19 Mei 2011

PANGGUNG KAPITOL

Catatan Ayah

Khamis
15 Jamadil Akhir 1432
19 Mei 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni.. sehari lagi aku bercuti ganti.. training kat Penang yang lepas.. yang jatuh pada hari ahad.. esok baru masuk kerja...

Terdengar sedikit-sebanyak guruh kat atas.. adakah sat lagi akan hujan?...

Pagi-pagi ni.. sambil dok tengok Tanyalah Ustaz kat TV9.. dok tengok salah satu gambar yang aku ambil.. iaitu Dewan Kapitol UniMAP..



Teringat dulu.. sekitar tahun 80-an.. asalnya Dewan Kapitol ni adalah salah sebuah panggung wayang.. iaitu Panggung Wayang Kapitol.. selain Panggung Wayang Mahkota yang sudah jadi pasaraya dan Panggung Wayang Empire yang telah jadi kedai repair motorsikal...

Dulu.. semasa sekolah rendah.. masa-masa lapang.. aku selalu juga datang sini.. menonton wayang..

Masa tu.. mana ada lagi DVD dan VCD.. malahan waktu tu.. keluarga aku mana ada video player.. TV pun masih hitam-putih.. seingat aku TV Philips jenis kayu.. ada penutup depan.. dan berkaki..

Jadi.. kat sinilah aku dan kawan-kawan datang berhibur.. tengok wayang.. Waktu tu.. datang tengok cerita-cerita Rambo.. Rocky.. dan bermacam-macam lagi...

Sekarang.. semuanya dah tinggal sejarah.. bahkan sekarang sudah tiada lagi panggung wayang kat Perlis ni..

Dan.. Perlis adalah sebuah negeri yang tidak ada panggung wayang sekarang ni.. kebanyakan penduduk Perlis.. kalau mereka nak menonton wayang.. mereka akan pergi ke Jitra atau Alor Star...

Ingat lagi aku.. dulu.. nonton wayang.. mana ada air-cond.. cuma kipas angin saja.. siap keadaan dalam panggung berasap dek orang dok hisap rokok sambil menonton..

Datang panggung wayang pun naik basikal.. kayuh dari rumah aku yang jauhnya 4 km dari Bandar Kangar ni...

Sekarang.. panggung wayang ni dah ditukarkan menjadi Panggung Kapitol dan diserahkan kepada pihak UniMAP.. semasa era Dato Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar... dan diubah nama menjadi Dewan Kapitol..

Dewan Kapitol ni digunakan oleh pihak UniMAP.. menjalankan majlis-majlis rasmi mereka.. macam mana rekabentuk dalaman sekarang.. tak tahulah aku.. sebab belum berpeluang masuk semenjak menjadi Dewan Kapitol... kalau dulu.. kerusi pun masih kerusi kayu...


Kat luar Dewan Kapitol ni.. dulunya ada sederet kedai.. iaitu kedai repair jeans.. tapi sekarang ni dah tiada.. dah ke mana apek dan nyonya tu.. tak tahulah..

Kat kedai situlah.. aku serta kawan-kawan.. dan kebanyakan pemuda Perlis masa tu hantar seluar jeans untuk direpair.. nak buat tight fit ke.. boot-cut ke.. dek kerana pengaruh rock...

Ingat lagi.. waktu tu seluar Levi's cuma berharga sekitar puluhan ringgit saja.. stone wash ler.. dark black ler.. red label ler.. 501.. dan bermacam-macam lagi.. selain tu Lois, Wrangler, Lee...

Tapi sekarang.. aku tengok seluar Levi's pun takut nak beli.. ratusan ringgit.. bahkan aku pernah tengok stone wash 501.. mencecah lebih RM200....

Kat sebelah belakang Dewan Kapitol ni pulak.. ada sebuah taman.. yang kami namakan Taman Rashidah Utama.. kerana waktu tu tengah popular lagu Wings iaitu Taman Rashidah Utama..

Kat situlah kami selalu lepak...

Tapi.. semua tu dah tinggal kenangan.. semasa muda remaja... sekarang dah tua.. dah cecah 40-an.. dan dah beranak-pinak...

Tapi kenangan tetap di sanubari....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

2 ulasan:

  1. 501 yang RM800 pun ada bro. :)

    BalasPadam
  2. itu macam ke.. wau!!

    lama juga saya tinggal era seluar jeans levi's ni yer..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...