15 Mei 2011

CUTI DI TELUK BATIK - PT10

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. hari ni baru merasa cuti.. selepas bekerja tanpa cuti selama 2 minggu. Bermula hari ni sampai ler hari khamis depan.. aku bercuti.. dan jumaat kerja balik..

Jadi.. pagi ni.. cuaca amat baik sekali.. jom aku sambung balik ceritera perjalanan pulang aku sekeluarga ke Perlis dari Teluk Batik ni.. selepas menghabiskan percutian...

Hari ke-3 @ Pantai Remis


Perjalanan pulang ke Perlis dari Teluk Batik ni.. aku ambil laluan yang berbeza dari perjalanan ke Teluk Batik yang lepas.. perjalanan ni melalui Pantai Remis..


Selepas bersiap semuanya.. kami pun check-out dari chalet..

Aku sekeluarga pulang agak awal sikit dari kawan-kawan yang lain.. mereka semua layan mandi pantai Teluk Batik dulu.. mungkin pukul 12 tengahari baru check-out..

Dengan lafaz.. "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang".. kami mulakan perjalanan...


Ramai juga yang meniaga durian kat tepi jalan.. cadangnya nak berhenti beli.. tapi tengok ramai sangat orang berhenti beli.. aku ambil keputusan teruskan saja perjalanan.. mana tau kat depan ada lagi yang jual durian...

Selepas simpang empat menuju ke Lumut.. kami sekeluarga melintasi Taman Paya Bakau.. teringin juga nak melihat.. apa yang ada kat situ..

"Macam mana Ibu.. nak berhenti dak kat Taman Paya Bakau tu?.." tanya aku kepada isteri..

"Boleh juga.. bagi anak-anak tengok rupa pokok bakau..", balas isteri aku..

Jadi.. kami sekeluarga berpatah balik dan terus menuju ke Taman Paya Bakau...


Kat Taman Paya Bakau ni.. banyak kedapatan beruk di persekitaran pokok-pokok bakau.. dan terdapat papan tanda amaran kat situ..

Tapi aku tengok.. orang ramai masih memberi beruk-beruk tu pisang.. dan nampaknya beruk-beruk tu tak mengganggu orang ramai.. mungkin dah biasa dengan manusia yang mengunjungi mereka...


Bergambar kenangan di hadapan Taman Paya Bakau..

Mulanya aku teringin nak masuk hingga ke dalam Taman Paya Bakau ni.. tapi anak-anak dan isteri takutkan beruk-beruk tu.. jadi kami hanya berlegar sekitar hadapan Taman paya Bakau ni saja.. sambil memberi peluang anak-anak melihat rupabentuk pokok bakau.. dan melihat kerenah beruk-beruk tu..

Jom layan gambiran sekitar Taman Paya Bakau...











Selepas beberapa ketika di sini.. kami teruskan perjalanan...

Kat depan.. ambil selekoh ke kiri.. memasuki Jalan Changkat Jering - Sri Manjung - Kampung Koh.. menuju ke Pantai Remis...


Keadaan jalan agak beralun.. serta bertampung.. agak berbahaya jika bermotorsikal.. kena lebih berhati-hati.. kalau dengan kereta.. kurang sikit bahayanya.. tapi masih perlu berhati-hati..


Alhamdulillah.. cuaca amat baik sekali.. dan minta-minta tu.. biarlah sampai Perlis keadaan cuaca sebegini.. jika menunggang motor dalam keadaan cuaca sebegini.. amat seronok sekali...


Ke kiri boleh menuju ke Pelabuhan Lumut...




Menyeberangi Sungai Setiawan.. sungai-sungai kat Perak ni.. luas-luas..

Gambiran sekitar Sungai Setiawan...





Menyeberangi Sungai Tebok Raja Semalon

Gambiran sekitar Sungai Tebok Raja Semalon...





Perjalanan diteruskan.. kenderaan agak kurang di jalan..  cuma banyak lori sahaja.. itulah kemungkinan keadaan jalan yang agak kurang elok...


Menyeberangi Sungai Manjung...

Gambiran sekitar Sungai Manjung...




Mula memasuki kawasan kampung...



Selain kawasan perkampungan... melalui kawasan estet kepala kelapa sawit...


Dan juga kawasan semak samun.. hehehe.. berbeza dengan laluan melalui Beruas dulu.. melalui kawasan estet kelapa sawit sepanjang perjalanan...



Akhirnya.. kami sampai ke pinggir Pekan Pantai Remis.. berhenti sekejap untuk membeli air oren ais.. sebab dahaga.. serta cucur udang.. sebab lapar...

Layan gambiran kawasan persekitaran...



p/s: nak berhenti makan cucuq udang sat dengan ayaq oren.. bahaya drive sambil makan nih.. nanti lepas makan.. aku sambung lagi..

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...