09 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT5

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. selesai repair RO kat rumah MA Yusuf.. walaupun hampir waktu maghrib.. lepas tukar flow sensor.. tukar 1st filter dan 5th stage filter.. tubing pulak bocor.. jenuh jugak tukar semua tubing.. last-last dekat maghrib baru selesai...

Ok.. sambung lagi ceritera yang belum habis...

Hari ke-2 @ Jeti Lumut


Jarak antara chalet penginapan kami di Teluk Batik dengan Jeti Lumut.. lebih kurang 5 km...


Makan dah.. minum pun dah.. dan masing-masing perut pun dah kenyang.. jom kita gerak.. menuju ke Pengkalan Jeti Lumut...


Tapi sebelum ke jeti.. rombongan Cik Kiah kami menuju ke penginapan Esah dulu.. sebab berjanji berkumpul kat sana..


Esah sekeluarga tinggal kat homestay di Desa Manjung Jaya.. atau dikenali sebagai Venice of Perak.. kenapa ia dipanggil sebegitu.. tak tahu pulak aku.. nak kena tanya orang Perak ni... ;-P


Rumah-rumah kat sini semuanya hebat-hebat.. berapa sewanya tak tahu pulak aku.. boleh dikatakan kawasan ni kawasan perumahan mewah rasanya...


Selepas berkumpul beberapa ketika kat homestay Esah.. kami pun mula gerak ke Jeti Lumut..

Aku ikut saja sebab aku tak tau jalan...


Alhamdulillah.. setakat sekarang.. cuaca agak terang benderang.. mintak-mintak ler jangan hujan...


Tengok kat meter minyak.. alamak!! minyak nak habis pulak.. nak kena berenti isi minyak dulu nih....


Apa-apa hal.. ikut jer lah dulu.. sat lagi kalau jumpa stesen minyak.. baru berenti..




Jumpa juga stesen minyak.. jadi apalagi.. berenti sat untuk isi minyak.. yang lain-lain pun pakat isi jugak..


Minyak dah diisi.. jadi jom kita teruskan perjalanan... menuju ke jeti...



Salah satu mercu tanda yang aku lihat di Manjung ni.. iaitu siput...


Jalan menuju ke jeti...




Semakin menghampiri jeti Lumut...


Ya.. sudah sampai.. jom kita pusing-pusing dulu sambil cari tempat parking yang kosong...






Ok.. selepas 2-3 kali dok pusing... kami pun ambik keputusan.. parking kat sebuah padang.. rasa-rasa tempat main golf yang dijadikan tempat parking.. apa-apa pun.. rembat sajalah..

Parking dikenakan bayaran sebanyak RM10...


Matahari dah pun terpacak atas kelapa kepala.. panas beb.. kesian kat anak-anak..


Berpeluh-peluh ketiak masing-masing.. hehehe.. kesian.. ;-(


Bergambar kenangan sebelum berjalan ke jeti...

Kami pun berjalan beramai-ramai ke jeti.. ramai sungguh pengunjung.. masing-masing mungkin nak ke Pulau Pangkor kot..


Sampai jer jeti.. semua pakat beli tiket feri..

Untuk dewasa.. harga tiket RM10 untuk 2 hala manakala untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dikenakan bayaran RM5 untuk 2 hala..

Tiket tidak mempunyai nombor tempat duduk.. bermakna boleh duduk kat mana-mana saja kat dalam feri.. tak macam  feri untuk ke Langkawi..

Pada pendapat aku.. kemungkinan penipuan tiket oleh penumpang boleh dilakukan.. umpama macam aku.. beli 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.. kalau aku beli 1 dewasa dan 3 kanak-kanak.. tiada siapa pun yang tahu sebab tiada siapa yang akan periksa.. tapi walaupun tiada sesiapa yang dok periksa.. tapi Allah Maha Melihat.. sendiri mau ingat ler...


Tiket dah dibeli....


Anak-anak pakat dok seronok nak naik feri...


Berjalan masuk ke dalam jeti..



Kelihatan Pengkalan Kapal Laut TLDM...


Disebabkan tiket tidak mempunyai nombor tempat duduk.. penumpang dikehendaki beratur.. jadi sesiapa yang berada di hadapan akan naik feri dahulu..

Feri akan belayar apabila dah penuh.. yang tak sempat naik perlu menunggu trip feri yang lain.. yang berselang seli 1/2 jam sebuah...


Feri yang baru saja berlepas....


Pakat dok beratur... sebelum naik feri...

p/s: bagi semua pakat-pakat naik feri dulu.. lepas tu baru kita sambung ceritera nih...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

4 ulasan:

  1. Akak belum sampai lagi di Teluk Batik.

    BalasPadam
  2. saya pun pertama kali sampai sini..

    BalasPadam
  3. sy pernah tinggal di chalet di telok batik tu..dulu byk monyet tak taulah sekarang..

    BalasPadam
  4. memang banyak Kang Latep.. sampai tokeh chalet tembak pakai mercun untuk halau monyet-monyet tu..

    kawan saya siap hilang kasut.. dilarikan monyet...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...