10 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT6

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. hari ni hujan.. sejuk sikit setelah hampir seminggu tak hujan.. serta panas yang membahang..

Dah hujan.. jadi tak jadi ler cadangan nak basuh kereta.. yang amat kotor.. tak dibasuh sejak balik dari Teluk Batik..

Bercakap tentang Teluk Batik.. jom aku sambung lagi ceritera percutian di Teluk Batik.. kali ni bab berjalan-jalan sekitar Pulau Pangkor...

Hari ke-2 @ Pulau Pangkor


Feri dah sampai.. dan penumpang pakat-pakat naik termasuk kami semua..

Apa yang boleh aku katakan.. feri yang digunakan lebih kurang sama dengan feri yang digunakan untuk ke Langkawi.. cuma bezanya.. feri ke Langkawi agak bersih dan selesa berbanding feri yang ke Pulau Pangkor ni..

Disebabkan tidak menggunakan sistem tiket bernombor.. penumpang pakat duduk ikut suka hati.. bahkan aku tengok ada yang tamak kerusi.. duduk sesedap rasa hati mereka.. jadi bagi yang beratur yang agak terkebelakang.. susah untuk dapat tempat duduk.. ada sesetengah yang aku nampak terpaksa berdiri di dalam feri..

p/s: pihak berkaitan patut melihat macam mana pihak pengurusan feri ke Langkawi handle problem seperti ini..

Agak terkilan bila melihat penumpang yang mempunyai anak kecil.. yang membeli tiket untuk anak yang sepatutnya dapat tempat duduk.. tetapi terpaksa berkongsi duduk dengan ibubapa sebab ketiadaan tempat duduk.. terasa rugi pulak beli tiket untuk anak-anak tetapi tiada tempat duduk yang selesa untuk mereka.. melainkan atas riba ibubapa...



Cuma kelebihannya menaiki feri ke Pulau Pangkor ni.. penumpang boleh ke belakang feri untuk melihat ke luar.. sesuatu yang tidak dibenarkan jika menaiki feri ke Langkawi..

Tapi pendapat aku.. agak bahaya jika kita keluar untuk melihat kat belakang feri.. kerana jika sesuatu berlaku dan terjatuh ke laut.. tiada siapa pun yang tahu.. sebab tiada krew feri yang mengawasi gelagat penumpang yang keluar...

p/s: ini juga sesuatu yang agak serius yang perlu dilihat oleh pihak pengurusan feri ke Pulau Pangkor...


Hampir 1/2 jam pelayaran.. kami semua sampai ke jeti di Pulau Pangkor.. Alhamdulillah...

Aku sempat snap beberapa gambar sekitar jeti di Pulau Pangkor...



Ok.. sebelum rancangan seterusnya.. kami semua berkumpul dahulu di ruang menunggu di terminal feri Pulau Pangkor.. supaya untuk memastikan tiada sesiapa yang tertinggal..



Sambil masing-masing melepaskan penat dan rehat sebentar dek kepanasan cuaca yang sememangnya panas.. aku seperti biasa.. snap beberapa gambar sekitar terminal feri ni.. ;-)




Selepas berbincang beberapa ketika.. kami sepakat mengambil keputusan untuk menyewa 2 buah van untuk membawa kami semua pusing-pusing mengelilingi Pulau Pangkor.. dengan bayaran sebanyak RM100 sebuah van..


Van pun dah dapat.. sebuah dinaiki oleh aku sekeluarga, Un sekeluarga, Gi, Meck, Suhail dan Zul (suami Esah) serta kawannya... sementara sebuah van lagi dinaiki oleh Nadzari sekeluarga, Che Man sekeluarga, Esah sekeluarga serta kawan Esah sekeluarga...


Destinasi pertama.. kami dibawa ke Kota Belanda di Teluk Gedung..


Penerangan mengenai Kota Belanda.. boleh pakat baca kot.. seperti gambar kat bawah... hehehe.. ;-)



Jom layan beberapa gambiran sekitar Kota Belanda....



Sempat bergambar kenangan...


Selepas puas berpusing-pusing sekitar Kota Belanda.. kami dibawa pula menuju ke Taman Fu Lin Kung...


Jalan menuju ke Taman Fu Lin Kung ni amat kecil dan berliku.. melalui betul-betul di hadapan rumah penduduk tempatan..

Beberapa gambiran sekitar Taman Fu Lin Kung...





Kat taman ni.. telah dibina replika Tembok Besar China... juga kolam yang dipenuhi dengan tuntung...

Sempat juga bergambar kenangan bersama keluarga...


Dua anak teruna kita pun bergambar kenangan jugak... nak tunjuk kat marka kot.. hehehe.. ;-O



Rancak menyembang.. kaum ibu nih... ;-)


Ok.. jom kita teruskan perjalanan..

Kami terus dibawa ke kilang @ kedai yang menjual berbagai jenis produk ikan.. atau dengan kata lain.. produk laut...


Bila dah sampai sini.. maka pakatlah membeli belah ler.. macam-macam dibeli.. ada yang nak beli ikan masin, sotong kering, ikan bilis mata hijau.. sate sotong kering dan bermacam-macam lagi..

p/s: jadi.. kita bagi peluang pakat-pakat beli dulu.. apa yang berkenan di hati.. nanti bila dah selesai membeli-belah.. aku sambung lagi ceritera ni.. hehehe...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

1 ulasan:

  1. Menarik sbb banyak gambar beserta ulasan.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...