16 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT12

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. hari ni aku cuti ganti.. sebab ganti training kat Seberang Jaya yang lepas yang diadakan pada hari sabtu...

Jadi.. pagi-pagi ni sebelum masuk agenda dan program hari ni.. aku update sikit lagi kisah perjalanan aku pulang ke Perlis.. selepas percutian keluarga di Teluk Batik..

Hari ke-3 @ Mee udang Mak Jah, Kuala Sepetang


Akhirnya sampai kat Mak Jah Mee Udang, Kuala Sepetang... banyak juga tengok kereta yang dok parking kat luar...

Aku ambik keputusan masuk parking kat dalam...


Agak panas sewaktu kami sampai.. tepat pukul 1.30 tengahari..

Tercari-cari juga meja kosong sebab ramai pengunjung waktu tu...

Akhirnya.. dapat satu meja selepas satu keluarga yang selesai makan beredar...


Ramai sungguh pengunjung.. segenap usia.. dari kanak-kanak hinggalah warga emas..

Suasana dalam restoran juga boleh dikatakan bersih.. walaupun kedapatan sampah serba sedikit.. cuma masih terdapat seekor dua lalat yang berterbangan...

Semua pengunjung mesti ingat dan tahu nombor meja masing-masing.. sebab semasa pembayaran nanti.. kita kena bagitau meja mana yang kita duduk.. satu proses yang agak senang semasa membuat pembayaran.. tak perlulah dok bagitau kita makan apa..

Tak lama.. sampailah seorang pelayan untuk ambil order..

Menunya yang aku lihat.. semuanya berasaskan udang.. seperti mee udang dan nasi goreng udang.. yang special harganya RM11.00 manakala yang biasa harganya RM7.00...

Minuman pula ada perlbagai pilihan...

Aku telah order mee udang special, isteri mee udang biasa dan anak-anak nasi goreng udang biasa... serta air oren bancuh...


Inilah dia mee udang special yang harganya RM11.00 semangkuk.. mengandungi 7 ekor udang yang bersaiz besar.. sedap rasanya.. :thumb up:..


Mee udang biasa yang berharga RM7.00 semangkuk.. mengandungi 7 ekor udang bersaiz sederhana...


Nasi goreng udang biasa.. juga berharga RM7.00 sepinggan.. dan mengandungi 7 ekor udang saiz sederhana...

p/s: cantik pinggan.. berbentuk perahu..


Alhamdulillah.. atas rezeki kurniaan Allah Taala.. sedap.. bahkan kena habiskan udang yang anak-anak tak mau.. untung kat mak dan ayah... hehehehe.. ;-)


Amacam?.. sedap..? puas hati?.. sampaikan anak-anak angkat semua jari.. bukan sekadar ibu jari saja.. hehehehe..

Selesai makan.. bayaran dibuat.. semuanya berjumlah RM 39.50...

p/s: oklah... biarlah kami berehat sekejap.. sebab kenyang.. nanti sambung lain...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...