31 Mei 2011

KENARI MERAGAM

Catatan Ayah

Selasa
27 Jamadil Akhir 1432
31 Mei 2011

Assalamu'alaikum...

Hari ni masuk hari ke-2 projek rebuild basikal lama aku.. yang berumur 25 tahun.. yang Allahyarham ayah aku belikan untuk aku pada tahun 1985 dulu..

Terlalu lama basikal tu tersimpan.. semenjak aku belajar di UTM..

InsyaAllah.. nanti aku update proses-proses rebuild tu nanti..

Kenariku meragam...

Alhamdulillah.. semasa bercuti ke Teluk Batik awal bulan Mei lalu.. tiada sebarang masalah melanda sepanjang perjalanan pergi dan balik..

Elok-elok balik dari Teluk Batik.. dok esoknya.. terjadilah masalah ni.. Kenariku tak boleh dihidupkan..

Sebelum ni.. semasa hidupkan Kenari.. akan kedengaran bunyi yang aneh pada starter..

Jadi.. selepas balik dari Teluk Batik.. aku bawakan Kenari ke Perodua, Kangar...

"Jadi macam mana, bang?", tanya pomen Perodua..

"Bila start.. ada bunyi pelik sikit kat starter.. dengaq na.. saya start...", balas aku..

"Oooo.. ni masalah starter ni.. la macam ni.. abang bawa pi kat Kedai Capik.. bagi dia buat.. kami boleh buat..  tapi lambat sikit ler..", pomen tu memberi cadangan kat aku.. sambil membelek-belek bonet Kenari aku...

Selepas berfikir sejenak.. aku mengangguk.. tanda setuju dengan cadangan pomen tu.. lalu terus ke Kedai Capik.. atau Hin Electrical Services and Auto Supply..


Kedai ni dikenali sebagai Kedai Capik.. sebab ownernya memang capik sebelah kakinya.. dan kedai ni amat terkenal dengan kepakarannya membaiki dan winding motor serta bab-bab starter kenderaan..

Sebaiknya aku sampai sana.. matikan enjin.. untuk tunjuk kat pomen... tapi nak start.. terus tak boleh hidup... ;-(


Apalagi.. tolak ler ke belakang bengkel.. sebab kat depan bengkel dah penuh dengan kenderaan rosak..

Pomen pun kelebet ler.. buka starter..


Lokasi starter kat dalam bonet Kenari..


Inilah starter yang telah dikeluarkan... jom kita tengok.. apa yang rosak kat starter ni...


Tu dia.. gigi gear dah haus.. inilah penyebab masalah...


Starter ni keluaran Denso..


Jadi.. penyelesaiannya.. tukar starter yang baru jer lah.. dan pemasangan siap dilakukan...


Selepas pemasangan starter.. mintak pomen tu adjust belting.. Alhamdulillah.. semua selesai...


Kos semua.. termasuk service charge.. RM160...

Sekarang.. start Kenari.. smooth saja.. dan bunyi belting pun dah ok... Alhamdulillah..

p/s: inilah kali ke-2 Kenari buat hal selepas tukar bearing... semenjak 6 tahun yang lepas..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

1 ulasan:


  1. KENARI SAYA KONG BATTARI DAN KAMI JUMBER TAPI ADA KELUAR ASAP KAT WIRE DEKA BATATRI SEJURUS ITU TIDAAAK MAHU START, APA HAL NYA?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...