27 Mei 2011

RIDE FLUORO @ KULIM - EP1

Catatan Ayah

Khamis
27 Jamadil Akhir 1432
26 Mei 2011

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. selesai sudah tugasan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani selama 2 hari.. laksanakan QC test fluoroscopy units... yang akan aku update nanti..

Hari ni.. aku nak ceritera.. ride ke Hospital Kulim pada 11 dan 12 Mei 2011 yang lepas.. laksanakan QC test untuk 2 unit fluoroscopy machine...

Route: Kangar - Kulim @ day 1



Cuaca pagi ni agak mendung sikit.. seawal 8.00 pagi.. aku bertolak.. menuju ke Hospital Kulim untuk melaksanakan tugasan terbaru.. QC test untuk 2 unit fluoroscopy machine.. dan akan memakan masa selama 2 hari..

Kali ni.. aku akan melalui Jalan Kangar-Alor Star.. masuk ke Plus Hi-way.. melalui Tol Alor Star (S).. keluar melalui Tol Sungai Petani (U).. melalui Sidam.. menuju ke Padang Meha.. terus ke Hospital Kulim.. melalui Kulim Hi-tech Park.. yang jaraknya hampir 150 km...

Jalan agak selesa.. kerana jalan agak lengang.. dan Alhamdulillah.. cuaca semakin baik...



Hampir sejam menunggang dari Perlis.. aku berhenti sekejap selepas Tol Sungai Petani (U).. sekadar berehat sebentar dan perasap kemenyan.. hehehe.. ;-)

Banyak pula kereta yang berhenti kat selepas tol ni.. cuaca pun panas dek matahari mula menampakkan diri...


Selepas berehat sebentar.. aku mulakan balik tunggangan aku.. melalui Jalan Lencongan Timur.. melintasi Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani..

Perlu diingat.. bagi sesiapa yang melalui jalan ni.. jalan ni teruk sekali keadaannya.. amat beralun dan berlopak-lopak.. serta selalu ada speed trap..

Jalannya tidak elok bermula dari Hospital Sultan Abdul Halim hingga ke persimpangan Bandar Mutiara.. mungkin disebabkan oleh kenderaan berat selalu melalui jalan ni.. short-cut untuk ke Tikam Batu...


Terus ke Jalan Kuala Ketil.. jalan ni sekarang ni agak elok.. dan seronok layan korner.. serta teduh..

Kiri-kanan jalan penuh dengan pokok getah...


Selepas Jalan Kuala Ketil.. masuk pula jalan menuju ke Sidam.. juga teduh kerana kiri kanan dipenuhi dengan ladang kelapa sawit.. dan syok juga layan korner kat sini.. cuma kerana berhati-hati dengan lori yang membawa kelapa sawit serta orang kampung yang lalu lalang...

Jalan pun elok sekarang ni.. mungkin baru lepas turap kot...


Layan korner lagi..

Dari situ.. masuk ke Jalan Padang Serai.. menuju ke Karangan.. sebelum masuk ke Padang Meha..

Kat jalan ni pun syok juga layan korner.. cuma perlu berhati-hati sebab keadaan jalan yang kurang elok... serta banyak lori kelapa sawit...


Lepas Karangan.. belok ke kanan.. terus ke Kulim Hi-Tech Park.. jalan ni agak penuh dengan semak samun.. serta ladang kelapa sawit.. malahan akan melalui tepi kilang Inokom...


Kat Kulim Hi-Tech Park ni.. banyak kilang-kilamg dan salah satunya kilang membuat solar.. kilang yang amat besar.. besar lagi dari kawasan Kilang Perwaja...

Tak lama.. sampailah aku ke Hospital Kulim...

Dan dah ada kat sana.. Siti Mozalina.. kerana datang melaksanakan tugasan audit...

Selepas minum sekejap kat kantin Hospital Kulim.. aku terus ke Jabatan Pengimejan Diagnostik.. untuk melaksanakan tugasan rasmi aku..



Untuk hari ni.. aku buat QC test untuk Toshiba General Fluoroscopy dulu.. model ni agak lama dan ketinggalan zaman..

Umur mesin ni dah menjangkau 17 tahun.. dan masih digunakan.. tetapi reliability dah kurang.. sistem pun berfungsi dengan agak kurang memuaskan...

Pendapat aku.. pihak Hospital Kulim patut lupuskan model ni dan masukkan mesin model terkini.. sesuai dengan teknologi moden.. dan memudahkan kerja-kerja juru x-ray dan Radiologist...

Tugasan kali ni dilaksanakan sehingga 4.30 petang.. dan masih belum selesai.. aku ambil keputusan untuk sambung keesokan hari..

Tepat pukul 5.00 petang.. aku bertolak balik ke Perlis.. melalui route yang sama aku datang pagi tadi...


Dan sampai rumah.. lebih kurang jam 6.30 petang...

Terima kasih kepada Ahmad Yusri kerana belanja makan tengahari tadi...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...