgrade.. jika ada rezeki ler... Ok.. nanti aku sambung ceritera ride ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...