14 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT9

Assalamu'alaikum..

Hari ni settle lagi satu training Philips yang berlangsung di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star..

Seronok dapat jumpa kawan-kawan lama yang dok buat maintenance x-ray.. Lim dan Yaakob dari Penang, Maulana dan Foong dari Ipoh, Felix Bahan dari Sabah dan lain-lain...

Inilah yang seronoknya bila attend training.. jumpa kawan-kawan lama.. :-)

Kelmarin.. Blogspot ada masalah apa tak tau.. tak boleh access.. ;-(

Jadi.. hari ni baru boleh sambung balik ceritera percutian ni... ;-P

Hari ke-3 @ Taman Awam Teluk Batik

Selepas bersiap dan kemas segala pakaian.. aku sekeluarga keluar ke Taman Awam Teluk Batik.. berdekatan dengan chalet penginapan kami..

Cuaca kurang memberangsangkan.. sebab hujan dari malam lagi.. jadi kami keluar dengan menaiki kereta.. walaupun hanya dekat saja...

Tujuannya hanya nak membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan cikgu Kakak dan Bang Cik...


Pelbagai jenis cenderamata yang ada seperti keychain, hiasan kulit siput, t-shirt dan macam-macam lagi.. dari harga RM1.00 hingga puluhan ringgit...





Salah satu yang menarik perhatian.. yang dibuat dari kulit kerang...




Satu lagi yang menarik perhatian aku...



Labu sayong.. tapi kalau nak.. pada pendapat aku baik beli kat Kuala Kangsar.. kat kilang terus...


Cantik kapal layar ni...



Bergambar kenangan dengan anak-anak...


Perut mula berkeroncong sebab belum bersarapan... jom kita tengok apa yang ada...


Terserempak dengan group KSR110... best motor ni.. kalau buat main trek go-kart...

Sampai jer kat gerai makan.. nampaknya rezeki tak dak.. nasi lemak semuanya habis.. last-last sambung tengok barang-barang cenderahati ler... sat lagi lah cari makan.. singgah kat mana-mana..


Hiasan dari kulit siput...





Akhirnya.. kami sekeluarga membeli t-shirt Teluk Batik untuk setiap anak, keychain dan beberapa hiasan dari kulit kerang dan kulit siput...


Terus kami balik ke chalet... untuk siapkan apa yang patut sebelum bertolak pulang...

p/s: nanti lepas bersiap.. aku sambung lagi ceritera nih...

Wassalam

1 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...