18 Mei 2011

KEDAI MAKAN KERAMAT KATERING, JITRA

Rabu
14 Jamadil Akhir 1432
18 Mei 2011

Assalamu'alaikum..

Hari ni.. masih lagi hari cuti bagi negeri Perlis.. cuti ganti kelmarin sebab Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis dan Hari Wesak.. jatuh pada hari yang sama..

Semalam.. Alhamdulillah hujan cukup lebat dari petang sampai ke malam... sejuk sikit..

Sambil-sambil dok dengar Tanyalah Ustaz kat TV9.. aku nak cerita sikit mengenai salah satu kedai makan yang aku singgah kat Jitra pada pertengahan April yang lepas.. semasa dalam perjalanan melawat Wa Hassan dan ambil stok Kopi 786...


Rasa-rasanya.. kedai makan ni baru saja dibuka.. yang letaknya di kawasan perindustrian Darul Aman.. berdekatan dengan POLIMAS dan Masjid Tanjung Pauh...

Gambar peta Google Maps.. gambar lama..

Restoran ni diuruskan oleh Keramat Katering....


Kedai makan ni.. jenis open air.. jadi nyaman dengan udara luar..

Kebersihan bagus.. dan lauk-pauk juga banyak...


Dulu.. seingat aku.. kawasan ni adalah kawasan semak-samun.. yang berdekatan dengan kawasan perindustrian Jitra.. tapi sekarang dah cerah.. penuh dengan kawasan penempatan.. serta taman perumahan..


Lauk-pauk memang banyak.. selain dari masakan yang biasa.. terdapat juga hidangan goreng dan bakar.. fresh..

Terdapat juga gulai-gulai.. baik ikan atau ayam.. yang dihidang dalam periuk-periuk besar...


Kat utara ni.. tak sah kalau tak dak pulut.. baik pulut ikan kering.. makan dengan kelapa parut atau nyok.. dan pekasam.. pulut lemak berlaukkan gulai ayam dan berbagai-bagai lagi.. terliur pulak dah... hehehehe..


Kedai ni juga menyediakan perkhidmatan katering..

p/s: bukan nak memberi iklan percuma.. cuma sebagai review untuk peniaga-peniaga Melayu Islam kita.. semoga ramai lagi peniaga Islam Melayu kita ni.. dapat meninggikan taraf hidup Melayu Islam... cuma jagalah perkhidmatan setanding dengan bangsa-bangsa lain...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum.Terima kasih atas testimoni yang baik untuk perniagaan kami.Silalah berkunjung ke blog kami http://keramatkatering.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumsalam..

    Semoga perniagaan anda akan sentiasa maju..

    BalasPadam
  3. Keramat Katering sekarang telah mempunyai web site tersendiri. lawati www.keramatkatering.com untuk keterangan lanjut

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...