27 Mei 2011

RIDE FLUORO @ KULIM - EP2

Catatan Ayah

Assalamu'alaikum..

Letih juga siapkan report untuk QC test yang buat kat Sungai Petani kelmarin..

Last-last.. cuma siap satu saja.. takpalah.. minggu depan sambung lain..

Hari ni.. aku nak sambung ceritera ride ke Kulim.. hari ke-2.. kesinambungan dari entry aku kelmarin...

@ Day 2


Hari ni.. nampaknya cuaca kurang elok.. hujan semenjak subuh lagi.. cuma dalam 7.30 pagi baru berhenti..

Aku bertolak dalam pukul 8.00 pagi.. dalam keadaan cuaca yang agak mendung...

Mie Korea ada telefon.. dan dia kata kat Sungai Petani hujan lebat.. dan dia dalam perjalanan menuju ke Hospital Kulim juga..

"Minta-minta.. janganlah hujan sampai Kulim..", doa aku dalam hati...


Jalan agak basah.. jadi kenalah berhati-hati sikit.. sebab jalan agak licin...

Dari rumah sampai Alor Star.. jalan agak basah.. keadaan selepas hujan.. yang kadang-kala diselangi dengan hujan yang renyai-renyai..

Nampaknya.. dapatlah uji riding suit aku ni.. dalam keadaan hujan.. sama ada betul atau tidak.. waterproof..

Kat Plus Hi-way pun.. tak lah laju sangat aku ride.. dalam 130~150 km/j sahaja..

Tapi.. sampai saja kat Gurun.. hujan mula lebat.. jadi aku berhenti sekejap tepi hi-way untuk simpan kamera aku..

Sebaik saja simpan kamera.. jalan ke depan sikit.. tudia.. hujan punya lebat..

Tunggangan aku sekitar 80~120 km/j sahaja.. disebabkan hujan yang agak lebat.. apalagi.. basah kuyup aku.. cuma kurang lencun..

Riding jacket aku ni.. rupa-rupanya waterproof bila hujan renyai-renyai sahaja.. tetapi tidak dalam keadaan hujan yang sangat lebat... tapi baju kat dalam tak lah basah lencun.. cuma lembab-lembab sahaja..

Hujan lebat bermula dari Gurun.. dan reda sikit bila sampai Sungai Petani.. jadi tak der lah gambiran on the bike..

Sampai kat Jalan Lencongan Timur.. aku berhenti sekejap kat Petronas.. sebab isi minyak sikit dan rasa nak terkucil. sejuk beb.. ride dalam hujan.. hehehe..

Selepas kira-kira sebatang rokok.. aku sambung balik tunggangan aku.. melalui jalan yang aku lalu kelmarin.. tapi dalam keadaan yang sangat berhati-hati..

Hujan kembali lebat bila aku sampai kat Inokom.. dan hujan lebat sehingga aku sampai Hospital Kulim...


Selepas tukar pakaian.. aku dan Ahmad Yusri minum dulu kat kantin hospital..

Selesai minum.. naik ke Dewan Bedah.. ambil mesin bawak turun ke Bilik X-ray.. untuk sambung kerja-kerja kelmarin yang masih belum selesai...

Dan.. Alhamdulillah.. Mie Korea dah ada.. dan turut menolong aku dalam melaksanakan tugasan hari ni..

Nampaknya hujan masih lagi lebat.. hingga petang..

Dalam pukul 3.30 petang.. semua kerja-kerja siap.. jadi sementara tunggu hujan berhenti.. aku dok dulu kat workshop.. sambil-sambil menyembang..

Sempat juga bersua dengan Radzali Puniran.. yang datang menjengok..

Lama juga tak bersua dengan dia semenjak dia resign dulu...

Dalam pukul 5.00 petang.. aku ambik keputusan untuk balik ke Perlis.. walaupun masih hujan.. tapi tak lah selebat tadi...


Alhamdulillah.. hujan berhenti semasa sampai Jalan Kuala Ketil.. mengantuk la pulak.. jadi aku berhenti sekejap kat tepi jalan.. perasap kemenyan di bawah pokok getah...

Sampai Sungai Petani.. hujan totally berhenti.. Alhamdulillah..


Masuk saja hi-way.. jalan kering nampaknya.. jadi apalagi.. shoot jer lah.. dalam 170~190 km/j..

Dan nampaknya.. riding suit aku macam nak kering dek kena angin.. ok juga ler...

Akhirnya.. dalam pukul 6.45 petang.. aku sampai rumah...

Alhamdulillah.. tiada sebarang musibah sepanjang perjalanan.. dan siap tugasan aku kat Kulim..

Minggu hadapan ada training Philips lagi sekali.. tapi kat Hospital Sultanah Bahiyah..

Letih juga dok travel ni.. tapi kalau ride.. walaupun letih travel.. tak jadi masalah buat aku.. sebab aku seronok ride ni.. tapi kalau memandu kereta.. boring juga...

Kerja teruk juga Kerbau Hitam aku ni.. minggu lepas out-station ke Penang.. minggu ni ke Kulim.. minggu depan Alor Star pulak.. lepas tu rasa-rasanya ke Sungai Petani pulak...

Tapi.. aku tabik kat ER6n nih.. setakat sekarang.. tiada masalah.. dan lasak.. satu pujian kepada ER6n..

Tu yang sayang kat ER6n ni... hehehehe..

p/s: dalam-dalam dok sayang.. teringin juga nak upgrade ke Z750 ke.. Z1000 ke.. atau FZ1000.. tapi.. tunggu dululah.. himpun modal dulu.. dan layan ER6n ni dulu.. hehehe... ;-0

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...