12 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT8

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. hari ni siap 2 unit fluoroscopy system kat Kulim.. dan
Alhamdulillah.. tak hujan waktu balik dari Kulim tadi.. berbanding semasa nak ke Kulim pagi tadi.. hujan dari Gurun sampai Kulim...

Hari ni.. masuk entri ke 8 dari penceriteraan percutian di Teluk Batik.. ceritera yang biasa saja..

Hari ke-2 @ Manjung


Selepas hampir 1/2 jam dalam feri.. akhirnya sampai juga ke Terminal Jeti Lumut.. sempat juga terlelap dalam feri.. cuma rasa ralat sikit tengok ada penumpang yang terpaksa berdiri dalam feri.. akibat dari sesetengah penumpang yang tamak tempat duduk...


Semua dah ada sekitar terminal jeti.. kecuali Esah sekeluarga yang masih belum sampai..

Lalu kami semua terus berjalan menuju ke tempat parking kereta.. orang masih ramai sekitar terminal jeti dan sekitar pekan kecil Lumut...


Masing-masing terus bersiap dan membawa keluar kereta masing-masing..

Badan sudah terasa penat dan letih serta kelaparan.. anak-anak pun masing-masing keletihan...


Destinasi seterusnya.. mencari kedai makan... dan cadangannya hendak makan di Manjung...

Perjalanan ke Manjung...









Akhirnya.. kami berhenti di Restoran D Manjung...


Cuaca nampaknya semakin gelap.. nak hujan...


Masing-masing menuju ke tempat duduk pilihan..


Un sekeluarga...


Che Man sekeluarga...


Hero-hero bujangan.. peace no war.. geng..


Makanan yang dipesan sampai akhirnya...

Cuma satu jer aku nak komplen.. mengenai kebersihan..

Kebersihan kedai tak dak masalah.. bersih.. cuma kebersihan pinggan yang dihidangkan.. nampak sangat pemilik kedai makan ni cuma basuh pinggan sebelah atas sahaja.. manakala sebelah bawah tidak dicuci.. terserlah kehitaman kekotoran...

Kepada pemilik kedai.. basuh dan cucilah segala pinggan mangkuk dengan sebetulnya.. kebersihan tu adalah sebahagian dari iman..

Jika semuanya bersih.. InsyaAllah.. Allah akan buka lagi pintu rezeki... InsyaAllah..

Inilah hidangan yang dipesan oleh kami sekeluarga...


Nasi goreng pattaya...


Bihun hailam.. nampak machiam menarik.. tetapi hakikatnya.. agak kureng... rasanya sedap lagi bihun hailam yang aku makan kat Restoran Liza Mat...

Mak pak pakat dok makan.. anak-anak masing-masing dengan kerenah mereka tersendiri...




Habis diangkutnya kerusi oleh anak-pinak kami.. buat keretapi kata mereka.. hehehehe... ;-)


Perut dah pun kenyang.. Alhamdulillah..

Cuma badan masih lagi keletihan.. jadi kami terus balik ke chalet jer lah.. tak singgah mana-mana dah...


Cuaca pun dah semakin gelap.. nak hujan..

Malam ni pun tiada perancangan apa-apa pun.. dan tiada sebarang program..

Dan aku cuma nak rehat secukupnya.. simpan tenaga untuk memandu esok balik Perlis...

p/s: So.. bagi ler kami rehat sekejap.. untuk simpan tenaga untuk pulang...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...