11 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT7

Assalamu'alaikum...

Hari ni aku ride ke Kulim.. menjalankan tugasan QC test General Fluoroscopy... hampir siap dan akan disambung esok hari..

Pergi ke Kulim pagi tadi dalam hujan.. balik petang tadi pun dalam hujan...

Sekarang pun masih hujan.. jadi dalam dok hujan ni.. aku sambung lagi ceritera bercuti di Teluk Batik...

Hari ke-2 @ Pulau Pangkor


Sesi membeli ikan bilis dan makanan berasaskan laut telah pun selesai.. berbondong-bondonglah masing-masing dengan beg plastik yang berisi beraneka mak nikam... hehehe.. ;-)

Drebar van mencadangkan kami untuk pusing-pusing mengelilingi pulau..

Mulanya kami semua bercadang nak suruh dia berhenti kat mana-mana pantai untuk anak-anak mandi laut.. tapi menurut drebar van.. air laut tengah pasang dan berombak tinggi.. agak merbahaya kepada anak-anak.. jadi kami batalkan rancangan tersebut.. dan ikut cadangan drebar van tu untuk pusing-pusing mengelilingi pulau...

Jom layan gambiran yang aku sempat snap mengelilingi pulau...













Akhirnya.. kami semua sampai semula ke Terminal Jeti Pangkor..

Selepas membayar sewa van yang berharga RM100.00.. aku sekeluarga mengambil peluang berpusing-pusing sekitar pekan kecil Pangkor dan kawasan terminal jeti.. tengok-tengok cenderamata Pangkor..

Dan sempat beli 3 helai t-shirt Pangkor untuk anak-anak sebagai kenangan.. pernah sampai ke Pulau Pangkor...


Badan pun dah letih serta lapar.. Nadzari dan Che Man sekeluarga dah pun naik feri pulang ke Lumut.. Esah sekeluarga berhenti makan kat sebuah kedai makan di Pangkor nih..

Aku serta Un sekeluarga pun terus masuk ke terminal feri dan terus ke feri yang sedang menunggu.. terus naik feri untuk pulang ke Lumut..

Kami bercadang untuk makan kat tanah besar.. mungkin banyak pilihan sikit.. kat Pangkor ni kurang sikit pilihannya...

p/s: Jom.. kami naik feri dulu.. nanti sampai sana.. aku sambung lagi ceritera nih..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

3 ulasan:

  1. Berhati2 bro kalau nak mandi di pantai teluk batik. Banyak obor2 menyerang time2 begini. Cuba tanya orang2 disana. Bahaya..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... kebetulan anak-anak tak mau mandi laut.. jadi setakat tengok jer ler.. lagi pun hujan masa tu..

    BalasPadam
  3. Uih..Kampung cheq nih.. Syok ka p Pangkoq?

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...