06 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT3

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. aku baru selamat sampai Hotel Cititel, Pulau Pinang.. sebab esok ada training yang dianjurkan oleh Philips Malaysia.. berkisar kepada x-ray machine keluaran Philips.. yang akan diadakan di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang..

Seperti biasa.. aku datang sini dengan Kerbau Hitam aku.. Nanti aku ceriterakan pengalaman ride ke Pulau Pinang nih... :-)

Sekarang.. aku nak kongsi ceritera aku bercuti di Teluk Batik dulu.. sambungan dari kelmarin..


Lebih kurang pukul 8.00 malam.. aku sekeluarga selamat sampai di Teluk Batik.. dan terus ke chalet penginapan kami iaitu Crystal Bay Chalet...


Chalet ni letaknya di tepi pantai Teluk Batik.. masa aku sampai.. dah banyak kereta yang dok parking kat depan chalet.. ramai juga pakat bercuti.. sempena cuti hari pekerja ni..


Kawan-kawan yang lain dah sampai awal lagi.. Un dan Nadzi datang pagi tadi.. manakala Meck, Gi dan Suhail baru jer sampai awal sikit dari aku...

Un dah tolong check-in dah awal-awal tadi.. jadi kami sekeluarga pun terus ke bilik..

Jom kita layan gambiran sekitar bilik chalet nih... ;-)







Sempat bergambar kenangan sekeluarga...


Selepas membersihkan diri.. dan tunaikan kewajipan solat.. kami semua bercadang untuk keluar makan malam...

Sebelum gerak.. bergambar kenangan beramai-ramai...


Ok.. jom kita gerak.. cari kedai makan.. sebab masing-masing dah pun kelaparan...


Suasana malam di Manjung, Perak...


Akhirnya.. kami berhenti di Restoran Kerangkaian Ikan Bakar Seri Manjung...



Bergambar kenangan di hadapan restoran...



Jom.. kita masuk dalam restoran.. tengok apa yang ada... serta layan suasana kat restoran nih.. ;-)






Dua orang anak teruna yang hensem... hehehe.. ;-D


Balut Cik Man.. jangan tak balut..

Jom kita tengok sebahagian menu yang disediakan...


Antara yang menarik.. nasi goreng bantal peluk, nasi goreng pengantin dan nasi goreng derhaka mentua.. macam mana bentuk nasi goreng tu yer... ;-)

Jom kita layan lagi suasana makan malam kami nih...



Gambiran anak-anak...






Nasi goreng.. menu anak-anak...


Menu untuk mak pak tak sampai lagi...





Menu mak pak baru sampai...


Tomyam campur...


Telur goreng...


Dan siakap tiga rasa...

Jom.. jemput makan... bismillahirrahmanirrahim...


Apa yang Suhail dengan Gi dok buat tu?...






Tu dia.. licin hingga menjilat jari...





Sambil-sambil anak-anak dok melayan tengok tv...


Makan dah selesai.. apalagi.. bayar ler... ;-)


Semuanya berjumlah RM 189.00.. berpatutan bagi aku...

Makan dah.. kenyang lagi.. mata pun mula layu.. dek keletihan memandu.. jomlah.. kami pun balik semula ke chalet untuk merehatkan diri.. esok punya aktiviti belum dirancang lagi...



p/s: lapar pulak dok tengok makanan tadi.. nantilah aku sambung lagi ceritera ni.. nak keluar cari makanan kejap...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...