05 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT2

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah.. bersua kembali hari ni.. terima kasih juga kepada Bro Han yang sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ni.. ;-)

Ada masa dan kelapangan nanti.. InsyaAllah boleh join ride sekali...

Oklah.. aku nak sambung lagi ceritera percutian aku sekeluarga ke Teluk Batik.. 'beterbangan' bersama Kenari.. dan tinggalkan Kerbau Hitam kat rumah.. bagi dia rehat sebab hujung minggu ni Kerbau Hitam akan dikerah untuk ke Pulau Pinang.. hehehe.. ;-P


Perjalanan dari Tol Juru hingga sampai Teluk Batik, Perak.. beserta pengalaman yang dilalui...


Plaza Tol Juru sudah ditinggalkan.. dan masih lagi wifey aku yang memandu..

Hairan jugak yer.. bila memandu kereta.. cepat rasa mengantuk.. tapi bila menunggang motor.. tak pulak rasa mengantuk.. hehehe.. ;-P


Kat atas lebuhraya ni.. ramai sungguh aku tengok bikers.. tak kira kecil mahupun besar.. ramai berkonvoi.. dan kebanyakannya menuju ke utara.. Aku rasa mungkin menghabiskan cuti yang agak panjang.. ride ke Siam..

Sampai jer kat Gunung Semanggol.. aku dan famili singgah sekejap kat R&R Gunung Semanggol.. sebab nak kena tunaikan kewajipan fardhu asar..

Tak lama kami singgah di sini.. lepas solat dan tukar lampin anak.. kami terus jer perjalanan.. bukan apa.. nanti lewat pulak sampai Teluk Batik.. dan kali ni aku ambil alih memandu pulak...


Dalam perjalanan menuju ke Changkat Jering.. aku sempat melihat aksi-aksi anak-anak muda sekarang ni.. aksi merempit dengan gaya Superman.. bahaya beb buat aksi ni.. dah ler riding gear yang sepatutnya tak dipakai.. buat aksi merbahaya pulak.. celah-celah tu siap potong lori lagi.. teramatlah merbahaya..

Kepada anak-anak muda.. marilah kita menjaga nama bikers.. jangan dibuat aksi-aksi seperti ni.. risiko teramat tinggi.. yang boleh menyebabkan kematian.. ingatlah Allah dan keluarga di rumah..

Bukan sekali aku melihat aksi sebegini.. tapi ramai yang melakukannya.. seolah-olah menjadi keseronokan pulak...


Kami mula menghampiri Changkat Jering.. dan keluar melalui Exit Changkat Jering.. Cuaca mula rintik-rintik menandakan hari akan hujan...




Sekarang sudah sampai Plaza Tol Changkat Jering.. keadaan cuaca juga sudah hujan.. nasib baik aku tak bawak Kerbau Hitam.. kalau tidak.. mau lencun.. hehehehe...  :-)

Kenderaan juga agak banyak.. tapi agak cepat bila guna Touch & Go.. hehehe..


Keluar jer dari tol.. aku ambil selekoh ke kanan.. menuju ke arah Lumut.. belum pernah lagi aku ke Lumut.. tapi takpa.. kita dok dalam Malaysia.. kalau sesat pun masih dalam Malaysia.. lagi pun aku ada GPS yang terbaik.. iaitu BTO.. Behenti Tanya Orang.. hehehehe...


Jalan agak lengang... tapi masih lagi dalam keadaan hujan...




Kiri kanan jalan cuma ladang kelapa sawit saja.. dan sekali-sekala diselangi dengan ladang getah serta perkampungan.. jalan juga agak bengkang-bengkok.. best jika layan korner ni.. kalau naik Kerbau Hitam ler.. tapi apa kan daya.. layan korner dengan Kenari sajalah... ;-D


Mula memasuki daerah Terong... suasana masih lagi hujan...



Hujan dah pun berhenti.. tapi keadaan jalan masih lagi basah dan licin.. jadi kenalah berhati-hati memandu... suasana sekeliling masih lagi melalui kawasan kelapa sawit...

Nampaknya Lumut masih jauh lagi nih...


Akhirnya.. jalan sudah mula kering.. tapi keadaan mula beransur gelap...




Akhirnya sampai daerah Beruas.. suasana dah semakin gelap.. nak malam... keadaan jalan pun mula kurang memuaskan.. dengan lopak dan agak beralun...


Dari pekan kecil Beruas.. aku ambil ke kanan menuju ke Lumut...


Apa yang aku perasan.. sepanjang perjalanan.. akan bersua dengan lambang 1 Malaysia.. yang dibina di tepi-tepi jalan..


Melepasi Kg Kota...



Perjalanan kat Kg Tengah ni agak perlahan sikit.. kerana terpaksa mengikuti lori yang membawa muatan kelapa sawit.. tak dapat pula memotong kerana keadaan jalan yang agak beralun dan berlopak.. tambahan pula jalan agak bengkang-bengkok... mahu tak mahu ikut jer lah lori tu.. sampai lori tu masuk ke kawasan pengumpulan kelapa sawit tak jauh dari sini...


Melintasi Kg Banjar.. mungkinkah kat sini ramai penduduk berketurunan banjar?...

Keadaan sudah gelap...





Tak jauh dah kot nak sampai Lumut... hari semakin gelap...


Memasuki Ayer Tawar...



Ini kereta untuk Orang Cacat-Cacat ke.. untuk Orang-Orang Cacat.. ker untuk Orang Cacat.. mungkin salah dari segi penggunaan bahasa... tapi apa-apa pun.. jika kita jumpa kenderaan untuk orang cacat.. berilah ruang untuk mereka.. kerana mereka juga berhak untuk menikmati segala kemudahan yang disediakan dan dinikmati kita semua...


Akhirnya.. sampai juga ke Teluk Batik tepat pukul 8.00 malam.. selepas memandu sejauh 328.5 km.. selama lebih kurang 6 jam...

p/s: inilah salah satu sebab aku tak menunggang dan membiarkan isteri memandu untuk ke Teluk Batik.. sebab sudah menjangka akan sampai malam.. bimbang juga keselamatan famili bila dibiarkan mereka memandu waktu malam..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

1 ulasan:

  1. memandu di jalan lama ke teluk batik memenatkan. kena hati2 juga keadaan jalan tak cantik. copy gambar.. http://www.adzriel.com/2012/06/tangkai-jering-di-changkat-jering.html

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...