18 Mei 2011

HTF BAKAL BERUBAH WAJAH

Catatan Ayah

Rabu
14 Jamadil Akhir 1432
18 Mei 2011

Assalamu'alaikum...

Nampak gayanya.. petang ni akan hujan lebat..

Kedengaran guruh berdentum-dentam di atas... kilat juga sikit-sikit sabung menyabung...

Alhamdulillah.. setelah sekian lama berpanas.. kini Allah kurniakan hujan untuk membasahi bumi ni... syukur atas nikmat Allah Taala yang tak terhingga...

Sambil-sambil layan angin sejuk.. bakal hujan sat lagi.. InsyaAllah.. aku nak kongsi sedikit gambiran yang aku ambil bulan lepas.. proses-proses pembinaan bangunan baru.. yang katanya 8 tingkat bagi menggantikan bangunan lama..

Proses meruntuhkan bangunan lama dah bermula.. setelah sekian lama tergendala dek menunggukan bangunan yang menempatkan Wad Di Raja disiapkan...


Bangunan-bangunan lama yang diruntuhkan adalah Wad Pediatrik, Wad Kelas 1, Wad Kelas 2, Wad Di Raja, Dewan Bedah lama dan CSSD...


Tapak ni nanti akan dibina bangunan setinggi 8 tingkat katanya... dan bakal merubah wajah HTF.. tapi tak tahu pulak bila akan siap... kita tunggu dan lihat sajalah...


Suatu pengalaman baru.. melihat cara kerja-kerja dilakukan..

Bangunan lama tidak diruntuhkan begitu saja.. tapi diruntuhkan sedikit demi sedikit.. kemudian disiramkan dengan air..

Batu-batan dinding lama dihancurkan serta disiram dengan air..

Semuanya dilakukan sedemikian.. bagi mengawal debu serta pencemaran bunyi yang kuat...

Ini disebabkan.. bersebelahan dengan tempat pembinaan.. terdapat Wad NICU, Post-natal serta SCN.. yang semuanya melibatkan bayi...


InsyaAllah.. nanti akan ternampaklah salah satu mercu tanda baru kat dalam Bandar Kangar... dan mudah-mudahan perkhidmatan perubatan dan kesihatan akan bertambah mutunya..

Dan semoga semua golongan rakyat.. tak kira apa jua kedudukan dapat menikmati perkhidmatan ni sama rata.. sama rasa.. insyaAllah...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...