08 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT4

Assalamu'alaikum..

Hari ni tamat training Philips kat Pulau Pinang.. yang dibuat di Hospital Seberang Jaya kelmarin dan Hospital Pulau Pinang tadi...

Alhamdulillah.. selamat sampai rumah tadi..

Dalam dok rehat-rehat.. aku nak sambung lagi ceritera percutian aku di Teluk Batik minggu lepas...

Hari ke-2 @ Teluk Batik


Seawal 7.30 pagi.. aku sekeluarga keluar berjalan-jalan sekitar pantai Teluk Batik..

Semalam dah berbincang dengan kawan-kawan.. yang hari ni nak berjalan-jalan sekitar Pulau Pangkor dalam pukul 10.30 pagi nanti.. memandang masih awal lagi.. tu yang kami berjalan-jalan sekitar pantai tu...



Ramai yang datang mandi laut.. terutama yang datang berkhemah di tepi pantai.. dan ramai juga didapati mat-mat motor yang berkhemah di tepi pantai..


Bergambar kenangan di pantai...


Dan seawal pagi dah tersedia kemudahan sewa pelampung.. untuk mandi-manda...


Selepas puas berpusing-pusing sekitar pantai.. kami telah ke sebuah gerai untuk bersarapan..

Sarapan kami adalah nasi lemak berlaukkan sambal sotong kering.. beserta minuman.. harga????.. agak mahal.. 2 pinggan nasi lemak sambal sotong kering beserta nescafe tarik dan teh tarik.. RM9.00.... takpalah.. dah mai tempat orang.. bayar jer lah...



Apa yang aku perhatikan.. banyak sungguh beruk liar yang berkeliaran sekitar chalet dan pantai.. mungkin mereka datang dari bukit dan hutan bersebelahan dengan chalet.. tapi rasanya mereka tak kacau pengunjung kot..

Tapi yang pasti.. kasut Che Man sekeluarga hilang dilarikan beruk-beruk ni.. dan tengoklah apa yang mereka buat kat atas kereta Meck.. siap berposing senang-lenang ketika diambil gambar... hehehehe..

Lebih kurang pukul 10.00 pagi.. semua dah ready untuk ke Pulau Pangkor.. jadi sebelum bertolak.. jom kita bergambar kenangan beramai-ramai...


Ok.. bergambar dah.. jom kita bertolak.. jalan-jalan Pulau Pangkor...



Berkumpul sambil menunggu tok ketua rombongan... ;-)


Tu dia.. tok ketua sampai dah...


Disebabkan yang lain-lain belum bersarapan.. jadi program pertama sebelum ke Pulau Pangkor.. adalah mencari sarapan pagi dahulu bagi yang belum bersarapan.. jom kita cari kedai makan dulu...

Perjalanan pun bermula...




Kami berhenti di sebuah kedai makan.. yang berhadapan dengan Pengkalan TLDM Lumut...


Jom bersarapan dulu..


Lauk pun dah tinggal tak banyak dah...




Berselera makan anak-anak teruna nih... ;-D


Nadzari sekeluarga...


Un sekeluarga.. dan Che Man sekeluarga...

Jadi biarlah depa pakat makan dulu sebelum teruskan perjalanan.. kami sekeluarga dah bersarapan tadi...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...