28 Mei 2011

RIDE PHILIPS @ ALOR STAR - EP1

Catatan Ayah

Sabtu
24 Jamadil Akhir 1432
28 Mei 2011

Assalamu'alaikum..

Selesai basuh Kerbau Hitam tadi.. siap dengan polish dan wax.. sekali-sekala bagi special treatment untuk Kerbau Hitam kesayangan...

Hari ni.. aku nak ceritera short ride aku ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star kerana menghadiri program Philips technical training.. yang diadakan selama 2 hari dari 13 Mei 2011 hingga 14 Mei 2011.. merangkumi mesin Angiography dan General Fluoroscopy...

@ Day 1



Alhamdulillah.. cuaca amat baik pagi jumaat ni.. orang kata kalau pagi jumaat ni hujan.. alamatnya.. sepanjang minggu tu akan hujan.. dan sebaliknya..

Apa-apa pun.. itu semua adalah ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa.. kita sebagai makhluk.. terima saja apa yang Allah takdirkan..

Syukur atas semua ketentuan Allah Taala..

Aku bertolak ke Alor Star seawal 8.00 pagi.. agak awal sebab training akan dimulakan pada pukul 9.30 pagi nanti.. Mungkin aku akan sampai HSB dalam pukul 8.30 pagi.. tapi takpalah.. boleh dok menyembang dulu dengan kawan-kawan yang datang dari tempat lain.. lama-lama sekali berjumpa...

Route yang aku ambil kali ni.. melalui Lebuhraya Kuala Perlis-Changlon.. keluar Arau.. terus ke Jitra melalui Kodiang.. masuk ke Plus Hi-way melalui Malau berdekatan dengan Hospital Jitra.. keluar melalui Tol Alor Star (U).. terus ke Jalan Langgar untuk sampai ke HSB...

Kenderaan pagi-pagi ni.. agak lengang.. dan bila dah masuk Kedah.. pun lengang sebab Kedah bercuti hujung minggu....


Seperti biasa.. bila ke HSB.. aku akan berhenti sekejap selepas tol.. sebelum ke Jalan Langgar.. saja nak perasap kemenyan.. lagi pun masih awal lagi training nak start....

Selepas kira-kira sebatang rokok.. aku terus ke HSB.. nampaknya pihak pengurusan HSB sedang membuat penyelenggaraan besar-besaran.. kerana khabarnya DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong akan datang melawat HSB pada 15 Mei 2011...

Aku terus ke belakang.. ke workshop.. dan park motor berhampiran dengan workshop...

Ramai yang dah sampai.. antaranya LC Lim dan Yaakob dari Penang.. Maulana dan Foong dari Ipoh.. Felix Bahan dari Sabah.. dan lain-lain.. tak lama selepas tu Mie Korea sampai dari Sungai Petani dan budak-budak praktikal dari Kangar...


Sambil-sambil dok menyembang.. aku turut tolong Syaiful untuk siapkan nota-nota yang sedang difotostat di dalam workshop..

Bila semua selesai.. kami semua menuju ke Bilik Seminar di Jabatan Pengimejan Diagnostik..




Adik-adik praktikal dari UniMAP yang ikut serta...


Sarapan mee goreng kat kantin HSB...


Makan tengahari juga disediakan...

Selepas makan tengahari.. kami pergi sembahyang Jumaat kat Masjid Al-Bukhary.. dan training bersambung semula selepas solat Jumaat.. kat bilik Angiography di CCU...

















Last sekali.. seperti biasa bergambar kenangan setelah sesi training selesai.. sebelum bergerak balik...




Sewaktu balik.. aku sempat join konvoi bersama dengan geng Harley Davidson.. yang menuju ke Thailand.. jumpa semasa sampai kat Jitra..


Tapi.. aku ikut setakat Malau saja.. sebab nak balik ke Perlis melalui jalan kampung.. rasa malas pulak nak ikut depa hingga ke Changlon.. lagi pun depa ride "motor kangkang" ni dalam 90~120 km/j saja..

Aku?... macam biasa ler.. antara 160~180 km/j..

Esok ada sehari lagi training ni.. tempat yang sama.. cuma mesin yang berlainan iaitu General Fluoroscopy..

Terima kasih diucapkan kepada Syaiful.. kerana menjayakan agenda hari ni...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...