15 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT11

Assalamu'alaikum..

Huh!!!.. panas betul hari ni.. tak nampak pun gaya macam nak hujan...

Alhamdulillah.. selesai basuh Kerbau Hitam, Wave1000rr (hehehe).. dan Kenari..

Sambil relaks-relaks.. aku sambung balik ceritera yang tersangkut tadi.. kat Pantai Remis...

Hari ke-3 @ Kuala Sepetang


Selepas berehat sebentar kat Pantai Remis.. pekena air oren dan cucur udang.. kami teruskan perjalanan untuk pulang ke Perlis..

Pada masa yang sama.. aku bercadang untuk singgah kat Kuala Sepetang, Taiping.. untuk membawa keluarga merasa mee udang yang famous tu..


Keadaan cuaca semakin panas membahang...



Memasuki Pekan Pantai Remis... menurut mak cik yang jual cucur udang tadi.. Pekan Pantai Remis ni ibarat pekan koboi.. kecik jer..


Pantai Remis ditinggalkan.. haluan menuju ke Taiping.. dan seterusnya Kuala Sepetang...


Keadaan jalan semakin elok.. suasana kiri kanan jalan penuh dengan kehijauan pokok kelapa sawit... serta perkampungan penduduk tempatan...



Memasuki kawasan Sungai Kerang...


Kecik jer pekan Sungai Kerang nih..


Banyak pokok durian di kiri kanan jalan..


Melintasi Pekan Temerloh.. ingatkan kat Pahang saja ada Temerloh.. kat Perak pun ada Temerloh...


Sampai ke penghujung jalan...


Memasuki Jalan Kuala Terong.. menghala ke Terong.. menuju ke Taiping...


Kiri kanan jalan masih banyak kedapatan pokok durian...



Indahnya alam ciptaan Allah Taala...


Sampai ke penghujung Jalan Kuala Terong...


Sampai ke daerah Terong...


Menghala ke Taiping....


Kini kiri kanan hanya ladang kelapa sawit jer...


Kalau ada masa teringin jugak nak ke Bukit Gantang.. beli durian.. tapi memandangkan yang kesuntukan masa.. postpone dululah.. nanti-nanti kalau ada masa mai lain.. ataupun  buat ride ke Bukit Gantang.. ride durian...


Ingatkan kat sini ramai penjual durian kat tepi jalan... rupa-rupanya.. satu pun tak dak.. melepas nak beli durian.. nampak gayanya.. beli durian pasar malam jer lah...


Menghampiri Changkat Jering...


Dah pun sampai Changkat Jering.. perut pun dah rasa lapar.. seperti dah terbau mee udang...



Sampai dah Taiping.. Bandar Warisan...


Next destination.. Kuala Sepetang...




Tu dia.. simpang menuju ke Kuala Sepetang...


Jauh lagi rupanya Kuala Sepetang ni... ;-(


Kelihatan Kota Ngah Ibrahim.. dari Jalan Kuala Sepetang - Taiping...

Ini petikan dari Wikipedia.. mengenai Kota Ngah Ibrahim...

"Kota Ngah Ibrahim adalah satu bangunan bersejarah yang dibina oleh Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar, seorang pembesar Perak yang masyhur kerana menjadi salah seorang penentang campur tangan British dalam Hal Ehwal Pentadbiran negeri Perak selepas Perjanjian Pangkor tahun 1874.

Kota ini merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Larut yang pada ketika itu menjadi jajahan takluk di bawah kuasa Ngah Ibrahim. Kota Ngah Ibrahim dibina di Matang dalam tahun 1854. Kota ini mempunyai tembok batu sepanjang 131 meter dan lebar 110 meter. Tapak ini kira-kira 8 km dari bandar Taiping. Di dalam kawasan Kota ini, Ngah Ibrahim membina sebuah rumah besar yang menjadi kediaman rasminya. Sebuah bangunan setor digunakan sebagai tempat simpanan bijih timah.

Selepas Ngah Ibrahim dihukum buang negeri, Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh pihak British. Ia digunakan sebagai kediaman rasmi Kapten Tristam Speedy, Penolong Residen di samping digunakan sebagai bangunan mahkamah untuk perbicaraan Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor kerana tuduhan membunuh Residen British pertama di Perak, J.W.W. Birch . Mereka didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung di hadapan Kota Ngah Ibrahim pada 21 Januari 1877."






Tak jauh dah nak sampai.. 5 km lagi...


Semakin menghampiri Kuala Sepetang...

Kiri kanan jalan dipenuhi dengan pokok-pokok bakau...



Dah dekat dah ni.. nak sampai kedai mee udang Mak Jah yang famous tu...

p/s: nanti aku ceritera pengalaman kami makan mee udang kat Mak Jah... la ni ada kerja sikit nak kena siapkan...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...